Kembali ke

Isnin, 7 Februari 2011

Simpati Buat Mangsa Banjir...

Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelum ni, tahun baru cina kali ni kami balik ke kampung... Dicampur dengan cuti hari Wilayah & cuti rehat, panjanglah sikit cuti kami... Bertolak ke Johor hari Sabtu, & kami balik semula hari jumaat pagi untuk sambung percutian hujung kat rumah sendiri je... ingatkan balik seawal hari jumaat dari JB bolehlah kami menempuh jalan yang lengang... tak jugak, jalan sesak & kami ambil 7 jam untuk sampai ke rumah... mungkin ramai sangat yang berfikiran sama macam kami & dicampur lagi dengan kawan-kawan kita yang nak beraya ke sana ke mari ke rumah saudara mara...
Masa balik ke Johor, kami bertolak pukul 12 tengahari & tiba di Kota Tinggi pukul 5.30... masa tu lebuhraya masih lengang, mungkin belum sampai masa orang balik bercuti... cuaca pun ok, cuma hujan sekali sekala.... masuk je negeri Johor, cuacanya makin berubah... hujan memang tak berhenti... kalau ada pun sekejap je lepas tu sambung balik hujan lebat... tiga hari berturut-turut macam tu... & kesannya seperti yang dijangka, banjir di sana sini... kesian jugak kat mangsa-mangsa banjir kali ni. walaupun tak seteruk banjir besar tahun 2006, sedikit sebanyak dah tentu merosakkan sebahagian peralatan rumah, ladang, sawah bendang, ternakan, mata pencarian & sbgnya... semoga mereka semua tabah & banyak bersabar menghadapi ujian dari Allah ini..
Segala yang berlaku sudah tentu ada hikmah yang terselindung, aku doakan segala urusan mereka selepas ini dipermudahkan & ditambah rezeki mereka selepas ini, insyaAllah...

1 ulasan:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    www.arenakartu.cc
    100% Memuaskan ^-^

    BalasPadam