Tahukah anda..? :) apa itu 'lepak'..? aku percaya majoriti tahu maksudnya cuma kebanyakan pemahaman mengaitkan maksud perkataan 'lepak' ni dengan budaya negatif yang pernah satu ketika dulu disenaraikan antara gejala sosial yang bolehlah dimasukkan dalam kategori kronik atau kritikal yang melanda golongan remaja & belia... jadinya, kebanyakan tajuk ceramah motivasi, kempen & karangan kat sekolah masa tu semuanya berkaitan dengan budaya 'lepak'.... Terpulangkan, sebab kalau ikut pemahaman aku, 'lepak' tu membawa maksud satu keadaan merehatkan diri untuk menghilangkan keletihan setelah penat bekerja atau sebagainya... disebabkan perkataan 'lepak' tu selalu sangat digunakan & agak popular di kalangan remaja sekolah & belia waktu tu, terutamanya mat2 rock (kononnyalah), sebagaimana popularnya perkataan wa caya lu dsb, maka persepsi umum mengenai perkataan 'lepak' ini sering dilihat menjadi satu perlakuan yang cenderung kepada budaya negatif berbanding maksud asalnya... Apa2 pun hari ini, perkataan 'lepak' telahpun sebati dengan bahasa pertuturan kita seharian... 'Lepak' kini menjurus kepada berehat, bersantai, bermalam, bercuti, jalan-jalan & macam2 lagi... contohnya -'lepak' tepi pantai, 'lepak' kedai mamak, 'lepak' kat hotel, 'lepak' sini, lepak'lah dulu....... heheheh, dah macam kelas bahasa pulak ni...
-
Yang sebenarnya, aku ni bukanlah pakar bahasa... BM masa SRP & SPM pun cukup2 makan je :) Jadi, amatlah tidak sesuainya untuk aku nak berceloteh atau memperinci mahupun mengupas perkataan 'lepak ni', baik dari sudut bahasa ataupun istilah... Sekadar nak bercerita tentang detik kami berehat di wakaf kat laman yang tak seberapa tu... & ayat yang aku gunakan masa mengajak isteri & anak2 petang tu "Jom! Kita lepak kat wakaf.." Sebelum tu kami singgah pasar malam, jalan-jalan cari makan... Sampai je rumah terus ajak diorang semua duduk makan2 kat wakaf.. Nampak Zair seronok pulak lepak kat sini...
-
Zair dah semakin matang.. :) maksud aku, dengan umurnya yang baru nak mengenjak bulan ke4, dia dah pandai nak tunjukkan reaksi tersendiri kalau merasakan dirinya disisih atau tersisih... Mata dah pandai menjeling tak berkerdip bila perasan orang sebelah bergerak meninggalkan dia... merengek & meraung sekuat hati bila kita tak ajak dia join sekali lepak-lepak depan TV ke, wakaf ke dsb... hehehe, macam budak dah besar pulak yek... takpelah, Zair memang dah besar pun... Sekurang-kurangnya kita tahu pancainderanya berfungsi dengan baik.. insya-Allah... Begitu jugak tahap kepekaan, sensitiviti, serta perasaannya... alhamdulillah...
-
"Seronoklah lepak-lepak kat sini"...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan