Klik je...!!!

Khamis, 25 Februari 2010

Hadiah Harijadi...


Seperti yang aku katakan sebelum ni, hari-hari adalah harijadi untuk puteri & putera kami... ada kek, itulah harijadi untuk mereka. kalau ada hadiah pulak, kedua2 nya mesti dapat...
-
Suatu hari, isteri aku outstation ke Johor bahru... kebetulan masa tu hari jadi si putera.. so adalah hadiah untuk kedua2nya... seronok tak terhingga diorang dapat permainan ala2 laptop ni...
-
Semoga keduanya menjadi anak yang soleh & solehah, bijak , pintar & menjadi manusia yang berguna... Insyaallah...

Rabu, 24 Februari 2010

Pergola Penghias Laman...



Ini antara projek binaan perabot taman yang paling segera dapat disiapkan... Iyelah, pagi tu beli kayu, potong ikut ukuran yang dirancang.. tengaharinya aku dirikan dengan bantuan isteri. Sebelah petang sempatlah aku sapukan cat...

Sebenarnya projek pergola ni adalah projek pertama aku yang melibatkan struktur kayu di laman rumah... Antara sebab utama aku dirikan pergola ni ialah mengurangkan suhu panas yang agak ketara bahangnya ketika duduk di laman rumah pada hujung minggu, selain dari mewujudkan unsur-unsur semulajadi... pokok pun masih belum banyak...
-

Disebabkan ianya projek pertukangan pertama aku, jadi banyaklah kekurangannya. Selain jenis kayunya yang agak kurang bermutu, bentuk hujung setiap kayunya juga hanya dipotong rata, tiada potongan melenkok seperti pergola yang biasa kita lihat di mana-mana... Mungkin kekangan perlatan yang masih kurang lengkap pada ketika itu..
-
Tak lama selepas itu, aku cuba potong serong setiap penghujung kayu alangnya... masih kurang menarik... & sekali lagi beberapa bulan selepas itu, setiap penghujung kayunya diupgrade. kali ni aku bentukkan melengkok sedikit seperti kebanyakan pergola yang ada dipasaran... penangan 'jigsaw' yang baru dibeli...
-

Tak sempurna pergola tu kalau tidak dihiasi dengan tanaman memanjat... Untuk melengkapkan situasi tersebut, aku tanamkan dua pokok kesidang di dua tiang belakang, serta pokok Bauhinia kockiana di dua tiang hadapan... Nampaknya pokok kesidang lebih subur & cepat membesar... namun jarang berbunga... Berbeza dengan Bauhinia kockiana yang mungkin lambat menyelaputi pergola tetapi rajin mengeluarkan bunganya yang serba oren kemerahan itu....

Apa pun yang penting bagi kami, cukuplah keadaan redup & kedinginan yang dihasilkan oleh kerimbunan pokok-pokok memanjat ni di pergola kami yang cukup simple ni, selain tu dapat juga kawanan burung menumpang teduh, bermain & berkicauan setiap pagi ... Lebih dua tahun pergola ni didirikan, nampak struktur kayunya masih boleh bertahan... ada rezeki nanti bolehlah aku fikirkan sesuatu yang berbeza... mungkin mini gazebo...


Khamis, 18 Februari 2010

Rumah Orkid Mak & Bapak...



Mana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan & bertemu nasi... Sebenarnya hobi berkebun aku banyak dipengaruhi oleh kedua orang tua... mak & bapak di kampung memang minat berkebun. Masa kecil dulu selalu juga ikut ke kebun untuk tolong mengacau orang tua mengusahakan tanaman jagung, pisang, tebu, koko, kucai selain tanaman utama kelapa sawit...
-

Tanah di kawasan rumah, bahagian belakang memang dah jadi dusun buah-buahan. Depan pula penuh dengan pokok bunga... macam sekarang ni, kesihatan keduanya mungkin tak berapa mengizinkan untuk bekerja di ladang, jadi penuhlah keliling rumah dengan pokok tebu & pokok bunga. antara koleksi utama halaman rumah sekarang ni ialah pokok bunga Kertas & juga pokok orkid selain pokok tebu di keliling rumah...
-

ini antara koleksi bunga orkid yang menghiasi halaman rumah...



baru-baru ni semasa pulang bercuti, khidmat aku diperlukan untuk mendirikan sebuah rumah khas untuk koleksi orkid. banyak juga koleksi orkid yang ada & kebanyakannya sdang berbunga. Aku pun gunakankanlah kemahiran yang ada untuk mendesign & mendirikan rumah hijau ni mengikut kemampuan & bahan mentah yang tersedia... Berjaya juga aku siapkan sehari suntuk... Mungkin tak berapa kemas seperti pergola, tetapi sekurang-kurang dapat juga aku melakukan sesuatu yang boleh menggembirakan mak & bapak di kampung...
Setinggi2 penghargaan buat isteri yang banyak membantu & mencurah keringat dalam menyiapkan Rumah Orkid ini terutama ketika proses menaikkan tiang dan proses mengecat yang benar-benar menguji ketahanan fizikal memandangkan bahang cuaca yang agak panas ketika ini.... Jasamu sentiasa dikenang :)

Ben10 vs Princess...

Si adik ada satu perangai yang bukanlah pelik sangat untuk budak-budak, fanatik pada Ben 10. Kami pun tak perasan sejak bila di minat sangat dengan Ben 10 ni. Mungkin pengaruh kawan-kawan di sekolahnya atau TV... Kalau nak di kira, semua barang keperluan & permainan semua mesti ada gambar Ben 10, termasuklah t-shirt, kasut, selipar, jam, buku, pensil, beg, layang-layang, emm, boleh kata semua barang permainanyalah...
-

Tengoklah... sampaikan t-shirt yang belum dibayar pun dah disarungnya... tak menyempat-nyempat... Inilah koleksi t-shirt favoritenya... Awal-awal masa beli, inilah uniformnya ke sekolah setiap pagi. terpaksalah dicuci setiap malam supaya dapat dipakai sebelah paginya...
-


Si Puteri pulak tak habis-habis dengan Princessnya... serupa adiknya, semua barang-barang mesti ada gambar princess... layan je, asal tak keterlaluan..

Hari-Hari Happy Birthday To You...


Ini cerita tentang puteri & puteri kami... Tiap hujung minggu kalau takde sebarang kerja atau aktiviti di rumah, selain menjelajah nursery2 pokok untuk cuci mata atau berkelah di pantai, kami biasanya akan membawa anak-anak ke mana-mana playground sama ada indoor atau outdoor. Salah satu tempat yang pernah kami kunjungi ialah playground di sebuah taman rekreasi berhampiran PICC.
-
Sebelum ke sana, sempatlah kami berkunjung ke kedai kek. Bercerita pasal kek ni, sensitif sikit buat puteri & putera kami. Asal beli kek sahaja mereka menganggap hari itu adalah happy birthday untuk mereka. Asal kek happy birthday, asal happy birthday mesti ada kek... gitulah pusing-pusingnya... bila kena hari yang betul untuk birthday si kakak, si adik pun kata hari tu happy birthaday di jugak. Macam tu jugak sebaliknya.... Sehinggalah bila meraikan harijadi, terpaksa menyanyi untuk kedua2nya sekali... :)
-

Rabu, 10 Februari 2010

Jom Bercanda...



Ini antara aktiviti hujung minggu. Lokasi yang biasa kami kunjungi di pantai Bagan Lalang... Kali ini puteri & putera kami tak lepaskan peluang untuk bermanda-manda. Yang paling syok, kedua2 nya bemain seronok bermain pasir sepuas2 nya...
-
Sio kakak tunjuk bakat terpendam. Membentuk pasir guna acuan. Si adik pulak seronok menggali & menanam kaki sendiri...


Tengoklah aksi diorang. Sampai terpaksa tanggalkan baju sebab tak selesa bila pasir melekat ke badan. Tak malulah..
-

Anthurium Raffles...


