Kembali ke

Selasa, 10 Ogos 2010

Yucca, Penyeri Laman...


Kali ni aku nak cerita sikit pasal satu spesis penghias laman yang dah lebih 3 tahun dalam jagaan aku... Kiranya, dapatlah aku mengikuti perkembangan tumbesarannya sejak dari pasu semaian kecil(diameter 15cm) hinggalah ke pasu yang giler besar(diameter dekat 2 kaki) sekarang ni... Aku terbeli pokok ni pun secara tersengaja..
-
Ini contoh benih pokok Yucca yang disemai untuk dijual. Yang belah kiri tu saling tak tumpah macam yang aku beli. Spesis ni disemai dari keratan batangnya.

Pagi tu aku pegi ke Shah Alam untuk urusan payment satu job... Lepas settle urusan tu, aku pun terus je drive untuk balik ke rumah.. Tak sempat sampai ke rumah, di pertengahan jalan tiba-tiba stereng kereta aku terasa berat ke sebelah kiri... orang kata kalau belah kanan rezeki, kalau kiri pulak nak bagi orang rezeki.. Haaahh, betul... rupanya stereng kereta berat ke kiri sebab nun di sebelah kiri jalan kat depan tu ada satu nursery... Bila masuk je kawasan nursery tu, banyak pulak pokok-pokok yang baru turun dari lori supplier... & salah satu spesis yang baru tengah disusun masa tu ialah pokok Yucca.. Aku memang minat dengan pokok ni sejak dulu lagi... Harga, boleh tahanlah... ikut saiz & jumlah batang. Yang aku beli ni kira yang paling murah sebab cuma ada satu batang dan dua tunas daun kat bahagian atas... Tinggi kira-kira 2 kaki...Kalau tak silap RM25..-itu cerita lebih 3 tahun lepas...
-
Ini saiz 3 bulan selepas dibeli...

Umur 2 tahun.. Pernah menjadi penghias kawasan tepi pagar rumah.. Mula-mula daun hanya bahagian atas je... tak sangka pulak muncul banyak lagi tunas baru kat bahagian bawah..
-

Aku tak pasti spesis ni berasal dari mana, mungkin kawasan Amerika selatan... Menariknya spesis Yucca ni sebab sangat mudah untuk dijaga... Walaupun berbatang besar, pokok ni tidak memerlukan air yang terlalu banyak.. Sesuai dengan suasana sejuk atau panas... Satu perkara yang pelik sikit pasal Yucca ni, lebih suka hidup didalam pasu kecil dengan tanah terhad. Sebab apa yang aku nampak sendiri, walaupun kita tukarkan ke pasu besar, akarnya masih tetap segumpal macamana kita beli dulu malahan tidak berserabut memenuhi pasu seperti pokok-pokok lain... walaupun ditanam di tanah..

Bila dah menjangkau lima kaki/ lebih dari ketinggian pintu pagar, terpaksalah diletakkan di luar. Bukan nak tunjuk kat jiran, tapi kawasan dalam laman dah penuh dengan pokok-pokok lain.. Memang nampak berserabut & kurang kemas sikit kalau tak disiang daun-daun tua..

Kalau tak silap, Yucca dalam jagaan aku ni dah enam kali bertukar tempat... bukan sebab tak serasi, tapi kira macam naik taraflah... dari pasu semaian, ke pasu sederhana, ke tanah, ke pasu besar, ke pasu lebih besar & akhirnya sekarang ke pasu paling besar pernah aku beli... Saje nak wujudkan satu suasana dominan pada kawasan luar pagar tu... selalu nampak warna & saiz pasu lebih kurang sama je, kali ni ubah gaya sikit... lagipun saiz pokok Yucca kami sekarang ni dah menjangkau 6 kaki...

-Macamanalah kalau ditakdirkan kami berpindah rumah satu hari nanti.. susah nak bawak pasu & pokok-pokok ni...

3 ulasan:

  1. Salam,apakah no hp saudara?boleh anda sms ke hp saya 012-7170010 (Wan) saya nak bertanya serta minta pendapat saudara tentang lanskap d rumah saya.

    BalasPadam
  2. Salaam.
    Encik saya nak beli anak Pokok Yuka ni.
    Beapa harga nya?

    BalasPadam
  3. Masa beli dulu harganya RM25.... sekarang ni tak tahulah berapa, mungkin sama je kot...

    BalasPadam