Kembali ke

Isnin, 5 April 2010

Wakaf Istirehat... siri 7


Ini hari-hari terakhir aku menyiapkan projek wakaf aku. Maksudnya, banyaklah kerja yang sempat aku jalankan sebagai kemasan akhir seperti tangga, cat dan lain-lain. Awal pagi lagi aku dah sibuk memotong papan untuk dijadikan kemasan tepi pada bahagian atap.
-


Bahagian ini pun perlu penekanan kerana sedikit sebanyak, ianya lebih menonjol & paling jelas bila wakaf ini dilihat dari luar pagar... Aku kekalkan konsep seperti binaan perabot laman aku yang lain. Potong lengkok bahagian hujung kayu supaya ada lah stail sikit. Untuk kerja-kerja ni, aku tak ambil banyak masa. Dalam sejam aku dah siap potong. Lepas aku licikan sikit dengan kertas pasir, terus aku sapukan cat & biarkan kering. Tengaharinya aku dah siap pasang.


Bahagian terakhir untuk disiapkan ialah tangga. Memandangkan lantai yang sedikit tinggi (lebih kurang 1 kaki 8 inci), aku perlu sediakan tangga untuk memudahkan anak-anak naik ke atas. Disebabkan tangga ni tak terdapat dalam pelan asal, so aku kena fikirkan rekaan yang paling simple berbekalkan saki baki kayu yang ada.



Tangga ni pun aku buat dalam sejam. Mungkin terlalu simple tapi hanya itu yang aku mampu hasilkan dengan saiz & ukuran kayu yang masih ada. Nak pergi hardware, hujung minggu tutup... tak kisahlah, yang penting bila dah tepasang & siap dicat, ok je...


2 ulasan:

  1. boleh saudara kongsi.. nak potong lengkok tu guna apa ye?

    BalasPadam