Baru-baru ni, aku & famili bersama hampir keseluruhan ahli keluarga dari Johor mengiringi adik perempuan ke Majlis konvokesyen di UNISZA, Kuala Terengganu...Rasanya ini kali kedua dalam masa 4 tahun lebih, kami ke Kuala Terengganu. Sebelum ni kami ke KT untuk pendaftaran... Masa tu nama UNISZA ni masih lagi UDM.... sekarang ni datang untuk Konvo pulak, terasa cepat je masa berlalu....
Majlis konvo ni dibuat dalam stadium tertutup Gong Badak... Disebabkan perjalanan untuk bergerak ke Kuala Terengganu ni sejurus selepas solat Maghrib, so... mata ni bagai tak tertahan bila menempuh waktu tidur.... Maklumlah, kebetulan siangnya kami masih bekerja & memang sangat sibuk dengan urusan pejabat, jadi belah malamnya bila otak kita keletihan, badan yang cergas pun ikut jadi letih.... akhirnya kami sampai ke KT lebih kurang jam 10 pagi.... & bila dihitung masa perjalanan aku & famili dari Sepang ke Kuala Terengganu, macam tak percaya, tapi percayalah... 14 jam..... empat kali berhenti, empat kali tulah sambung mimpi... takpe, yang penting bagi kami, biar lambat asal selamat sampai.... Rombongan dari Johor bergerak ikut Mersing, sampai pun awal, sebelum subuh lagi....
Disebabkan kami memang dah cukup tidur masa perjalanan tu, so takdelah terasa mengantuk sepanjang hari tu.... berbeza masa ikut rombongan masa pendaftaran dulu... takde berhenti tidur, jadi bila sampai UDM masa tu tak boleh nak bukak mata, tidur je dalam kereta sampai selesai urusan pendaftaran...
Lepas majlis tu sempatlah kami merewang sebentar di Pasar Payang... malamnya cari homestay kat Cherating....
Lepas majlis tu sempatlah kami merewang sebentar di Pasar Payang... malamnya cari homestay kat Cherating....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan