Kembali ke

Jumaat, 29 April 2011

Rahsia Cat Kemasan Perabot Laman...

-
Ini rahsia pasal jenis varnish atau cat kemasan kayu untuk perabot laman...




Ssyyyyyyyyy... (bayangkan aku tengah cakap dalam keadaan berbisik).. sebelum aku teruskan cerita pasal tajuk kali ni, ada permintaan sikit, tolong rahsiakan perkara ni...Tau kenapa, sebab aku dapat maklumat rahsia yang tak berapa besar ni pun dari sorang hamba Allah yang mengusahakan perniagaan perabot laman... Bukan senang untuk aku dapatkan maklumat pasal jenis cat kemasan kayu untuk perabot laman ni... Tahu tak berapa modalnya....? RM1200...!!! ya, seribu dua ratus ringgit... Biasanya mana-mana peniaga pun susah nak bagitau sebahagian rahsia perniagaan diorang, kecuali kita ni jenis mulut manis atau sekurang-kurangnya buat-buat jadi peramah walaupun sebenarnya kita ni taklah berapa peramah, pemarah mungkinlah...... & jalan terakhir ialah beli je mana-mana barang yang dijual barulah boleh dapat maklumat lengkap pasal barang tu...



Hehehe... modal RM1200 tu bukanlah sebab nak beli maklumat pasal cat tu, tapi harga satu set kolam ikan kat PKNS Shah Alam yang aku beli lebih tiga tahun lepas... memang sengaja beli... untuk menambah seri laman yang tengah di rombak masa tu.... bila dah beli tu aku pun boraklah sikit dengan hamba Allah tu... Ye lah, nak juga tahu sedikit maklumat pasal jenis kayu, tahap ketahanan, jenis kemasan cat atau varnish , jangkahayat cat dsb... semua tu kita patut tahu tak kiralah barang apa pun yang kita beli ye tak...? itukan sebahagian hak kita sebagai pelanggan/pengguna... semua soalan boleh dijawab, kecuali masa nak bagi tahu nama cat yang diguna.... mungkin disebabkan aku baru je lepas bayar deposit set kolam ikan tu & beriya-iya nak tahu pasal produk tu... Sebelum tu aku bagi dia soalan cepumas @ soalan perangkap yang terpaksa dijawab kalau diaju pada dia... apa soalan aku..? antaranya “abang memang ada kilang ke...?” jawapannya "haah, kilang kami kat banting..." soalan lain.. "Berapa lama cat ni boleh tahan ye, sebab kalau saya nak cat balik bila sampai tempoh tu nak kena tahu jugak cat jenis apa, takut warna dia lari... tak sama pulak dengan warna asal nanti...." hamba Allah tu pun terpaksalah jugak bagitau... Itu pun dia kata, "Kalau ikutkan, saya tak boleh nak bagitau, sebab benda ni rahsia.... tak ramai yang tahu... cuba abang cari cat jenis......" memang detail jawapannya, & nampak cara dia jawab pun, memang jujur & ikhlas, insyaAllah lepas ni perniagaan dia mesti lebih maju & berjaya... Berniaga atau mencari rezeki ni memang kena jujur kepada pelanggan.... & sebagai pelanggan pun kita sendiri kena ikhlas untuk membeli... baru urusan jual beli tu lebih berkat...



Oklah, disebabkan tujuan asal aku wujudkan blog ni adalah untuk berkongsi pengalaman, ilmu & maklumat, maka aku rasa perlu jugak di dedahkan rahsia yang bukan lagi rahsia ni sebab kalau boleh biarlah tiada rahsia antara aku & sesiapa saje yang sudi bertandang untuk mencari info pasal perabot laman kat inspirasi alam ni... tauke-tauke kat hardware memang jarang atau langsung tak pernah nak mengesyorkan jenama cat ni bila kita tanya dia cat apa yang sesuai untuk kayu(outdoor)... sebelum tu, dua tiga jenis cat kayu jugak yang aku dah cuba... tapi tak berapa puas hati...



Jenama cat kemasan kayu ni bukanlah satu-satunya jenis cat yang paling sesuai digunakan untuk semua perabot laman, cuma kebanyakannya menggunakan cat jenis ini... warnanya pun ada banyak pilihan, ikutlah mana satu citarasa kita... Jadi, janganlah terikat dengan jenis cat ini sahaja ye... Kebanyakan kedai hardware biasanya mengedar jenis cat yang berbeza, jadi mungkin diorang akan mengesyorkan cat jenis lain.... Susah jugak sebenarnya nak cari kedai hardware yang menjual cat jenis ni walaupun dia memang wakil pengedar jenama yang sama... bagi yang berminat untuk dapatkan kesan yang lebih kilat & bersinar, carilah varnish atau clear yang sesuai untuk cat jenis ni... banyak di pasaran, macam-macam jenis... cuma kalau berkilat ni pada aku, kuranglah sikit kenaturelannya... terpulanglah pada citarasa masing-masing...




oklah, ini dia rahsia yang bukan lagi rahsia tu.........





Rahsiakan ye... :)



Sedikit info(berdasarkan pengalaman sendiri):


-Harganya kurang dari RM30 bagi setin 1 liter, & kurang RM100 utk tin 5 liter (harga sekarang mungkin berbeza)


-Tahan hingga lima tahun.. bergantung juga pada tahap pendedahan pada matahari & hujan... kalau selalu sangat berhujan atau terdedah kepada kelembapan, mungkin setakat 3 tahun je... & perlu dicat supaya perabot laman tu tetap awet muda & kayu lebih tahan lama...


-Yang langsung tidak terdedah dengan hujan pulak, masih baik seperti asal setelah lebih kurang 3 tahun disapu...


-Mudah untuk disapu, tidak seperti cat kilat biasa. Hanya perlukan thinner sebagai bahan pencairan.


-Kod warna yang biasa diguna oleh pengusaha perabot laman T101 (Meranti)...


-Sesuai juga untuk indoor...


-Dalam 15 kedai hardware yang aku cari, cuma satu kedai je yang ada jual cat ni.... terpaksa pergi jugaklah ke Seri kembangan walaupun agak jauh dari rumah...


11 ulasan:

  1. pergghhhh! mmg super berguna info ni! dah lame tercari2 cat warna gini. aritu nak tanye jugak tp x tertanye lg. takat ni, even da mintak suggestion or warna terbaik kat tuan kedai tuk kemasan kayu selalu jek warna x kena dgn yg kte nak, warna yg same mcm en zaid guna ni, mesti warna coklat cair gitu dan x cantik.. terima kasih tuk info yg ni.. terima kasih jugak kepada hamba Allah yang tersebut itu...

    BalasPadam
  2. terima kasih sahabat moga dengan info ini kita dapat sama berkongsi minat yang sama......ini masih bergantung kepada kreativiti masing2....kreativiti...sahabat memang hebat ler....keep it up bro...

    BalasPadam
  3. Terima kasih... alhamdulillah, berguna jugak info pasal cat ni, walaupun macam tak berapa penting... dapat juga kita berkongsi...

    BalasPadam
  4. Info yang sangat berguna..terima kasih...dah nak pindah ni....boleh la realisaikan apa yang diimpikan...terima kasih bebanyak saudara...

    opsss..nak tanya sikit ni...lari dari tajuk kat atas....saya berminat sesangat dengan pokok mangga saudara tu...pokok mangga kelapa...
    Hari sabtu lepas gi jengjalan kat sungai buluh....niat nyer nak la cari pasu dan pokok mangga tu...tapi sedihnya kat nursery tu diorang tak pernah dengar lak pokok mangga kelapa...pokok mangga epal adalah...tapi nak gak cari pokok mangga kelapa macam saudara tu...
    boleh tau tak saudara beli kat mana yer....tq

    BalasPadam
  5. saya pun masih tertanya-tanya dengan status sebenar nama mangga tu... Tak kisahlah mangga kelapa atau epal, yang pasti buahnya memang lebih besar dari mangga epal, tapi takdelah sebesar buah kelapa.. & yang penting lagi isinya manis bila masak..

    Lokasi tempat saya beli anak pokok tu kat Sepang... Pekan Sungai Pelek... Pekan ni merupakan laluan utama ke Bagan Lalang(kalau kita datang dari arah Salak Tinggi atau Pekan Sepang).. Nursery makcik ni bertentangan dengan balai polis Sungai Pelek... Tak pasti kalau anak pokok ni masih dijual sebab saya pun beli dah lama... masa tu anak pokok ni baru sehari turun lori, dari Muar katanya... -Terlambat sikit, Kalau bgtau awal boleh saya surveykan pagi semalam (semalam singgah Pantai Bagan lalang).. takpe, insyaallah kalau ada rezeki, ada lah....

    BalasPadam
  6. Wahh best nyer....Tq 4 info

    BalasPadam
  7. Terima kasih banyak info psl cat kayu nih...mmng tengah cari cat kayu yg sesuai utk cat balik dangau buruk kat tapak dusun tu...
    dusun-ayah.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Nak varnis atau cat frame tingkap dan frame pintu..ada sapa2 boleh tolong

    BalasPadam
  9. Nak varnis atau cat frame tingkap dan frame pintu..ada sapa2 boleh tolong

    BalasPadam