Klik je...!!!

Rabu, 13 April 2011

Bila Ayam Berkokok...


“Issssshhh, kena bangun pagi jugak ke...? bukan kerja pun hari ni...” -ayat yang mungkin terpacul oleh mereka-mereka yang liat sikit nak bangun pagi... kecuali terpaksa bangun sebab kena bersiap nak ke pejabat atau sekolah (Sesetengah tu liat jugak walaupun hari kerja)... Kalau hari kerja kita boleh buat, maknanya hari-harilah boleh buat, cuma malas je... ye tak.. biasalah manusia macam kita ni memang kaya dengan alasan-alasan tak munasabah... tidur lewatlah, tengok bolalah, penat kerjalah...


Kalau ditanya, gerenti semua orang nakkan rezeki yang banyak... Tak kiralah dalam bentuk apa, tapi bila sebut pasal rezeki & kesenangan, fikiran kita biasanya lebih tertumpu kepada duit atau kekayaan... Walaupun rezeki itu sebenarnya boleh datang dalam pelbagai bentuk & cara tanpa kita sedar...



Pagi ni tiba-tiba teringat pasal rezeki Allah yang boleh datang tiba-tiba tanpa disangka... Rezeki macam tu bolehlah kita anggap sebagai bonus atas kesabaran, usaha & doa yang kita buat tanpa mengenal jemu... ada juga yang kata rezeki bergolek macam tu, ada kaitan dengan maksud ayat seribu dinar... iye ke...?



Aku juga manusia biasa, hidup sederhana & perlu bekerja keras untuk menyara keluarga. Begitu juga dengan isteri tersayang yang sama-sama keluar mencari nafkah demi memastikan keharmonian keluarga sentiasa terpelihara & terjaga dengan baik... Dalam membesar anak-anak, kita sanggup lakukan apa saja. Sesetengah orang kata, kalau kita berumah tangga, insyaAllah rezeki bertambah... Ada jugak kata, bila dapat anak, rezeki pun akan berlipat ganda... betul ke...? Betullah tu... Sebabnya, bila dah hidup berdua, usaha kita mencari nafkah tu lebih sikit sebab nak pastikan pasangan kita dapat hidup bahagia & lebih terjamin... Bila dapat anak pulak, usaha tu makin kuat sebab perlu memastikan cukup makan & pakai untuk mereka... makin anak bertambah, makin lebihlah usaha tu... Selain tu, setiap usaha yang kita buat ke arah itu merupakan ibadah kepada Allah... makin banyak ibadah kita makin banyaklah nikmat Allah yang diturunkan... Sesungguhnya, pahala solat bagi mereka yang berumahtangga itu juga lebih berganda... insyaAllah.



Pernah juga aku terbaca dalam beberapa sumber tentang tips-tips yang boleh memudahkan kita mendapat rezeki Allah, berjaya dalam kerjaya, mudah menimba ilmu... Bolehlah aku kongsikan di sini untuk dipraktikkan sebagai panduan, termasuk buat diri aku sendiri...



1. Mulakan apa jua perbuatan kita dengan bismillahirrahmanirrahim.


2. Bangun awal pagi dengan doa sebagai tanda syukur, selain untuk menunaikan solat subuh.


3. Amalkan solat sunat qobliyah(sebelum solat fardhu subuh).


4. Elakkan tabiat mengeluh. Sentiasa redha pada ketentuan Allah.


5. Menepati masa. Terutamanya solat lima waktu serta dalam melaksanakan amanah & tanggungjawab dalam pekerjaan. Elakkan tabiat suka melambat-lambatkan sesuatu, Allah sendiri akan ‘bantu’ melambatkannya jika kita memang berniat sedemikian.


6. Selain berusaha, amalkan membaca ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum ke tempat kerja & sebelum tidur. (yang istiqamah akan dapat merasai kemujaraban ayat ini).


7. Jangan lupa berzakat & selalu bersedekah. Amalkan juga sikap suka membantu.


8. Elakkan makan minum dari sumber yang haram atau syubhat yang akan menjadi darah daging & supaya doa mudah dimakbulkan.


9. Jauhkan sikap suka membazir. Makanan terutamanya..


10. Sentiasa bersyukur agar ditambahkan lagi nikmat.


11. Amalkan doa sebelum tidur.



Ini hanya sebahagian cara untuk memudahkan rezeki sampai kepada kita... Mulai sekarang, bolehlah amalkan ye...



Ayat seribu dinar seperti di bawah ni...



وَمَنيَتَّقِاللَّهَيَجْعَللَّهُمَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُمِنْحَيْثُلَايَحْتَسِبُ


وَمَنيَتَوَكَّلْعَلَىاللَّهِفَهُوَحَسْبُهُ إِ نَّاللَّهَبَالِغُأَمْرِهِ قَدْجَعَلَاللَّهُلِكُلِّشَيْءٍقَدْرًا



Maksudnya: Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.-Surah Ath Talaaq: sebahagian dari ayat 2-3, (juga dikenali sebagai ayat seribu dinar)






وَإِذْتَأَذَّنَرَبُّكُمْلَئِنشَكَرْتُمْلأَزِيدَنَّكُمْوَلَئِنكَفَرْتُمْإِنَّعَذَابِيلَشَدِيدٌ



maksudnya : Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.-Surah Ibrahim: ayat7



Kesimpulannya, Bila ayam berkokok, maknanya hari mahu siang... jadi kalau ayam pun boleh bangun awal pagi walaupun rutin kehidupannya kais pagi makan pagi, inikan pulak kita manusia yang punya akal & fikiran yang waras serta tanggungjawab untuk mencari nafkah hidup & memakmurkan bumi Allah... J


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...