Khamis minggu lepas..... ada urusan sikit kat HKL... Dalam perjalanan tu dengarlah Sinar FM... Mula2 dengan macam kurang meriah sikit sebab takde Mak Neng... :) Tak lama lepas dengar celoteh Krilll & K.E, tiba-tiba ada segmen istimewa sempena hari Ibu... Diorang jemput Dato' Dr Fadzillah Kamsah untuk berbicara tentang hormati ibubapa, bersempena hari ibu yang lepas... tak lama lepas tu, datang sorang lagi tetamu, Nabil rajalawak... oh, memang bertambah meriahlah konti tu... cuma Nabil tu, dalam elok-elok melawak, ada jugaklah terlepas sikit-sikit lawak2 yang tak sepatutnya dibuat.... maksud aku ada sesuatu perkara yang disentuh oleh Dato Fadzillah tentang ibu, tak berapa sesuai untuk dijadikan modal lawaknya... takpe, kita lupakan...
Apa yang aku nak nyatakan kali ni, mungkin ramai yang dah tahu... tapi takpe, sekadar ingatan untuk kita selain menjadi renungan atau ilmu baru untuk yang mungkin tak tahu atau terlepas pandang... Disebabkan aku dengar pun masa dalam perjalanan je so, aku cuba sampaikan apa yang sempat aku dengar & faham....
Cadangan: Susunan ayat mungkin dah berbeza dari yang dinyatakan oleh Dato' Fadzillah... Jadi, aku sarankan pada yang membaca ni, cuba bayangkan gaya & intonasi Dato' Fadzillah ketika membacanya... ye.. ingat tu...
-Syurga kita terletak di telapak kaki ibu... jangan sekali-kali derhaka pada kedua ibubapa... memang takkan cium bau syurga...
-Syurga isteri pula di atas redha suami... seorang isteri berada di dalam kemurkaan Allah selama mana ia bermasam muka dihadapan suaminya...
-Isteri harus memberi keutamaan & rasa hormat kepada ibu suaminya(mentuanya) lebih dari ibunya sendiri... (jika tak boleh untuk berbuat demikian, cukuplah jika ia menyamai seperti rasa hormat & sayang pada ibunya sendiri)... Bagaimana seorang isteri boleh hidup bahagia dengan suaminya kalau dia takde rasa hormat pada ibu mentuanya...?
-Setitis air mata ibu berupaya memadamkan kepanasan api neraka.. (Air mata yang dimaksudkan ialah rasa kegembiraan atau perasaan terharu diatas kasih sayang & rasa hormat diterima dari anak serta menantunya)...
-Begitu juga sebaliknya jika kita derhaka...setitis airmatanya sudah cukup untuk menunjukkan kita jalan ke api neraka...
-Kita mampu membuat pinjaman kereta, rumah dsb, & membayar ratusan atau ribuan ringgit untuk membayar hutang tersebut. Tapi kita takkan mampu membayar balik jasa & pengorbanan seorang ibu, walaupun hanya untuk setitis susu ibu...
-Andai kata kita tak mampu untuk 'menyumbang', atau menggembirakan hati seorang ibu, jangan pula kita menambah beban atau dukanya...
-Cuba masukkan nama IBUBAPA dalam senarai 'bank' pinjaman, atau tanggungan yang kita bayar setiap bulan...
-Peluklah ibu kita ketika dia sedang marah, kerana kuasa sentuhan seorang anak & ibu mampu memecahkan tembok pemisah & merapatkan kembali hubungan, malahan lebih rapat dari sebelumnya...
ok, setakat itu je... walaupun dengar hampir sejam, rancangan tu banyak selingan lagu & iklan.... jadi, aku cuba sampaikan mengikut apa yang aku faham.... kalau ada apa-apa yang tersilap tu, harap maaf... -kecuaian aku sendiri...
Fikir-fikirkan.....
Wallahualam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan