Nak merempit ke apa ni....?
Awal-awal dulu kami jarang membenarkan anak-anak keluar bermain di luar kawasan pagar rumah... kalau ada pun dengan pengawasan & pemantauan yang ketat & dijamin keselamatannya, heheheh... kenalah pulak kita jadi pengawal peribadi, kekadang tu macam pengawal keselamatan... Bukan sebab tak mahu anak-anak bergaul dengan kawan-kawan lain yang ligat bermain kat luar tu, tapi atas faktor keselamatan... maklumlah, kebelakangan ni banyak sangat kita dengar kes-kes jenayah melibatkan penganiayaan pada kanak-kanak, kemalangan dsb... tapi bila usia anak-anak menganjak ke alam persekolahan tadika ni, yakinlah sikit nak lepaskan diorang keluar...
Abah..! buat apa tu...? nak mengintai kitorang main basikal kat luar ni ke? tak payahlah, kitorang dah besarlah...
Kebetulan pulak Hafiy pun dah pandai kayuh basikal sejak aku hadiahkan basikal baru untuk hadiah harijadi ke empatnya november lepas...... Jihan pulak memang sejak umur tiga tahun dah boleh kayuh sendiri... tapi yang peliknya Hafiy lebih suka guna basikal kakaknya yang dah nak berkarat berbanding basikalnya yang masih berkilat... takpelah, yang penting dah boleh kayuh sendiri...
Tiap petang rutin aku macam biasa, memandikan anak-anak angkat kat laman rumah tu sambil berinteraksi secara dalaman... anak-anak angkat...? iyelah, apa lagi kalau bukan koleksi pokok-pokok bunga yang sikit lagi nak jadi hutan hujan khatulistiwa ni... biasanya masa itulah anak-anak sibuk mintak permission nak main kat luar... "Abah...! boleh takkkkk...." selalunya tak sempat diorang habiskan soalan tu, aku dah jawab dulu... "boleh sayang, pergilah bermain".. heheh, -tiru dialog iklan milo kat TV... Jihan ngan Hafiy pun jerit "yeeeeaaah!.."
Anak-anak manja kami ni walaupun kekadang tu tergolong jugak ke dalam kategori degil & nakal, tapi untuk membuat atau melakukan sesuatu, tak kira apa pun, kebiasaannya diorang akan mintak kebenaran dulu... satu ayat tanya yang gerenti akan didengar setiap malam berbunyi "ibu...! boleh tak Hafiy tengok citer lain..? bila kita jawab boleh, dia pun kekadang balas "yahoooo"... Eloklah macam tu ye tak... tak macam aku kecik-kecik dulu, nak keluar rumah ke, pergi mandi paya ke, ikut kekawan pikat burung bayan ke, masuk kebun lastik burung ke, pergi mancing kat sungai ke, cari buah lemba kat hutan ke, main baling selipar ke, nak dok rumah kawan tengok ultraman ke, memang takdelah nak mintak permission mak bapak.. maklumlah, dok kampung... rumah pun tak berpagar, tapi masih selamat... cuma kekadang tu, kalau balik lambat sangat, tali pingganglah jawabnya. takkpun hanger baju kawat bersalut plastik tu... heheheheh.. degil jugak aku rupanya masa kecik-kecik...
orang dulu-dulu taklah rasa risau sangat dengan keselamatan anak-anak.. kalau dah namanya kampung, insya-Allah semuanya dalam kawalan sebab rumah hujung belah utara dengan nun di hujung selatan, tetap namanya jiran sekampung & saling mengenali.. jadi mereka sama-sama ambil tahu apa yang kita buat & apa terjadi dengan anak-anak jiran... tak macam sesetengah orang bandar zaman sekarang ni, sebelah rumah pun ada yang tak kenal sape nama, inikan pulak yang selang tiga empat rumah... kena pulak kalau ada kereta berhenti depan rumah nak tanya mana rumah sipolan sipolan... hahhh, gasak tak tahu...!! heheheh.. pasal itulah kekadang ada kes pecah rumah yang dibuat secara terang-terangan & terhormat, siap bawak lori atau kereta & parking kat carporch biar senang punggah barang... yang kita pulak dok ingat jiran sebelah nak pindah atau angkut barang... rupa2nya penyamun, nauzubillah. Apa-apa2pun, alhamdulillah, sebab rumah kami ni walaupun dalam persekitaran taman perumahan yang agak kecil (lebih kurang 100 rumahje jumlahnya), penduduk kat sini memang aktif dengan aktiviti kemasyarakatannya macam persatuan penduduk, rukun tetangga & ajk suraunya... yang penting masing-masing prihatin... selalu jugaklah ada majlis-majlis sambutan perayaan utama, gotong royong, majlis Qurban, Khatam Al-Qur'an, majlis bacaan yaasin & tahlil, macam-macamlah... orang kata, masih kuat berpegang dengan adat & budaya orang kampung... kan elok macam tu ye tak...? yang paling aku respect ialah usaha kami setiap penduduk beragama islam di sini yang diterajui pengerusi & ajk surau telah sama-sama berjuang & berkerja keras untuk mendapatkan sebuah surau selama beberapa tahun ni.. & akhirnya impian kami tercapai, alhamdulillah.. insya-Allah siap sebulan dua ni... terima kasihlah kepada semua yang terlibat untuk pembinaan ni, pengerusi & ajk surau terutamanya, termasuklah kepada ICU JPM...
Insya-Allah, sebulan dua lagi siaplah surau kami ni... Siap nanti bolehlah aku tunjukkan kronologi pembinaannya dalam blog ni...
Insya-Allah, kalau dipanjangkan umur atau ditakdirkan kami terpaksa berpindah atau tergerak untuk mencari kediaman baru di tempat lain, syarat & ciri-ciri utama yang kami pentingkan ialah suasana kejiranannya... kalau memenuhi piawaian kami atau sekurang-kurangnya setara dengan apa yang kami perolehi di sini, maknanya luluslah tu....
Bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati sekarang, alhamdulillah...
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan