Kembali ke

Jumaat, 16 Julai 2010

Rambutan vs Durian...


Minggu lepas kami balik ke kampung... Biasalah, musim durian ... Hari pertama lagi, kami dah jamah durian puas-puas.. so, dua hari seterusnya takdelah kami jamah lagi sebab macam dah puas makan...
-



Balik kampung kali ni, sasaran kami bukan setakat durian, tapi rambutan + manggis + cempedak sekali. Kebetulan pokok rambutan tepi rumah tu ada jugak berbuah sikit, seronoklah anak-anak kami merasai pengalaman memetik sendiri buah rambutan dari pokoknya... manggis pulak belum musim sepenuhnya, so dapatlah rasa sekilo dua... cempedak jangan cerita, tiap-tiap hari makan cempedak goreng... susah nak dapat kat bandar, ye tak.. kalau ada pun 3 atau 4 ketul seringgit... mahal tu..
-
Masa balik, sempatlah kami bawak setengah guni durian, setengah guni rambutan, tiga kilo manggis, 6 biji cempedak, semangkuk sambal tumis... hehehe.. (orangtua memang berniaga nasi lemak, so ada sambal lebih tu, ngeceklah sikit)... Semua buah-buahan dari kampung tu bukan untuk kami berempat je, tapi untuk jiran-jiran berdekatan sekali... biasalah, adat berjiran.. yang tak dapat tu, mintak maaflah sebab dapat bau je, tak boleh nak elak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan