Kembali ke

Khamis, 18 Februari 2010

Rumah Orkid Mak & Bapak...



Mana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan & bertemu nasi... Sebenarnya hobi berkebun aku banyak dipengaruhi oleh kedua orang tua... mak & bapak di kampung memang minat berkebun. Masa kecil dulu selalu juga ikut ke kebun untuk tolong mengacau orang tua mengusahakan tanaman jagung, pisang, tebu, koko, kucai selain tanaman utama kelapa sawit...
-

Tanah di kawasan rumah, bahagian belakang memang dah jadi dusun buah-buahan. Depan pula penuh dengan pokok bunga... macam sekarang ni, kesihatan keduanya mungkin tak berapa mengizinkan untuk bekerja di ladang, jadi penuhlah keliling rumah dengan pokok tebu & pokok bunga. antara koleksi utama halaman rumah sekarang ni ialah pokok bunga Kertas & juga pokok orkid selain pokok tebu di keliling rumah...
-

ini antara koleksi bunga orkid yang menghiasi halaman rumah...



baru-baru ni semasa pulang bercuti, khidmat aku diperlukan untuk mendirikan sebuah rumah khas untuk koleksi orkid. banyak juga koleksi orkid yang ada & kebanyakannya sdang berbunga. Aku pun gunakankanlah kemahiran yang ada untuk mendesign & mendirikan rumah hijau ni mengikut kemampuan & bahan mentah yang tersedia... Berjaya juga aku siapkan sehari suntuk... Mungkin tak berapa kemas seperti pergola, tetapi sekurang-kurang dapat juga aku melakukan sesuatu yang boleh menggembirakan mak & bapak di kampung...
Setinggi2 penghargaan buat isteri yang banyak membantu & mencurah keringat dalam menyiapkan Rumah Orkid ini terutama ketika proses menaikkan tiang dan proses mengecat yang benar-benar menguji ketahanan fizikal memandangkan bahang cuaca yang agak panas ketika ini.... Jasamu sentiasa dikenang :)

2 ulasan:

  1. salam,

    boleh tahu lokasi sebenar nurseri di Sepang tmpt saudara beli pokok2 plumeria tuh? sy juga berminat nk kumpul plumeria yg pelbagai warna.

    thanks in advance

    BalasPadam
  2. Salam.. Lokasi nurseri di mana saya dapatkan koleksi plumeria yang dimaksudkan tu hanya terletak kita2 1km dari simpang tiga Sepang port Dickson. Maknanya, kalau dari Salak Tinggi kita akan jumpa nurseri dahulu sebelum bertemu simpang tiga yang dimaksudkan tadi.
    kalau tak silap nama nurseri tu Xue Beng...

    BalasPadam