Ini buah pertama kira-kira dua tahun lepas...
"Ada lagi tak pokok mangga yang saya beli hari tu..?"... “Oh! Mangga Kelapa tu...?, ada kat belakang sana, hah mari akak tunjukkan” itulah jawapan yang diberikan oleh makcik nursery kat Sungai Pelek bila aku ajukan soalan tentang jenis mangga yang aku beli kira-kira tiga tahun lepas... -makcik ni memang bahasakan dirinya akak pada aku & isteri sebab agaknya dia tengok rupa aku yang dah tak berapa muda ni kot... :)
Sebenarnya hujung minggu hari tu sempat jugak kami singgah sekejap ke nursery makcik ni selepas berkelah di Bagan Lalang... Saje singgah untuk beberapa urusan... Lama jugak dah tak singgah sini... Masa on the way nak ke Bagan Lalang tu ternampak selonggok tanah bukit (tanah merah) depan nursery ni... dah lama cari tanah jenis ni, susah nak jumpa nursery yang jual tanah merah... Sempatlah bertanya khabar & berborak sekejap pasal baja, pokok mangga, pasal anak & macam2lah...
Tanyalah juga kalau-kalau ada lagi anak pokok mangga kelapa ni kat situ sebab ramai jugak yang tanya pasal anak pokok ni, memang ada pun... lebih kurang sepuluh pokok... & makcik tu siap tunjukkan kat aku beberapa lagi anak pokok mangga dari jenis lain serta anak pokok buah-buahan lain termasuk longan dsb... Semua anak-anak pokok mangga kelapa tu memang dibawa dari Muar... Ada dua saiz yang dijual, Saiz kecil, ketinggian lebih kurang 2 kaki harganya RM15... Yang besar sikit ketinggian dah mencecah lebih 4 kaki, harganya RM50... serupa macam yang aku beli dulu... Yang besar ni pokok dah matang, bila-bila masa je berbunga...
Antara pokok-pokok bunga yang dijual
Sempatlah jugak makcik ni terangkan secara ringkas cara-cara penjagaan pokok mangga Kelapa... (serupa macam yang diterangkan kat aku tiga tahun lepas)...antaranya...
-Pokok perlu dibaja supaya pokok subur & cepat berbuah..
-Perlu dicantas selepas habis berbuah, supaya keluar pucuk baru yang lebih segar..
- Jangan biarkan buah masak di pokok supaya buah tidak masak sebelah sahaja... perlu dipetik selepas buah menunjukkan tanda-tanda akan masak/kekuningan... peram beberapa hari (sekurang-kurangnya 2 hari) supaya buah masak seluruhnya...-Pokok yang besar akan menghasilkan buah yang lebih besar...
Selain nak tanya pasal pokok mangga kelapa & nak beli baja organik, tujuan asal aku tadi sebab nak beli tanah bukit (tanah merah)... disebabkan tanah jenis ni susah nak dapat kat mana-mana nursery,aku pun belilah seguni untuk kegunaan menyemai & menanam pokok air terutamanya Melati air yang banyak aku semai kat rumah tu... lebih-lebih tu bolehkan aku simpan & sedekah sikit kat beberapa member yang sama-sama tengah mencari tanah bukit ni... Klau tengok laman rumah ak sekarang, sikit lagi dah serupa macam tapak semaian melati air.... J
Sesiapa yang berminat nak dapatkan anak pokok mangga kelapa ni, bolehlah datang ke nursery makcik ni... aku sediakan map ringkas untuk mudah sampai ke sana...
Assalamualaikum saudara azid-inspirasi-alam....
BalasPadamTeruja sungguh bila membaca entry saudara kali ni...nampaknya hajat hati untuk mendapatkan pokok mangga muda akan tercapai jua dengan bantuan saudara...insyaallah....
suami saya pun memang mencari2 tanah bukit ni...memang tak pernah jumpa kat mana2 nursery sebelum ni...yang ada tanah yang dicampur sabut kelapa...
Nampaknya tak sabar2 nak mendapatkan pokok mangga kelapa dan tanah tu...Tapi saya tak tahu jumpa ke tak nursery tu...sebab saya tak biasa dengan kawasan tu lagi...saya kat Bangi...
Terima kasih banyak2 atas bantuan saudara...semoga Allah sentiasa merahmati Saudara sekeluarga...
Waa'laikumussalam... sama2...
BalasPadamBangi dengan Sepang bukan jauh sangat pun... InsyaAllah, boleh jumpa tempat tu...
T.kasih krn mendoakan saya sekeluarga..
*selamat menduduki rumah baru... bolehlah hias rumah & laman cantik2...
Assalamualaikum saudara azid-inspirasi-alam....
BalasPadamLepas bc blog ni terus pasang hajat nk dptkn sepokok. almaklumlah, baru je masuk umah baru kt balakong bulan 3 lepas. kebetulan pula, abg sy mmg dok area bagan lalang, dh dekat sgt dgn sungai pelek.
alhamdulillah... sy dh dapat sepokok mangga kelapa... baru je beli ahad lepas 17/7/2011 kt tmpt y sama... kebetulan, makcik tu cakap dia baru ambil benih tu hari sabtu sblmnya... tinggal dua pokok je time tu... asalnya 4 pokok... 2 pokok dh ada org sblm sy beli...
terima kasih byk2 buat en azid sbb tulis blog ni, sy mmg tk pernah tau ada pokok mangga dgn buahnya sebesar kelapa... hehehehhe.... Salam ukhwah utk saudara sekeluarga...
Waa'laikumussalam w.b.t...
BalasPadamSama-sama... memang itu pun tujuan saya berblog.. nak berkongsi ilmu & info.. terima kasih kerana sudi singgah & membaca blog yang serba kekurangan ni...
Selamat berkebun... insyaAllah, kalau kena cara penjagaannya, pokok mangga tu akan dapat hidup subur & berbuah.... cuma kena sabar... sikit...
Ada contact no tak nursery tu? Takut pergi tapi dah takde. Terima kasih.
BalasPadamSorry, tak ada contact number nursery tu....
PadamAs salam Saudara. Betul tu permintaan nems kalau dapat contat no. Nursery tu lagi chantek. Takut tersesat atau tersalah nursery pulak.
BalasPadamTak ada kesempatan lagi nak mencari nurseri nih..lamaaa saya cari pokok pelam maragua ni...
BalasPadamsedap ke rasa mangga kelapa ni yer?
BalasPadamslalu yer kalau dah besar sgt, rasa xbrapa sedap dah. agak2 rasa mcm mangga ciku@mangga harum manis@mas hitam? nak beli la mangga kelapa ni, tp 2 lah sedap ke tak rasa yer
Sedap, makan bila dah betul2 masak... biasanya peram sehari dua selepas di petik... kalau tidak masaknya tak rata...
Padam