Kembali ke

Isnin, 25 April 2011

Lawatan Sambil Belajar...



Hari ni teratak kami dikunjungi oleh member-member ofis aku... alhamdulillah, orang kata kehadiran tetamu ni ibarat bawa masuk rezeki, ye tak..... Sejak dua tiga minggu ni kami memang dah plan untuk buat lawatan ke beberapa rumah bagi sesi kritikan, bertukar pendapat & mencari idea-idea yang boleh dijadikan inspirasi untuk rumah masing-masing... J Kira diorang ni macam pengkritik jemputanlah... sambil-sambil tu bolehkan menikmati kehijauan laman rumah yang sarat dengan pokok-pokok ni...


Member sorang ni pun minat nak ada kolam & bunyi desiran air untuk rumah barunya... apalagi..?


Sekali tengok kedatangan diorang ni ada jugak sikit-sikit macam inspektor kesihatan yang tengah cek jentik-jentik dalam pasu... maklumlah, banyak betul pasu bunga kat laman rumah aku ni termasuklah pokok-pokok air yang confirm airnya bertakung sepanjang masa... Tapi takpe, aku dah bubuh ubat pencegah jentik-jentik...


Syok jugak duduk kat buaian ni....



Sesi berehat & bertukar pendapat...


Alang-alang dah datang tu aku jemputlah sekali melawat dalam rumah... Tapi bahagian dalam ni macam biasa je.. maklumlah, teres setingkat ni, selain saiz laman yang terhad, ruang tamunya pun kecik je... orang kata, sekadar cukup untuk letak sofa atau kerusi buat tetamu...


Apalah yang dipegunkan tu... masih tak percaya ke wakaf tu aku buat sendiri...? :)


Dan sebagai menghargai kunjungan hormat kawan-kawan, aku hadiahkan cenderahati yang seberapa -anak pokok bunga melati Air..., -buah tangan yang bukan setakat untuk dibawa balik, tapi dibela & dibesarkan... hehehe... pandai-pandailah korang jaga dengan baik macam jaga anak sendiri ye... habis-habis malas pun , macam jaga anak tiri pun, ok lah... :p


sesi penyerahan Door gift... hehehe... macam lawatan rasmi pulak eks...


Ada gaya macam pegawai pertanian tak...?, ke, macam pegawai kesihatan tukang cek jentik-jentik...? :) mana-mana pun bolehlah...


Kereta muat 4 orang je, so ada dua tiga lagi geng yang tak berkesempatan nak berkunjung sekali.. insyaAllah, ada masa nanti kita buat lawatan sesi kedua... banyak lagi door gift nak diagihkan tu... hehehe...

12 ulasan:

  1. wahh..bestnya..nanti2 kalau cuti skolah kami turun KL..bleh kot nak pi buat lawatan jugak..klu ada rezeki..bleh dpt pokok free..:)

    BalasPadam
  2. Boleh je, silalah.. walaupun pintu pagar kami sentiasa tertutup, gerenti akan dibuka kalau ada tetamu datang.... :)

    BalasPadam
  3. Salam....semalam saya terjumpa blog saudara secara tak sengaja semasa saya search gambar pagar kayu...
    Saya memang tergamam bila masuk blog saudara...blog macam ni lah yang saya cari2 selama ni...memang best la...
    saya memang minat sesangat bab hiasan dan laman ni....
    Terbaik.....

    ** KLau dekat2 saya pun nak gak walau sekali jengah rumah saudara....memang teruja sesangat...Puas hati dapat buat sendiri....

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas pujian tu... Rumah saya biasa-biasa je, cuma tumpuan dekorasi tu saya lebihkan sikit pada laman sebab memang impian sejak dulu nak ada laman yang hijau dan selesa untuk keluarga beristirehat... Nak kata best tu, takdelah sangat, mungkin dalam gambar je...

    Kalau dah ada minat untuk menghias laman tu, bolehlah buat sikit-sikit mana yang termampu... rumah besar, macam-macam boleh buat.... kena pulak kalau ada modal... :)

    Saya dah tengok blog Teratak Impian Ibu,-Menarik...!

    BalasPadam
  5. Macam2 nak buat tapi modal dah kering...huwaaaa...tu yang terniat kalau dapat buat sendiri kan best...macam saudara...jimat sikit belanja...saya betul2 kagum...Ikhlas....

    BalasPadam
  6. Terima kasih sekali lagi...
    Orang kata kalau beli kereta mahal & cantik, takyah nak bikin-bikin lagi... -rugi, sebab kereta mahal memang dah tentu hebat... macam tu juga dengan rumah... cuma perlu sedikit saje aksesori untuk 'penambah perisa'... mungkin beberapa pokok hiasan ke, pergola ke, cukuplah... takpe, bolehlah buat sikit-sikit...

    BalasPadam
  7. salam....seronok tgk rumah...hijau dan sejuk...teringin nak buat mcm tu tapi susah sikit..duk apt...tanam pokok anak jiran suka cabut....insyallah kalau ada rezeki hujung thn pindah..masih bukan landed property tapi rumah tu ada own private balcony..tak payah org nak kacau...walau pun kecil kita manafaatkan ruang yg ada...betul tak...

    BalasPadam
  8. Betul tu... banyak cara nak bagi rumah kita kediaman yang paling selesa utk kita sekeluarga, tak semestinya perlu ada tanah atau kawasan yang luas... bergantung pada minat & kreativiti... kalau ada balkoni, kira oklah tu, bolehlah jugak buat taman mini...

    -boleh rujuk kat majalah laman & apartment(impiana), mcm2 idea dlm tu...

    -saya pun pernah menyewa flat sebelum duduk kat rumah sekarang... memang begitulah cabarannya... sabar jelah... :)

    BalasPadam
  9. Kalau sahabat blog datang leh dapat pokok tak? hehee

    BalasPadam
  10. confirm... wajib... gerenti... heheheh !! insyaallah, dapat.. selagi stok masih ada..

    BalasPadam
  11. tenang betul nampak persekitaran rumah nie.. berminat nak buat.. tapi tak ada kesempatan.. tunggu rumah sendiri nnt la kot...=)

    BalasPadam
  12. Laman penuh dengan kehijauan memang rasa tenang & redup... insyaallah... eloklah, tunggu rumah sendiri nanti, baru semangat...

    BalasPadam