Tahukah anda? Perkataan ‘KALAU' atau seumpamanya seperti ‘seandainya, ‘sekiranya’,’jika’
atau apa jua perkataan yang semaksud dengannya, boleh membuka pintu amalan
syaitan… Namun ada juga penggunaan perkataan ‘KALAU’ yang dibolehkan malah ada
juga yang digalakkan…
Untuk lebih mudah difahami, lihatlah contoh-contoh di bawah ni…
Kenapa ‘KALAU’ seperti itu dilarang?
Maksud ‘KALAU’ di situ membuka pintu kesedihan, kekesalan, putus asa
& mungkin perasaan benci dan marah yang sukar dilupakan. Ia juga gambaran
jelas dalam mempertikai takdir Allah serta tidak redha dengan ketentuanNya.
Selain itu, ia menunjukkan adab yang sangat buruk terhadap Allah SWT yang telah
mentakdirkan setiap yang berlaku.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah
r.a, Rasulullah SAW bersabda: Mukmin yang
kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada mukmin yang lemah.
Tiap-tiap mereka memiliki kebaikan. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan sesuatu yang berfaedah untukmu dan mohonlah pertolongan daripada
Allah serta janganlah engkau menjadi lemah. Jika engkau ditimpa bencana, janganlah berkata "Kalaulah aku
melakukannya tidaklah jadi begitu dan begini", tetapi (katakanlah),
"Allah yang telah mentakdirkannya". Apa-apa sahaja yang Allah
kehendaki akan dibuatNya. Sesungguhnya,
ungkapan "kalau" itu membuka peluang kepada syaitan.
Huraian Hadith:
1. Mukmin yang kuat ialah kuat
jiwa dan tubuh badan, memiliki keazaman yang kuat untuk melaksanakan ibadat
termasuk amal makruf nahi mungkar, dan mukmin yang lemah ialah sebaliknya.
2. Mukmin yang betul-betul
beriman tidak akan mudah berputus asa kerana segala yang berlaku adalah
ketentuan Allah.
3. Syaitan akan sentiasa mencari
ruang untuk menyesatkan manusia.
Ungkapan ‘KALAU’ yang dibolehkan...
Ianya dibolehkan apabila digunakan untuk memberi kata-kata semangat terutama dalam mengajar ilmu, kebaikan,
bercita-cita untuk mendapatkan suatu yang baik atau sesuatu perkara yang
belum berlaku, maka dibolehkan menyebut ‘KALAU’. Sebagaimana dalam
al-Quran dan hadis ada menyebut perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.
Firman Allah yang bermaksud: “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada
tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”
Hadith Nabi dalam menyebut kisah
Musa dan Khidir: “Kalau Musa sabar, nescaya Allah akan menceritakan lagi kepada
kita tentang cerita mereka”
KALAU yang dibolehkan… Contoh 1, “Kalau awak belajar dengan tekun dan
bersungguh-sungguh, insyaallah awak boleh berjaya”… Contoh 2, “Sekiranya kita sabar dan berfikiran
positif, kita pasti berupaya mengharungi cabaran itu:…
Justeru, gunakanlah perkataan ‘KALAU’ dengan betul pada masa &
tempat yang sepatutnya….
Islam menyeru umatnya untuk bertawakkal atau berserah kepada Allah SWT setelah
kita berusaha dalam menggapai sesuatu impian dan cita-cita. Maka, percayalah
bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinanNya.
والله أعلمُ بالـصـواب