Kembali ke

Selasa, 30 Mac 2010

Wakaf Istirehat... siri 3



Aku memang tak sabar-sabar nak siapkan projek ni. Tapi macamana cepat pun, aku tak boleh nak ketepikan aspek-aspek keselamatan. Aku tau wakaf ni aku perlu dihasilkan dengan penuh teliti & berhati-hati bagi memastikan sesiapa sahaja yang duduk bersantai boleh dijamin selamat... Setelah penat aku melicinkan papan untuk lantai dengan kertas pasir, aku pun susunlah ditempatnya. Tinggi jugak lantai ni bila dah dipasang, lebih kurang 2 kaki dari aras tanah. Nampaknya aku kena buatkan tangga untuk memudahkan anak-anak naik ke atas.
-
Setelah siap menyusun papan untuk bahagian lantai, terus aku pasangkan sebahagian atap genting yang aku dah beli, untuk proses mengecat lantai. Manalah tau tiba-tiba hujan turun, selamat sikit bila dah ada sebahagian atap kat atas.

mungkin disebabkan keterujaan yang sedikit melampau, malam tu jugak kami sekeluarga dah mula bersantai di wakaf separuh siap ni. Kelakar betullah diorang ni... siap bawak bantal busuk...

4 ulasan:

  1. Salam,

    Saya kagum dgn kemahiran & kreatifnya saudara menghias rumah anda. Ada beberapa perkara yang ingin saya ketahui:

    1. Bagaimana anda boleh begitu mahir dalam pertukangan? Adakah kerana latar belakang keluarga, pendidikan dsb?

    2. Saya ingin ke pusat tanaman bunga di Sepang yang anda ceritakan. Di mana agaknya lokasinya? Ada tak landmark yang saya boleh memudahkan saya ke sana?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Terima kasih. Saya bukanlah pakar atau profesional dalam bidang pertukangan ni. Hanya sifat ingin mencuba serta sedikit ilmu yang digarap dari subjek Seni Perusahaan & Kemahiran Hidup semasa di sekolah menengah dahulu yang banyak membantu selain sokongan isteri. Pengalaman melihat Orangtua bertukang untuk rumah sendiri ketika dikampung dahulu juga sedikit sebanyak menyuntik rasa berani. Sekali lagi saya tekankan, saya bukanlah begitu mahir. Hanya minat yang mendalam dalam seni hiasan landskap & batasan kewangan mendorong untuk memahirkan diri membina sendiri apa yang saya inginkan.

    Untuk ke tempat dimaksudkan, jika datang dari simpang empat KLIA/Salak Tinggi/Enstek, terus sahaja memandu ke arah Pekan Sepang. Lebih kurang setengah KM sebelum tiba Pekan Sepang (simpang 3 Port Dickson/Bagan Lalang), kita akan bertemu kawasan perumahan di kiri & kanan. Kedudukan nursey ni ialah di sebelah kiri sebelum kawasan perumahan dan agak sedikit tersorok. Masuk kiri & terus ke kiri lagi, jalan terus 100meter ke depan... kalau tak silap nama nursery tu Xue Beng.... satu lagi nursery yang biasa saya kunjungi di sepang adalah di pekan Sungai Pelek.

    BalasPadam
  3. Terima kasih... dan teruskan menulis.

    BalasPadam
  4. Salam Tuan...

    Habis semua siri saya baca tentang pembinaan wakaf ini.

    Nampaknya kita sealiran, maksud saya, suka membuat pertukangan sediri, kecuali rumah sy x mampu nak bina.

    Kekangan masa & kemahiran.huhu..

    Saya berhajat nak membinanya.

    Boleh saya dapatkan saiz kayu yang digunakan.

    BalasPadam