Kembali ke

Rabu, 12 Oktober 2011

::Adenium Obesum:: Memancar Seri Laman...

-



Adenium Obesum, nama saintifik untuk desert rose.... Rasanya semua kenal spesis pokok bunga ni... Ada 6 pokok koleksi desert rose kami.. 4 dari spesis biasa je, 2 lagi tu nampak macam special sikit, beli kat Floria 2011 hari tu....




Sejak cuti Raya hari tu, pokok ni masih berbunga... Maklumlah banyak cabang & pucuk, jadi bunganya mekar silih berganti, dari satu pucuk ke pucuk lain....




Yang spesis ni nampak special sikit ye tak...? Ni kami beli kat Floria Julai lepas... Aku ni bukanlah peminat fanatik Adenium ni, tapi minatlah jugak.... Lagi-lagi kalau tengok pokok ni berbunga, memang cantik.... Pernah jugak ternampak ada satu rumah kat taman perumahan kami ni ada lebih dari dua puluh pokok spesis ni ditanam di atas tembok pagarnya... Haahhh, itu baru boleh kita kata peminat tegar atau peminat setia, sebab memang takde pokok lain dah kat rumah dia.... Koleksi pokoknya semua cantik-cantik, bunga pun pelbagai warna...



Kalau pandai, spesis Adenium pun boleh buat bonsai... memang cantik..... Yang lebih menarik pasal spesis pokok ni ialah warna-warna bunganya yang pelbagai & sentiasa menarik perhatian walaupun bunganya tak berapa nak tahan lama.... Nak bagi bunganya tahan lama -pastikan siraman yang tidak berlebihan & pastikan air siraman tidak membasahi bahagian bunganya... Kalau pandai bela & jaga, pokok ni akan rajin berbunga....



Desert rose ni kalau berbunga, memang menaikkan lagi seri laman......

-

10 ulasan:

  1. en.azid,
    sy izad org kota duk kulai..
    en.azid tau x ktne area jb nie leh dptkn ank pokok melati air yg tgkai dia keras n daun yg lebar?
    coz sy dpt yg tgkai lembut jea yg ade d jual disini......
    nie no phone sy leh tolg sms yr number...
    tq


    013-7396515 (izad)

    BalasPadam
  2. Salam Izad...
    Kalau tanya pasal nursery kat area JB memang saya tak mahir. Tapi saya pernah jumpa pokok Melati Air Bangkok(yang tangkai keras tu) kat satu nursery di jalan antara Air Hitam nak ke simpang Sri Medan... itu pun lebih kurang 4 tahun lepas... Tak pernah nampak pulak kat tempat lain....

    BalasPadam
  3. wksalam en.azid,
    sy dh puas cri kt area jb nie susah nk dpt lah...
    klu en.azid balik johor leh bwakn ank melati air tu...leh sy beli,

    BalasPadam
  4. InsyaAllah, kalau balik bercuti raya haji nanti saya bawak ye...

    BalasPadam
  5. cantik !

    bilalah saya nak mulakan balik...

    BalasPadam
  6. en.azid,

    dah lama nak tanya tapi tak berkesempatan. cari di luar tak jumpa.


    boleh tak kalau saya tempah no.rumah ? Berkenan dengan No. 29 hasil diy en. azid tu..

    BalasPadam
  7. Salam Izad..
    Sorry tak sempat nak cari anak melati air tu.. Kat Lembah Klang ni, area Sg Buloh je yang byk jual anak pokok tu... anak2 pokok milik sendiri pulak semuanya dah sedekah kat member2 yang semakin giat menghias laman diorang kat sini... insyaallah kalau ada rezeki nanti saya akan contact ye...

    BalasPadam
  8. Salam a.z.r.i.n.a...
    Memang dalam perancangan untuk jadikan hasil DIY tu (no.29)sebagai item permulaan untuk bisnes kecil2an... Insyaallah akan dimaklumkan kemudian jika segalanya berjalan lancar seperti dirancang....

    BalasPadam
  9. Sy peminat adenium buat masa ni sy ada 14 pokok adenium pelbagai jenis cuma skrg tgh carik adenium bunga kuning dh byk nursery
    sy pegi tp xde klau en.azid ada terperasan kat
    mana2 dlm area jb ni tlg info sy....tq

    BalasPadam
  10. Wah! 14 pokok, betul-betul minat tu... Saya tak biasa sangat dengan nursery kat area JB. Tapi pernahlah terjumpa kat pameran2 landskap & Floria kat Putrajaya tahun lepas...

    BalasPadam