Kembali ke

Rabu, 1 Disember 2010

Kenapa Saya Suka Rumah Saya...?


Ingat lagi tak iklan Petronas 'Kenapa saya suka rumah saya...?' hehehe.. macam-macam jawapan budak tu bagi.. Konsep' rumah saya' dalam iklan tu tentu sekali merujuk pada negara Malaysia... -Kenapa saya sayang negara saya.. betul tak...? memang sesuailah konsep tu untuk ulangtahun hari kemerdekaan.....
-

Kenapa saya suka rumah saya...? Persoalan yang tiba-tiba terbit dalam fikiran aku bila teringat ayat yang sering diungkapkan oleh anak lelaki aku, -Hafiy...Bila kita bawak ke tempat yang kurang menyeronokkan dia... ayat standardnya- "alah..! shaya nak balik rumah shaya..., shaya taknak pegi shini..." bila di tanya lagi, dia jawab-"ya, shaya suka rumah kita"... walaupun susunan ayat & intonasi yang dilontarkan nampak lembut & bersopan santun, tapi maksud tersiratnya memang sangat tajam & makan dalam... lebih-lebih lagi kalau ayat tu disebut depan tuan rumah yang kita kunjung... nasib baiklah budak-budak lagi... Tapi biasanya lepas sejam dua seronoklah pulak dia duduk situ... terutama bila dah jumpa kawan-kawan sebayanya... berlari kesana-kemari tak ingat dunia...



Ada baiknya bila anak-anak lebih suka duduk di rumah sendiri.. Bukan anak-anak je, tapi kita sekeluargalah... kena dengan konsep Rumahku Syurgaku... Kalaulah budaya tu dapat diterapkan seawal mungkin, hinggalah usia anak-anak meningkat remaja, dewasa, kan bagus... takdelah budaya berpeleseran & membuang masa tak tentu hala... masa kecik ni kita nampak depan mata, tapi akan datang memang tak terkawal... kita tahu sebab kita semua pernah jadi remaja... cuma masalahnya apakah cara untuk kita pastikan rumah kita adalah 'syurga' untuk kita sekeluarga... tempat yang paling seronok untuk anak-anak berehat & bersantai.. tempat untuk mengadu, meminta pendapat & menyelesaikan masalah... senang cerita tempat paling sesuai untuk anak-anak membesar... Ada juga sesetengah orang yang aku dengar tak suka atau berat hati untuk lepaskan anak-anak bersekolah diasrama sebab tak mahu berpisah & nak tengok anak-anak membesar depan mata & di rumah sendiri kecuali ke universiti... &, ada juga yang sebaliknya, anak-anak yang tak mahu duduk jauh dari mak bapak... pada aku, Itu bukan masalah besar, terpulang pada pendapat masing-masing...



Adakah cukup dengan menyediakan rumah yang besar & mewah?, adakah cukup dengan membelikan mereka setiap sesuatu yang diinginkan?, atau adakah cukup dengan sekadar memastikan rumah kita cantik, bersih dan kemas, teratur dsb...? sama-sama kita fikirkan... yang pasti semua itu belum tentu menjanjikan kesoronokan untuk kita berlindung didalamnya selagi tidak wujud suasana harmoni dalam keluarga... Macamana pulak kita nak wujudkan suasana harmoni..? kita fikir lagi sekali... kali ni kita pinjam konsep iklan Petronas tu -"Kenapa saya suka rumah saya...?" Kalau rumah dalam iklan di merujuk kepada negara, sekarang kita pinjam konsep tu keseluruhannya... Kenapa saya sayang negara saya? sebab dia aman & makmur, tiada huru hara, tidak berkecamuk, ada peraturan & undang-undang, sikap saling menghormati, ekonominya yang stabil, hubungan baik dengan negara-negara jiran dsb... macam-macam jawapan kita boleh bagi... kalau masih belum dapat jawapan kenapa perlunya untuk 'saya suka rumah saya', fikir, fikir dan teruskan berfikir... zaman sekarang ni berfikir pun kena kreatif... ada inovasi & pembaharuan... barulah kita boleh maju...
-
Saje aku selitkan gamabar-gambar burung dengan rumah impian masing-masing. Tak sangka burung tempua pun boleh buat sarang ikut konsep KLCC. Memang kreatif... Merpati pulak macam memang dah serasi duduk 'pangsapuri'... Belatuk macam biasalah, tebuk lubang kat pokok kayu.... Bila terpandang gambar-gambar ni kat internet minggu lepas, aku turut sama terfikir, burung yang tidak dikurniakan akal pun pandai mencipta keseronokan untuk hidup berkeluarga dengan binaan 'rumah' dengan cara masing-masing.. maknanya kita sebagai manusia harus lebih jauh dari itu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan