Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt. Dengan keizinanNya, jantung masih berdegup normal, fikiran masih waras & tubuh badan pun masih sihat & segar dalam menuju cabaran kehidupan tahun baru 1431 H & tahun 2010 M. Nampaknya perjalanan hidup aku & keluarga sepanjang tahun lepas tidaklah berlalu tanpa sebarang perubahan & manfaat. Begitu juga dengan penutupnya. Selain dapat bercuti hujung tahun, sempat jugak aku siapkan beberapa projek kecil untuk mengupgred struktur-struktur binaan yang memang dah sedia ada di laman rumah. Kiranya macam satu proses tambah nilai supaya nampak lebih berseri sikit.
-
Projek kali ni bukanlah satu projek besar, umpama menambah bawang goreng , mentimun & sos cili diatas mi goreng mamak. Orang kata, nampaklah lebih menyelerakan.
-
Ini lah perubahan yang berlaku terhadap pintu pagar hadapan rumah aku dalam masa dua tahun.Projek pertama yang aku buat ialah melekatkan kepingan batu-batu hiasan dinding kepada tiang/tembok pintu pagar & pintu taman. Projek ni memang dah lama dirancang cuma tak berkesempatan. Lagipun takde skill & belum cukup ilmu untuk dilaksanakan sendiri. Masih dalam peringkat belajar, tapi aku cuba beranikan diri sebab kalau tak cuba kita takkan tahu kemampuan serta hasil kerja kita.
Sejak dulu lagi memang aku selalu survey batu-batu hiasan dinding ni, tapi tak terniat pun nak membeli. Cuma bila difikirkan cuti panjang yang aku ambil tidak diisi dengan apa-apa projek, aku rasa macam rugi & masa terbuang begitu sahaja. Mulanya aku rancang untuk membesarkan kolam ikan hiasan yang aku nampak semakin hari semakin kecil untuk menempatkan ikan-ikan koi yang semakin meningkat dewasa. Survey punya survey, tak juga jumpa tangki kolam dengan saiz yang aku cari.-lebih dalam dan lebar supaya dapatlah ikan-ikan tu bergerak lebih bebas & senang hati. Hujung-hujung, benda lain yang aku jumpa.
-
Taknak pencarian & perjalanan aku menjadi sia-sia, aku fikirkan untuk sesuatu yang membolehkan aku melakukan apa jua kerja untuk menambah keserian landskap di rumah. akhirnya aku terjumpa satu kedai batu-batu hiasan dinding yang membuat promosi. maklumlah, hujung tahun-Year End Sale ;)
-
Antara peralatan untuk proses memotong dan memasang batu hiasan dinding
Masa nak membeli batu ni pun ada juga masalahnya. Susah nak memilih, sebab semua cantik. Hampir tiga-empat puluh jenis yang dipamer. Bila tengok sample, semuanya menarik... aku biasalah, cari yang aku rasa cantik tapi murah... bila dah berkenan & aku rasa sesuai untuk landskap rumah aku, aku belilah dalam 25 kaki persegi dalam pelbagai saiz.. sekali dengan simen gam.
Proses memasang pun satu masalah bagi aku sebab takde pengalaman. Belajar pun dari pengamatan serta buku-buku landskap.
-
-
Hari kedua, aku siapkan pulak untuk tembok pintu pagar. Siap lebih kurang 4 jam sebab banyak kerja-kerja memotong perlu dilakukan. paginya ada gotong-royong Persatuan penduduk, jadi aku mula lewat sikit hari tu. Mujurlah cuaca pun redup... Nampaknya kerja-kerja menampal batu dinding ni aku cuma perlukan 2hari untuk memasangnya. Tak sesukar yang aku jangka & aku rasa semua orang boleh buat kalau cukup peralatan & bahan-bahannya. Percayalah...
-
Masuk hari ketiga, aku dah tak tau nak buat apa sebab kerja-kerja menampal dah siap. jadi disebabkan impian untuk membesarkan kolam tak dapat direalisasikan, aku pun memikirkan untuk mencantikkan kawasan sekitar kolam tu, termasuklah dek yang menempatkan kolam kecil tu. Hasil pengalaman yang dikutip selama 2 hari untuk kerja-kerja menampal batu hiasan, tak aku persiakan begitu saja. Aku dapatkan serpihan-serpihan mozek dari lebihan semasa mengubahsuai taman tahun lepas untuk aku lekatkan di sekitar dek. Alhamdulillah, berjaya aku siapkan dalam masa 3 jam... hasilnya bolehlah dibanggakan untuk orang tak berpengalaman macam aku...
tuan, cantik pagar ni.. memang idaman sy nak buat pagar macam ni...idea yg sgt menarik
BalasPadamTerima kasih... Idaman saya pulak nak dapatkan rumah semi D.. luas sikit tanahnya... tak tau boleh atau tidak jadi kenyataan..
BalasPadamKalau takde idea, bolehlah buat sikit2 mana yang mampu... sebenarnya lagi simple, lagi menarik lagi-lagi kalau rumah kita memang dah sedia cantik....
Tuan, jgn lupa jadi follower kat blog saya http://www.adhapalmer.blogspot.com/
BalasPadamTuan Tq, kongsi pengalaman, insyallah saya mau cuba
BalasPadamSama-sama... Selamat mencuba...
BalasPadamAs salam tuan.. blh tak nak tahu dimana blh dapatkan batu2 mcm ni..
BalasPadam