Kembali ke

Jumaat, 8 Februari 2013

Projek Mural Tabika Perpaduan... Siri Akhir...

 
 
 
Hari Ahad... Hari terahkir untuk aku menyiapkan projek mural ni... Hari tu pulak aku kena hentikan projek seawal jam 12.30 tengahari sebab lepas zohor ada majlis Aqeqah di rumah salah seorang sahabat kami kat taman ni... Oklah, rasanya macam tinggal sikit je... Yang lain semua ok kecuali outlinenya je...
 

Pokok Bird of paradise dah siap, semua objek dan outline yang perlu semua dah dimasukkan...


Siap je proses mengecat, aku pun selesaikanlah 5% peratus lagi baki kerja-kerja di fasa 1 sebelum ni, iaitu wording Tabika Perpaduan kat bawah pelangi tu... yang tu rumit sikit... Yang tu aku guna teknik lain, bukan lukis dan warna, tapi buat wording mengikut ukuran sebenar, print, tebuk, tampal dan spray.... memang mencabar...
jam 12 tengahari... alhamdulillah, semua settle.....
 
 
 Ini design asal yang aku buat dalam A.Illustrator....



Ini pulak hasilnya kat dinding.... sama tak...? mestilah tak sama... tapi dapat ikut 80 peratus sama pun kira ok lah tu.... bolehlah, untuk pelukis mural tak berapa profesional macam aku ni...
 
 
Oh ya... untuk makluman, Aku bukan lukis Angry Birds, tapi Happy Birds.... heheheh.. barulah nampak ceria....
 
Inilah sumbangan khidmat masyarakat aku buat Tabika Perpaduan ni... sekurang-kurangnya anak-anak kita seronok nak ke sekolah bila nampak suasana ceria dan bewarna-warni macam tu....
 
Sekian.....
 

Projek Mural Tabika Perpaduan... Siri 5



Hahh.. dah tiba hari Jumaat... setelah terhenti 3 hari kerana hari bekerja, operasi mengecat diteruskan... Kali ni boleh slow down sikit sebab macam ada banyak masa... tapi kalau boleh nak siapkan cepat le, bolehlah berehat sebelum habis cuti hujung minggu...
 
 
 
 
Jam 12.30 berhenti untuk berehat & solat Jumaat...
 

 
 
 
Operasi disambung jam 3 petang... Hampir semua objek telah diwarnakan kecuali gambar pokok bird of paradise ni... Tapi yang jenuh dan meletihkan sebenarnya masa nak buatkan outline untuk setiap objek tu...
 
 
 
Jam 6.40 petang... tengah leka mengecat, tetiba datang dua askar upahan ni, heheheh.. Zair dan Hafiy... Setelah memuji lukisan mural tu dengan beberapa perkataan yang menyedapkan hati aku, Hafiy pun tanya "Abah, belum siap lagi ke...?" Mungkin nak bagi hint suruh balik sebab hari dah nak senja kot.... ok lah, operasi pun di tangguh untuk 24 jam lagi sebab esoknya dah plan nak gi jejalan ke KL... hehee, KL je....
 
 

Khamis, 7 Februari 2013

Tazkirah... LUPA...



 
Tahukah Anda? Sifat LUPA itu merupakan sebahagian daripada nikmat Allah... Kerana dengan sifat LUPA itu, kita berupaya menjauhkan diri dari kekecewaan, kekesalan, putus asa, patah hati, marah, benci, dendam dan apa jua persoalan hidup yang pernah dilalui. Dengan LUPA itu juga, kita berupaya melakukan sesuatu perkara lain dengan lebih fokus, tenang dan penuh konsentrasi termasuklah ketika beribadat...

والله أعلمُ بالـصـواب

Rabu, 6 Februari 2013

Projek Mural Tabika Perpaduan... Siri 4

 



Hari Ahad, operasi ditangguhkan sehari... Hari tu aku peruntukkan untuk berehat dan bersantai dengan famili... sempatlah gi shoping dan ke Bagan Lalang....
Operasi mural fasa 2 dimulakan hari Isnin, cuti sempena Thaipusam.... biasalah, aku mulakan dengan operasi melukis.....
 
 
 
Tanpa melengahkan masa, siap je lukis terus sapukan cat untuk warna-warna latar belakang... Jam 1, berhenti rehat....
 

 
 
Jam 2.30, operasi diteruskan.... Sempatlah aku warnakan beberapa bahagian lagi.... 6.30 petang, kerja-kerja ditangguhkan... dapatlah aku berehat dari projek ni untuk 3 hari, sebab hari Jumaatnya nanti cuti lagi sempena hari Wilayah.... bolehlah sambung lagi....
 
 

Projek Mural Tabika Perpaduan... Siri 3

 
 
 
 
Hari Sabtu, hari kedua untuk projek ni... proses mengecat diteruskan setelah terhenti selama sehari kerana Jumaat sebelumnya hari bekerja....
 

 
Sehari sebelum tu sempatlah cari Pelaka mural warna ungu untuk pelangi tu....Jam 12 tengahari... beberapa lagi objek telah diwarnakan....


 
Selepas rehat tengahari, operasi diteruskan. Semua lukisan objek-objek berkaitan telah diwarnakan, jadi sekarang ni operasi menyapu cat untuk layer kedua dan melukiskan outline pada objek sepatutnya.......
 
 
Jam 6.45 petang.... Operasi lukisan Fasa 1 telah siap seperti dirancang..... ini cuma 95% dari sepatutnya... sebab ada wording yang perlu dimasukkan kemudian....
 

 
Fasa 1 ni ukurannya lebih kurang 13 X 10 kaki je, tengoklah kerja-kerja yang menunggu di fasa 2 tu jauh lebih lebar, 27 X 10 kaki.... uhhh, mencabar betul.... Takpe kita sambung kemudian... hari pun dah hampir senja masa tu...
 
 
 

Selasa, 5 Februari 2013

Projek Mural Tabika Perpaduan... Siri 2

 
 
Inilah permukaan dinding yang bakal menjadi mangsa...
 
Bangunan Tabika ni sebenarnya sebuah rumah corner lot yang disewakan kepada pihak Jabatan Perpaduan. Memandangkan ianya merupakan perintis kepada pembukaan Tabika yang sebenar suatu hari nanti(insyaallah), Tabika ni tentu sekali dijadikan kayu pengukur untuk menentukan sambutan terhadap pembukaannya, so bajet untuk penyelenggaraannya tidaklah terlalu besar. Untuk mural ni pun aku cuba minimumkan sedaya mungkin. Percaya atau tidak, bajet untuk projek ni tak lepas pun untuk aku sediakan semua peralatan... RM150 untuk dinding seluas 10 X 40 kaki... satu cabaran besar buat seorang pelukis mural yang tak berapa profesional macam aku... So, terpaksalah gunakan lebihan cat yang ada dalam simpanan...
 
Sebelum aku mulakan projek ni, beberapa peralatan perlu disediakan... & yang paling penting adalah cat. Untuk itu, aku cuma gunakan Pelaka Mural, murah dan banyak pilihan warna.... peralatan lain termasuklah pensil, berus cat, pembaris panjang, kayu dsb....
 
Ok, kita terus kepada operasi melukis dan mengecat di hari pertama.... Aku mulakan dengan Fasa 1, hehehe... Aku panggil fasa 1 sebab dinding tu sebelum ni memang dah disapu dengan dua warna cat, so nampak macam ada dua bahagian... Fasa 1 ni luasnya lebih kurang 12 X 10 kaki...
 

 
Langkah pertama, aku selesaikan operasi melukis... Untuk pelangi aku gunakan batang kayu yang panjangnya lebih kurang 8 kaki. Kayu tu aku gunakan sebagai jangka lukis untuk melukis garisan lengkungan pelangi...

 
Langkah 2, Terus mulakan operasi mengecat.... Nampak macam senang, tapi mencabar sebenarnya mengecat warna pelangi ni sebab kena sapu cat betul-betul mengikut garisan lengkung tu... Takpe, pelan-pelan.... Jam 1.30, balik rumah... makan, solat & rehat sekejap....

 
Langkah 3, Selepas rehat... Operasi mengecat diteruskan... Pelangi macam dah siap, tapi tak lagi tu... kena balas paling kurang satu layer lagi supaya warnanya lebih rata atau flat... Bila dah siap warnakan pelangi, bolehlah warnakan objek lain pulak... bila warna pelangi dah kering, barulah nampak sedikit kesilapan kat situ. warna indigo dan ungu kelihatan agak gelap... tengok dari jauh, langsung tak nampak beza, ye tak...? takpe, kita adjust kemudian...


 
Lebih kurang jam 6.30, Si Mandur kecik kenot dah sampai untuk perhatikan perkembangan projek mural untuk hari tu... Nampaknya mandur tu berpuashati & mengarahkan aku menghentikan operasi memandangkan hari dah hampir senja... so, operasi ditangguhkan.... hehehe...
 
 
 

Projek Mural Tabika Perpaduan... Siri 1

 
 
 
 
Ini projek Mural solo aku yang pertama.... Bermula cuti sempena Maulidur Rasul hari tu, + cuti Thaipusam + hujung mingggu, bawak ke cuti Hari Wilayah + lagi hujung minggu lepas... so, lebih kurang 7 hari yang aku peruntukkan... itu pun taklah sepenuh hari, sempat jugaklah selitkan sedikit masa untuk bersama famili ke Bagan Lalang, ke KL dsb...
 
Projek mural Tabika ni memang dirancang sejak awal Januari hari tu... Tuan Pengerusi Rukun Tetangga minta tolong dan 100% diserahkan pada aku so, aku buat je mana yang termampu... biasanya aku buat mural dengan geng, tapi kali ni sebab sorang-sorang je kenalah fikirkan design yang simple... yang penting lukisan yang terhasil nanti dapat menyerikan suasana, menceriakan keadaan & sedikit sebanyak berupaya menarik perhatian budak-budak kat kawasan tu supaya diorang seronok untuk bersekolah, ye tak....
 
Saiz lebih kurang 10 X 40 kaki... kira besar jugaklah dinding tu untuk dipenuhkan dengan lukisan... bagi memudahkan kerja-kerja melukis dan mewarna, aku kena fikirkan design yang paling simple serta mengekalkan warna latar belakang sedia ada yang baru dicat hujung bulan lepas... akhirnya drawing kat atas itulah design yang terfikir dalam kepala yang cuba aku visualkan atas kertas.... lebih kuranglah...
 
Ok, nantikan perkembangan selanjutnya sedikit masa lagi...
 

Isnin, 4 Februari 2013

Tazkirah... KALAU...

 
 
Tahukah anda? Perkataan ‘KALAU' atau seumpamanya seperti ‘seandainya, ‘sekiranya’,’jika’ atau apa jua perkataan yang semaksud dengannya, boleh membuka pintu amalan syaitan… Namun ada juga penggunaan perkataan ‘KALAU’ yang dibolehkan malah ada juga yang digalakkan…
Untuk lebih mudah difahami, lihatlah contoh-contoh di bawah ni…
Kenapa ‘KALAU’ seperti itu dilarang?
Maksud ‘KALAU’ di situ membuka pintu kesedihan, kekesalan, putus asa & mungkin perasaan benci dan marah yang sukar dilupakan. Ia juga gambaran jelas dalam mempertikai takdir Allah serta tidak redha dengan ketentuanNya. Selain itu, ia menunjukkan adab yang sangat buruk terhadap Allah SWT yang telah mentakdirkan setiap yang berlaku.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Tiap-tiap mereka memiliki kebaikan. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu yang berfaedah untukmu dan mohonlah pertolongan daripada Allah serta janganlah engkau menjadi lemah. Jika engkau ditimpa bencana, janganlah berkata "Kalaulah aku melakukannya tidaklah jadi begitu dan begini", tetapi (katakanlah), "Allah yang telah mentakdirkannya". Apa-apa sahaja yang Allah kehendaki akan dibuatNya. Sesungguhnya, ungkapan "kalau" itu membuka peluang kepada syaitan.
Huraian Hadith:
1.    Mukmin yang kuat ialah kuat jiwa dan tubuh badan, memiliki keazaman yang kuat untuk melaksanakan ibadat termasuk amal makruf nahi mungkar, dan mukmin yang lemah ialah sebaliknya.
2.    Mukmin yang betul-betul beriman tidak akan mudah berputus asa kerana segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.
3.    Syaitan akan sentiasa mencari ruang untuk menyesatkan manusia.
 
Ungkapan ‘KALAU’ yang dibolehkan...
Ianya dibolehkan apabila digunakan untuk memberi kata-kata semangat terutama dalam mengajar ilmu, kebaikan, bercita-cita untuk mendapatkan suatu yang baik atau sesuatu perkara yang belum berlaku, maka dibolehkan menyebut ‘KALAU’. Sebagaimana dalam al-Quran dan hadis ada menyebut perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.
Firman Allah yang bermaksud: “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”
Hadith Nabi dalam menyebut kisah Musa dan Khidir: “Kalau Musa sabar, nescaya Allah akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka”

KALAU yang dibolehkan… Contoh 1, “Kalau awak belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh, insyaallah awak boleh berjaya”… Contoh 2, “Sekiranya kita sabar dan berfikiran positif, kita pasti berupaya mengharungi cabaran itu:…
Justeru, gunakanlah perkataan ‘KALAU’ dengan betul pada masa & tempat yang sepatutnya….
Islam menyeru umatnya untuk bertawakkal atau berserah kepada Allah SWT setelah kita berusaha dalam menggapai sesuatu impian dan cita-cita. Maka, percayalah bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinanNya.
 
 والله أعلمُ بالـصـواب