Ada orang panggil pokok ni jungle bush, ada yang panggil jemani king cobra.. untuk senang diingat, aku gelar pokok ni jungle bush je. Kalau ikut nama saintifiknya tak silap aku Anthurium Raffles. Mengikut kajian aku, pokok Anthurium raffles ada banyak spesis. Antaranya Anthurium Hookeri, Corong, Gelombang, Garuda dsb... Tapi yang aku sendiri nampak kat Malaysia ni ada dua tiga jenis... terutamanya Anthurium Hookeri...
-



Pertama aku nampak atau perasan kehadiran pokok ni dalam 3 -4 tahun lepas di satu bangunan pejabat. Kali pertama terpandang dah tertarik. Jadinya, bila aku mula bergelumang dengan seni hiasan taman ni, spesis ni antara pokok yang aku teringin nak beli . Tapi masa tu susah nak dapatkan. Kalupun terjumpa harganya boleh tahan mahal. Bergantung pada saiz & umurnya. Kalau nak di ukur atau dinilai keunikan pokok ni, aku sendiri tak pasti bahagian atau dari sudut mana ianya dinilai. Ada yang kata kerimbunan daunnya. Ada jugak yang kata keunikan yang ditunjukkan di bahagian akarnya yang akan memenuhi ruang sekitar pangkalnya. Tak kurang jugak yang menilainya dari sudut saiz & kewujudan tongkol atau bunganya...
-


Pernah suatu ketika, aku menjelajah ke beberapa nursery di sekitar Batu Pahat semata-mata untuk mencari pokok jungle bush ni. Payah nak jumpa. Sampailah ke nursery terakhir yang aku jengok, jumpa jugak akhirnya. Bila dah jumpa tu, bukannya satu, bukan dua, bukan sepuluh... Tapi beratus2 spesis ni sedang di bungkus dan disusun ke dalam lori. Bila aku tanya harga, diorang kata tak jual sebab nak dieksport ke Indonesia. Aku tanya juga anggaran harga kalau aku nak beli & diorang jawab dalam lingkungan RM40.00 -50.00... aku cuba pujuk untuk beli satu je... emmh, tak boleh jugak... ok lah, bukan rezeki aku.
-
Beberapa bulan lepas tu aku cuba cari spesis jungle bush ni di sekitar Sepang. Alhamdulillah, jumpa jugak... Tapi kalau tengok saiz, aku rasa pokok yang aku jumpa ni masih muda mungkin usianya belum sampai setahun. Tapi aku beli jugak sebab memang minat. Harga masa tu pun kira murah dalam RM10 sebab masih kecil. Selepas hampir tiga tahun, 2 pokok yang aku beli ni semakin sihat dan makin membesar. Tinggi pokok pun dah hampir mencecah 80 -90 cm. Tongkol bunganya pun dah keluar. Keunikan akar pun semakin menonjol memenuhi ruang pasu.
-


Spesis jungle bush ni kelihatan simple & menarik serta sesuai sebagai penghias apa jua konsep laman, taman atau mungkin juga ruang dalaman rumah kita. Untuk aku sendiri, aku jadikan penghias kolam ikan koi kerana daunya yang lebar dan merimbun serta meredupkan suasana sekitarnya. Penjagaannya memang sangat mudah. Hanya pastikan mendapat air sekurang2 nya sekali sehari & baja pun sekali-sekala je...

Isnin, 8 Februari 2010

Laluan Berbatuan Di Taman...


Inipun salah satu kerja menaik taraf yang aku buat untuk tahun ni... Sebelum ni, selain ditanam dengan rumput mutiara, ada jugak aku taburkan batu2 kecil sebagai penghias laluan kecil taman mini rumah aku ni... Bila sebahagian pokok hiasan di sekeliling mula membesar, daun2 nya semakin merimbun, suasana semakin redup. Dan keredupan inilah yang telah menghalang rumput2 yang ditanam ini dari pancaran cahaya matahari seperti ketika mula2 ditanam dulu.
-


Justeru, untuk selesaikan masalah ni aku terpaksa cantas beberapa pokok yang dirasakan terlalu rimbun dan mungkin kelihatan agak semak. Bagi memastikan keadaan atau situasi sama tidak berulang, aku buangkan semua rumput di laluan ni & gantikan dengan batuan2 kecil pelbagai jenis. Apa yang penting bagi aku, laluan tu nampak kemas dan dapat kurangkan suasana yang sedikit semak seperti sebelumnya...

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...