Kembali ke
▼
Isnin, 14 Mei 2012
Terima Kasih...
Cerita hujung minggu.... Bawak anak-anak 'meraikan' hari ibu... simple2 je... Keluar rumah tengahari terus bawak diorang makan-makan kat satu lokasi rahsia... -Restoran Resepi Rahsia kat Taman Equine.. hehehe.. bukan lagi rahsia nampaknya...
Seronoklah anak2 dapat order apa saje yang diorang teringin nak makan... Ice blended wajib... Kami order Chicken Parmigiana, Thai style fried rice, kek mocha, Untuk Hafiy, makanan idamannya serupa betul dengan makanan kegemaran garfield -lasagne... walaupun lasagne ni bukanlah yang paling sedap di dunia seperti yang biasa dinikmati oleh garfield.... -atas kerjasama bersepadu, mangkuk tetap berjaya dilicinkan... tahniah..
Sebelum tu, masa on the way nak ke lokasi yang bukan lagi rahsia tu, sempatlah anak-anak buat kejutan kecil buat ibunya -segulung sijil istimewa tanda penghargaan buat ibu, dengan design eksklusif terbaik yang direka khas oleh abah mereka.... emmmmrgg, tiba2 pulak termasuk bakul....
Ok... Semoga cik puan ku sentiasa ceria & dirahmati Allah...
Pada aku, hari-hari adalah hari ibu.. & dah jadi kewajipan kita untuk menghormati kedua orangtua sepanjang masa... selain mendoakan kesejahteraan keduanya... kerana jasa & pengorbanan seorang ibu memang tidak ternilai untuk dihitung & syurga itu ditelapak kaki ibu....
Terima kasih atas pengorbanan kalian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan