Kembali ke

Isnin, 15 Ogos 2011

Hadiah Buat Zair...





Beberapa minggu lepas kami hadiahkan Zair Iman walker... serupalah macam kakak Jihan & abang Hafiynya masa umur 7 bulan dulu-dulu... Biasalah, bayi seusia macam Zair sekarang ni (genap 8 bulan 2 hari lepas) memang dah kira pakar dalam mengguling-guling badan & meniarap... satu cara nak bergerak tentulah meniarap & menyusur macam askar, maknanya selalulah dia menyusur ke sana ke mari mengejar kakak & abangnya bermain... Masalah timbul bila kakak Jihan & abang Hafiynya bermain kat laman, cara paling mudah nak bagi dia bergerak & ikut bermain sekali, kami bagilah dia naik walker...




Hai!!!... nak tumpang ke...?


Seronoklah dia dapat bergerak ke sana ke mari... Kalau ikutkan, takdelah kami nak beli walker yang baru sebab walker 'warisan' kakak & abangnya yang kami beli kira-kira 6 tahun lepas masih ada kami simpan , tapi satu roda belakangnya dah patah... Untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini, terpaksalah kami beli yang baru je.... insyaAllah, kali ni boleh pakai lama.. kot-kotlah Zair dapat adik satu hari nanti bolehlah diturunkan untuk adiknya pulak...






brrooommm, siap keluarkan bunyi enjin motor....


1 ulasan: