Kembali ke

Rabu, 19 Ogos 2009

Pintu Harapan...

Aku selalu belek dalam majalah, kadang-kadang survey untuk cuci mata tengok rumah-rumah besar & cantik. Selalu juga berangan kalaulah suatu hari nanti aku dapat rumah secantik rumah-rumah yang aku minat, macam-macam aku nak buat. Itu cuma berangan, jadi, habis kat situ je lah... Dalam banyak rumah yang aku tengok, antara struktur/binaan yang aku berkenan ialah pintu pagar kayu dan juga pintu taman. Mulanya aku tak berapa yakin untuk mengaplikasikan semua tu kat rumah aku, memandang saiz rumah & laman yang agak kecil, macam tak praktikal... Ada juga aku tanya-tanyakan pasal kos kat tukang rumah/kedai-kedai pembekal struktur kayu (pergola, kolam ikan, pagar dsb) & hasilnya, semua tu memang di luar kemampuan aku...

Dalam setahun aku simpan angan-angan tu, akhirnya aku & isteri sepakat untuk merealisasikan impian tu. Aku ada cadangkan beberapa design, tapi akhirnya macam biasa lah, aku kena fikirkan design yang paling simple, sesuai dengan saiz & status rumah kami, kos yang tidak terlalu memeningkan dan sesuatu yang mampu aku siapkan sendiri tanpa bantuan pekerja tempatan atau asing...

Sebenarnya projek pintu pagar & taman ni aku dirikan secara pakej... (sekali dengan pagar & pintu kayu, dek, kolam ikan, awning, ubahsuai pergola dan kerja-kerja landskap). disebabkan projek ini projek sendiri, masa yang diperuntukkan lebih kurang 2 bulan. Ikut suka bila masa nak buat, bila nak cuti...
kali ni aku cuma nak katakan tentang pintu taman. Dengar macam simple je, pintu taman. Tapi sebenarnya ia melibatkan rombakan & penambahan banyak struktur. Aku kena design struktur besi sebagai tulang pintu, design susunan kayu pada pintu, hasilkan bingkai pintu yang sesuai dengan konsep, tutup longkang hadapan & sediakan beberapa pagar/penghadang kayu. Memang rumit tapi puashati bila struktur tu siap sedikit demi sedikit & kita boleh nampak gambaran...



Untuk kerja-kerja ikat batu & plaster aku serah pada yang pakar, yang lain serah pada aku... bila dah siap, aku cuba letakkan pokok-pokok dalam koleksi yang aku rasa sesuai, tapi bila aku rasa tak sesuai, aku ubah. & begitulah seterunya sampai sekarang... mamlumlah, banyak koleksi pokok dalam simpanan...

Penghadang ni aku pasang kemudian. Takde perancangan, tapi bila tengok putera puteri kami suka melepak kat situ, aku pun designkan penghadang yang bukan sahaja boleh menjamin keselamatan, tapi nampak serasi dengan pokok hiasan & sesuai dengan konsep... So, itulah hasilnya...


Jutaan terima kasih buat isteri tersayang atas sumbangan yang tak terbalas demi merealisasikan harapan & impian aku untuk memiliki semua ini....

9 ulasan:

  1. cantik dan menawan bro..
    bro kalau boleh share, u beli kayu kayu di mana?

    azri

    BalasPadam
  2. Kayu jenis Resak saya beli di satu hardware kat Dengkil... lokasinya -simpang empat dengkil/bangi lama/salak tinggi/putrajaya...

    BalasPadam
  3. kalau saya nak tempah buat pergola yg simple blh tak???

    BalasPadam
  4. Bukan tak boleh, takut hasilnya tak memenuhi citarasa...

    BalasPadam
  5. cat kayu yang tuan pakai janis t101 ke? cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk berkongsi maklumat click sja di sini;
      http://www.facebook.com/media/set/?set=a.299607626756232.90277.100001209915571&type=3

      Padam
  6. Cantik sangatttt.....tahniah dan terima kasih kerana berkongsi idea. Semoga Allah menganugerahkan ilham lagi buat anda. Laman yang memberikan manfaat.

    BalasPadam
  7. cantiknye.. kreatif sangattt

    BalasPadam