Kembali ke

Selasa, 27 Oktober 2009

Misi Mencari Rhapis Multifida...

Sejak beberapa minggu lepas, aku 'terpaut' dengan salah satu spesis pokok hiasan baru di pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya. Kalau tak silap nama pokok tu Slender lady Palm atau nama saintifiknya Rhapis Multifida. Banyak jugak nursery yang aku jenguk, tapi tak jumpa. hinggalah dua minggu lepas semasa berkunjung ke deretan nursery di Sungai Buloh. Hampir semua tempat menjual pokok ni. Masalah baru pulak timbul. Mulanya aku jangkakan harga spesis palm ni serupa macam pokok palm yang lain macam bambo palm atau Ereca palm (Chrysalidocarpus). Tapi, tiga empat kali ganda... kalau dalam polibag tu ada yang RM75, RM85, RM120+++ Paling murah pun yang aku jumpa RM38, itupun anak pokok yang mungkin membuatkan aku terpaksa menunggu tiga empat tahun baru boleh dapat saiz yang aku nak. Ada yang siap berpasu tu sampai RM220... Senyum jelah... bukan dalam bajet kami...
-

Kami tak berputus asa. Minggu lepas kami ke Nilai. ada lah tiga empat nursery yang aku biasa pergi kat Nilai, singgahlah satu tempat tu... Ini kali kelima aku ke sana. Aku memang respect kat tuan punya & juga pekerja-pekerja nursery ni. . Sebabnya, setiap kali datang, koleksi pokoknya sentiasa subur, berbunga & dijaga rapi. Kedudukan juga sentiasa berubah, bersih, selesa & seronok untuk dipandang atau dijelajah. berbeza dengan kebanyakan nursery lain yang kami kunjungi, biasanya kedudukan & susunatur pokok masih di tempat sama, rumput & semak samun semakin menutupi bumi. Koleksi pokok pun semakin berkurangan atau pokok-pokok lama umpama tidak terjaga atau dibaja & mungkin kurang subur/rosak...
-
Isteri kesayangan aku memang pantang tengok pokok berbunga. Tak kira bunga apa, cuma dia berat sikit pada pokok bunga Ros dan bunga Kertas. Banyak pulak pokok bunga Kertas yang berbunga lebat kat sini...

Berbalik pada misi mencari Slender Lady Palm, alhamdulillah... Tak sangka di sini aku temui apa yang aku cari. Harganya jauh lebih murah berbanding tempat lain & saiznya jauh lebih besar. Pokok & daunnya pun kelihatan subur & sihat.
-


Tak cukup dengan itu, Untuk kepuasan yang maksimum, kami beli kedua-duanya (Slender lady palm & pokok bunga kertas(bourgenvilla) berwarna putih). Nampaknya misi kami untuk hujung minggu ni berjaya... walau apapun, perjuangan kami masih belum selesai...

4 ulasan:

  1. brapa harga pokok tue..sama ke ngan palm jawa??? de gak survey..besar tue dlm RM20++...

    BalasPadam
  2. Ini bukan spesis palm jawa. Special sikit sebab baka ni berasal dari thailand. Harga kalau ikut saiz yang kami beli tu RM60. Tapi kalau di area Sg Buloh dgn saiz yg sama harga boleh mencecah RM 180-RM220... pengsan...

    BalasPadam
  3. nk tau la kat nilai tu katne ade byk nursery yg murah??plishh..

    BalasPadam
  4. Kalau kat Nilai, pilihan yang ada boleh tengok kat sebelah Giant... Satu lagi dekat dengan bulatan Nilai Salak Tinggi, tak ingat pulak namanya, tapi sebelum sampai ke pasaraya hardware & bertentangan dengan Petronas... boleh tahan jugak kat situ... kat area Salak tinggi tu pun banyak jugak nursery...

    BalasPadam