Kembali ke

Rabu, 10 Februari 2010

Anthurium Raffles...


Ada orang panggil pokok ni jungle bush, ada yang panggil jemani king cobra.. untuk senang diingat, aku gelar pokok ni jungle bush je. Kalau ikut nama saintifiknya tak silap aku Anthurium Raffles. Mengikut kajian aku, pokok Anthurium raffles ada banyak spesis. Antaranya Anthurium Hookeri, Corong, Gelombang, Garuda dsb... Tapi yang aku sendiri nampak kat Malaysia ni ada dua tiga jenis... terutamanya Anthurium Hookeri...
-



Pertama aku nampak atau perasan kehadiran pokok ni dalam 3 -4 tahun lepas di satu bangunan pejabat. Kali pertama terpandang dah tertarik. Jadinya, bila aku mula bergelumang dengan seni hiasan taman ni, spesis ni antara pokok yang aku teringin nak beli . Tapi masa tu susah nak dapatkan. Kalupun terjumpa harganya boleh tahan mahal. Bergantung pada saiz & umurnya. Kalau nak di ukur atau dinilai keunikan pokok ni, aku sendiri tak pasti bahagian atau dari sudut mana ianya dinilai. Ada yang kata kerimbunan daunnya. Ada jugak yang kata keunikan yang ditunjukkan di bahagian akarnya yang akan memenuhi ruang sekitar pangkalnya. Tak kurang jugak yang menilainya dari sudut saiz & kewujudan tongkol atau bunganya...
-


Pernah suatu ketika, aku menjelajah ke beberapa nursery di sekitar Batu Pahat semata-mata untuk mencari pokok jungle bush ni. Payah nak jumpa. Sampailah ke nursery terakhir yang aku jengok, jumpa jugak akhirnya. Bila dah jumpa tu, bukannya satu, bukan dua, bukan sepuluh... Tapi beratus2 spesis ni sedang di bungkus dan disusun ke dalam lori. Bila aku tanya harga, diorang kata tak jual sebab nak dieksport ke Indonesia. Aku tanya juga anggaran harga kalau aku nak beli & diorang jawab dalam lingkungan RM40.00 -50.00... aku cuba pujuk untuk beli satu je... emmh, tak boleh jugak... ok lah, bukan rezeki aku.
-
Beberapa bulan lepas tu aku cuba cari spesis jungle bush ni di sekitar Sepang. Alhamdulillah, jumpa jugak... Tapi kalau tengok saiz, aku rasa pokok yang aku jumpa ni masih muda mungkin usianya belum sampai setahun. Tapi aku beli jugak sebab memang minat. Harga masa tu pun kira murah dalam RM10 sebab masih kecil. Selepas hampir tiga tahun, 2 pokok yang aku beli ni semakin sihat dan makin membesar. Tinggi pokok pun dah hampir mencecah 80 -90 cm. Tongkol bunganya pun dah keluar. Keunikan akar pun semakin menonjol memenuhi ruang pasu.
-


Spesis jungle bush ni kelihatan simple & menarik serta sesuai sebagai penghias apa jua konsep laman, taman atau mungkin juga ruang dalaman rumah kita. Untuk aku sendiri, aku jadikan penghias kolam ikan koi kerana daunya yang lebar dan merimbun serta meredupkan suasana sekitarnya. Penjagaannya memang sangat mudah. Hanya pastikan mendapat air sekurang2 nya sekali sehari & baja pun sekali-sekala je...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan