Kembali ke

Jumaat, 29 April 2011

Rahsia Cat Kemasan Perabot Laman...

-
Ini rahsia pasal jenis varnish atau cat kemasan kayu untuk perabot laman...




Ssyyyyyyyyy... (bayangkan aku tengah cakap dalam keadaan berbisik).. sebelum aku teruskan cerita pasal tajuk kali ni, ada permintaan sikit, tolong rahsiakan perkara ni...Tau kenapa, sebab aku dapat maklumat rahsia yang tak berapa besar ni pun dari sorang hamba Allah yang mengusahakan perniagaan perabot laman... Bukan senang untuk aku dapatkan maklumat pasal jenis cat kemasan kayu untuk perabot laman ni... Tahu tak berapa modalnya....? RM1200...!!! ya, seribu dua ratus ringgit... Biasanya mana-mana peniaga pun susah nak bagitau sebahagian rahsia perniagaan diorang, kecuali kita ni jenis mulut manis atau sekurang-kurangnya buat-buat jadi peramah walaupun sebenarnya kita ni taklah berapa peramah, pemarah mungkinlah...... & jalan terakhir ialah beli je mana-mana barang yang dijual barulah boleh dapat maklumat lengkap pasal barang tu...



Hehehe... modal RM1200 tu bukanlah sebab nak beli maklumat pasal cat tu, tapi harga satu set kolam ikan kat PKNS Shah Alam yang aku beli lebih tiga tahun lepas... memang sengaja beli... untuk menambah seri laman yang tengah di rombak masa tu.... bila dah beli tu aku pun boraklah sikit dengan hamba Allah tu... Ye lah, nak juga tahu sedikit maklumat pasal jenis kayu, tahap ketahanan, jenis kemasan cat atau varnish , jangkahayat cat dsb... semua tu kita patut tahu tak kiralah barang apa pun yang kita beli ye tak...? itukan sebahagian hak kita sebagai pelanggan/pengguna... semua soalan boleh dijawab, kecuali masa nak bagi tahu nama cat yang diguna.... mungkin disebabkan aku baru je lepas bayar deposit set kolam ikan tu & beriya-iya nak tahu pasal produk tu... Sebelum tu aku bagi dia soalan cepumas @ soalan perangkap yang terpaksa dijawab kalau diaju pada dia... apa soalan aku..? antaranya “abang memang ada kilang ke...?” jawapannya "haah, kilang kami kat banting..." soalan lain.. "Berapa lama cat ni boleh tahan ye, sebab kalau saya nak cat balik bila sampai tempoh tu nak kena tahu jugak cat jenis apa, takut warna dia lari... tak sama pulak dengan warna asal nanti...." hamba Allah tu pun terpaksalah jugak bagitau... Itu pun dia kata, "Kalau ikutkan, saya tak boleh nak bagitau, sebab benda ni rahsia.... tak ramai yang tahu... cuba abang cari cat jenis......" memang detail jawapannya, & nampak cara dia jawab pun, memang jujur & ikhlas, insyaAllah lepas ni perniagaan dia mesti lebih maju & berjaya... Berniaga atau mencari rezeki ni memang kena jujur kepada pelanggan.... & sebagai pelanggan pun kita sendiri kena ikhlas untuk membeli... baru urusan jual beli tu lebih berkat...



Oklah, disebabkan tujuan asal aku wujudkan blog ni adalah untuk berkongsi pengalaman, ilmu & maklumat, maka aku rasa perlu jugak di dedahkan rahsia yang bukan lagi rahsia ni sebab kalau boleh biarlah tiada rahsia antara aku & sesiapa saje yang sudi bertandang untuk mencari info pasal perabot laman kat inspirasi alam ni... tauke-tauke kat hardware memang jarang atau langsung tak pernah nak mengesyorkan jenama cat ni bila kita tanya dia cat apa yang sesuai untuk kayu(outdoor)... sebelum tu, dua tiga jenis cat kayu jugak yang aku dah cuba... tapi tak berapa puas hati...



Jenama cat kemasan kayu ni bukanlah satu-satunya jenis cat yang paling sesuai digunakan untuk semua perabot laman, cuma kebanyakannya menggunakan cat jenis ini... warnanya pun ada banyak pilihan, ikutlah mana satu citarasa kita... Jadi, janganlah terikat dengan jenis cat ini sahaja ye... Kebanyakan kedai hardware biasanya mengedar jenis cat yang berbeza, jadi mungkin diorang akan mengesyorkan cat jenis lain.... Susah jugak sebenarnya nak cari kedai hardware yang menjual cat jenis ni walaupun dia memang wakil pengedar jenama yang sama... bagi yang berminat untuk dapatkan kesan yang lebih kilat & bersinar, carilah varnish atau clear yang sesuai untuk cat jenis ni... banyak di pasaran, macam-macam jenis... cuma kalau berkilat ni pada aku, kuranglah sikit kenaturelannya... terpulanglah pada citarasa masing-masing...




oklah, ini dia rahsia yang bukan lagi rahsia tu.........





Rahsiakan ye... :)



Sedikit info(berdasarkan pengalaman sendiri):


-Harganya kurang dari RM30 bagi setin 1 liter, & kurang RM100 utk tin 5 liter (harga sekarang mungkin berbeza)


-Tahan hingga lima tahun.. bergantung juga pada tahap pendedahan pada matahari & hujan... kalau selalu sangat berhujan atau terdedah kepada kelembapan, mungkin setakat 3 tahun je... & perlu dicat supaya perabot laman tu tetap awet muda & kayu lebih tahan lama...


-Yang langsung tidak terdedah dengan hujan pulak, masih baik seperti asal setelah lebih kurang 3 tahun disapu...


-Mudah untuk disapu, tidak seperti cat kilat biasa. Hanya perlukan thinner sebagai bahan pencairan.


-Kod warna yang biasa diguna oleh pengusaha perabot laman T101 (Meranti)...


-Sesuai juga untuk indoor...


-Dalam 15 kedai hardware yang aku cari, cuma satu kedai je yang ada jual cat ni.... terpaksa pergi jugaklah ke Seri kembangan walaupun agak jauh dari rumah...


Khamis, 28 April 2011

Mana Tumpahnya Kuah...?

Cerita dulu-dulu.... Saje nak tunjuk gambar-gambar Hafiy & Jihan masa kecik... sibuk betul dia nak menolong kalau nampak abahnya berkebun petang-petang... Mulalah tanya ”abah, Hafiy nak tolong siram pokok boleh tak...?” J Kalau ikutkan, sejak duduk dalam walker lagi dia dah tunjuk semangat nak berkebun, cuma kudratnya masa tu memang tak mengizinkan... kecik nooo.. Sama jugaklah dengan kakaknya Jihan... rajin jugak menolong.. kekadang sampai bergaduh sebab masing-masing berebut nak pegang getah paip...



Masa ni Jihan baru dua tahun, Hafiy pulak baru 8 bulan & masih berwalker, tapi sama-sama turun padang untuk berkebun....






Tapi ada masanya diorang ni sebenarnya ‘sambil menyelam minum air’ je... seronok nak tolong siram pokok sebab dapat main air... main je yang lebih, siramnya tiga empat pokok je... J biasalah budak-budak.. Bila seluar baju semua dah basah, aku pun suruhlah diorang mandi je terus kat laman tu... ehmmm, bertambah seronoklah, memang itu pun tujuan disebalik pertolongan diorang... Tapi bila dah besar sikit sekarang ni, keterujaan nak menolong tu agak kurang sikit, sebabnya mungkin banyak lagi aktiviti lain yang lebih mengasyikkan diorang... TV, permainan, basikal, Jihan pulak sibuklah dengan buku atau homework tadikanya... macam-macamlah... aku pun tak kisah sangat, eloklah kalau anak-anak dah pandai mengisi masa terluang dengan apa-apa saja aktiviti atau riadah... lagipun aku lebih suka & lebih puashati kalau dapat ‘mandikan’ sendiri pokok-pokok kat laman ni... sambil menyiram tu dapat jugak belek-belek setiap pokok kalau-kalau ada yang layu ke, perlu dicantas ke dsb...



Sebenarnya, sekarang ni pun aku masih berusaha menerapkan minat berkebun & menghias laman pada anak-anak... minat dengan pokok bunga, pokok-pokok hiasan, alam semulajadi... & apa-apalah yang seangkatan dengannya.... tapi masih tak nampak lagi..




Nampaknya, nasi masih tak basah sebab kuah masih dalam periuk... Tak tahu lagi nasi kat pinggan mana yang nak dibubuh kuah dulu.... Mungkin nasi yang belum disenduk... J













-ada lagi ke nasi dalam periuk...? selalunya masak cukup-cukup je...J


Rabu, 27 April 2011

Anak-Anak...

Hari ni aku bukan nak bercerita pasal pokok atau laman, tapi saje je nak letakkan gambar keceriaan anak-anak yang bagi kami amat bermakna...





Seronoklah Zair sebab dapat kakak & abang yang memang sayang sangat kat dia... Mungkin Hafiy pun pernah alami perkara yang sama sebab masa kecik-kecik dulu memang kakak Jihannya bukan main sayang kat dia... Agaknya Jihan je yang macam tak rasa semua tu kecuali perasaan disayangi sebagai anak pertama (kira anak tunggallah) masa awal-awal dulu... Kalau ikutkan layanan untuk anak-anak ni semuanya sama, cuma bila dah ada adik-adik ni, yang lebih kecil nampaklah macam diberi tumpuan lebih sikit (tapi tak pun)... Rasanya semua mak ayah pun layan anak-anak macam tu... sama rata, takde terlebih takde terkurang...



Mungkin sebab zair ni kecik lagi, jadi takdelah nampak ragamnya selain kerenah biasa seorang bayi... Kena pulak Zair ni murah sangat dengan senyuman & senang ketawa... Hilang rasa letih & penat bila tengok muka manis macam tu... Yang kakak Jihan & abang Hafiynya pulak dah besar sikit, jadi macam-macamlah perangai & tabiat yang kadang tu memeningkan kepala kita... J tapi biasalah budak-budak tengah nak membesar, memanglah macam tu ye tak...? Itu belum lagi masuk usia sekolah & remaja nanti, makin besarlah dugaan kita sebagai mak ayahnya...




Anak-anak tu amanah Allah S.W.T, sebagai mak ayahnya, kami sedaya upaya memberi bimbingan & didikan yang terbaik untuk semua... Apa lagi harapan kita selain melihat anak-anak membesar menjadi insan yang berguna... Kebanyakan kita mengharapkan anak-anak akan menjadi lebih baik & mendapat lebih dari apa yang kita ada, masalahnya kadang-kadang kita sendiri susah nak tunjukkan contoh yang baik, jadi kalau kita kata kepimpinan melalui teladan kenalah kita tunjukkan teladan yang baik. Orang kata bapak borek anak rintik, -walau tak sama ia tetap serupa, dua-dua tetap berbintik & bernoda... maknanya kalau nak anak berperangai elok & menarik, kita pun kenalah berperangai cantik.... Dalam usia anak-anak yang meningkat ke zaman sekolah ni, kenalah buangkan perangai kita yang tak berapa elok tu supaya anak-anak tak ambil semua tu sebagai contoh untuk jadi ikutan... Begitu juga perangai kakak & abang yang pasti menjadi idola pada adik-adik... Nak tahu KPI seorang ibu & ayah yang berjaya, nilai saja pada kejayaan anak-anaknya, seimbang ilmu dunia & akhirat... insyaAllah, kami akan lakukan yang terbaik untuk ke arah itu.... semua orang pun serupa...





Tapikan Kadang-kadang, kalau anak kita terlebih bijak susah jugak.... :)


Teringat... Jihan selalu mengeluarkan ayat yang lebih kurang sama je bunyinya kalau nampak sesuatu yang kami buat, antaranya..


“Abah! Boleh tak kalau kakak dah besar nanti kakak nak bawak kereta macam abah...?” -ayat tanya yang terkeluar masa aku bawak kereta terlaju sikit sebab nak cepat...,


contoh lain... “Ibu, boleh tak kalau kakak dah besar, kakak dah naik kereta, lepas tu kakak patah balik kat rumah...?” ayat tu keluar masa kami patah balik sebab tertinggal barang masa nak keluar rumah...


-kekadang terfikir jugak, Jihan ni memang niatnya ikhlas nak bertanya ke, atau saje nak menyindir... J




Isnin, 25 April 2011

Lawatan Sambil Belajar...



Hari ni teratak kami dikunjungi oleh member-member ofis aku... alhamdulillah, orang kata kehadiran tetamu ni ibarat bawa masuk rezeki, ye tak..... Sejak dua tiga minggu ni kami memang dah plan untuk buat lawatan ke beberapa rumah bagi sesi kritikan, bertukar pendapat & mencari idea-idea yang boleh dijadikan inspirasi untuk rumah masing-masing... J Kira diorang ni macam pengkritik jemputanlah... sambil-sambil tu bolehkan menikmati kehijauan laman rumah yang sarat dengan pokok-pokok ni...


Member sorang ni pun minat nak ada kolam & bunyi desiran air untuk rumah barunya... apalagi..?


Sekali tengok kedatangan diorang ni ada jugak sikit-sikit macam inspektor kesihatan yang tengah cek jentik-jentik dalam pasu... maklumlah, banyak betul pasu bunga kat laman rumah aku ni termasuklah pokok-pokok air yang confirm airnya bertakung sepanjang masa... Tapi takpe, aku dah bubuh ubat pencegah jentik-jentik...


Syok jugak duduk kat buaian ni....



Sesi berehat & bertukar pendapat...


Alang-alang dah datang tu aku jemputlah sekali melawat dalam rumah... Tapi bahagian dalam ni macam biasa je.. maklumlah, teres setingkat ni, selain saiz laman yang terhad, ruang tamunya pun kecik je... orang kata, sekadar cukup untuk letak sofa atau kerusi buat tetamu...


Apalah yang dipegunkan tu... masih tak percaya ke wakaf tu aku buat sendiri...? :)


Dan sebagai menghargai kunjungan hormat kawan-kawan, aku hadiahkan cenderahati yang seberapa -anak pokok bunga melati Air..., -buah tangan yang bukan setakat untuk dibawa balik, tapi dibela & dibesarkan... hehehe... pandai-pandailah korang jaga dengan baik macam jaga anak sendiri ye... habis-habis malas pun , macam jaga anak tiri pun, ok lah... :p


sesi penyerahan Door gift... hehehe... macam lawatan rasmi pulak eks...


Ada gaya macam pegawai pertanian tak...?, ke, macam pegawai kesihatan tukang cek jentik-jentik...? :) mana-mana pun bolehlah...


Kereta muat 4 orang je, so ada dua tiga lagi geng yang tak berkesempatan nak berkunjung sekali.. insyaAllah, ada masa nanti kita buat lawatan sesi kedua... banyak lagi door gift nak diagihkan tu... hehehe...

Letih Sungguh Hari Ini...



Huhhhhh... Letih betul hari ni... Hujung minggu kali ni kami tak keluar rumah, jadual ketat... :) Nak kata bertukang, tidak... Buat kerja berat tidak... Tanam pokok pun tidak... hanya rutin biasa... Cuma lebih sikit pada mengemaslah... Kemas laman, kemas rumah... iyelah, sesekali laman rumah ni nak juga di rombak, barulah nampak kelainan & takdelah jemu mata memandang... Pasu sana ke sini, pasu sini ke situ, pasu tang situ pulak simpan kat belakang, pusing-pusing, gitu jugak jadinya... cuma pokok je berbeza... hehehe.. takpe, yang penting adalah sikit perubahan & dapat jugak buat exercise ringan walaupun cuma dok kat rumah je.... berpeluh jugak tu..


Yang Cik Puan pulak dengan rutin suri rumahnyalah hujung-hujung minggu ni... Anak-anak pulak macam biasa, Jihan lepas siap homeworknya sibuklah dia ke hulu ke hilir dengan bukunya... Kali ni selain membaca, Jihan dapat satu lagi hobi baru... Jumaat lepas kami belikan dia water color... sajelah sebab dia yang nak sangat masa singgah kat pasaraya untuk cari barang dapur petang tu... Sampai rumah je lepas solat maghrib terus buat projek melukis & mewarnanya... sabtu pagi bangun tido, lepas sarapan, melukis lagi.... petang melukis lagi... Hari ni lepas sarapan, lukis lagi... aduh... makbapaknya pulak yang rasa letih... tak penat ke asyik nak melukis... Aku sendiri pun mula kenal water color masa darjah 3... mula pandai melukis & mewarna darjah 5... Tapi takdelah extreme macam ni... takpe, kecik-kecik dah tunjuk bakat & kreativiti.... kena sokong tu.. :)


Hafiy pulak, macam biasa... Kali ni takde homework... jadi rutinnya dah tentu tengok kartun & menyepahkan rumah dengan barang permainannya... lepas tu tengok kartun lagi, & sepah rumah lagi.... dah penat, tidur & tinggalkan mainan macam tu je.... ibunya jugak yang letih mengemas... iyelah, dah tidur, takkan nak kejut suruh kemas pulakkan...? :)


Zair.... hehehe.. baru 4 bulan, apa sangatlah yang boleh dibuat selain tidur, menyusu, tukar diapers, baring, hisap jari, mengaruk, menyusu, tidur, tukar diapers, menangis, menjerit, menyusu lagi, tukar diapers lagi & membebel sorang-sorang, tidur... pusing-pusing gitu jelah... :)


Petang tadi, sempat jugak aku bawak famili gi Mc D... Saje bagi anak-anak seronok dapat keluar rumah walaupun sekejap... Gitulah berlalunya hujung minggu kami....

Jumaat, 22 April 2011

Di Mana Ada Kemahuan...






Lepas solat jumaat tadi, sempatlah bertandang sekejap ke rumah member... Saje nak menjengah dekorasi laman yang diusahakan lebih kurang setahun dua... Sambil-sambil tu sempatlah jugak jengok sebahagian kecil anak-anak pokok yang pernah aku hadiahkan kat member ni... alhamdulillah, semuanya subur, sihat & dijaga dengan baik... malah, ada yang lebih subur dari yang aku jaga... :) bolehlah aku sedekahkan lagi mana-mana anak pokok yang aku semai kat rumah... Menarik jugak dekorasi yang dibuat kat laman ni...



Cantik bunga pisang hiasan ni... 'Tauke' rumah nilah yang sedekahkan anak pokok hiasan macam ni kat aku...



Memang kreatif...




Kemas & tersusun rapi... pokok pun subur...


Jom Deko-Deko... Ribbon Plant...






Curi masa sikit sebelum gi solat jumaat... sempat lagi ni.... Hari ni aku nak buat deko sikit untuk hias meja sisi kat ofis aku ni... Simple je.. sape-sape pun boleh buat, tapi sajelah nak tunjuk untuk bagitau kat mereka-mereka yang mengganggap kerja-kerja mendeko ni leceh & susah... taklah leceh mana pun.... makcik cleaner pun selalu buat untuk bilik-bilik air kat pejabat tu... ye tak...?



Deko hari ni, aku nak buat hiasan pokok air untuk meja sisi kat ofis... ok.... bahan-bahan yang diperlukan pun simple je... dua keratan pokok ribbon plant... oh ya, spesis ni ada banyak jenis, mana-mana jenis pun boleh... kemudian sediakan satu balang kaca -tinggi lebih kurang 6 - 8 inci... -bergantung pada ketinggian keratan pokok tu... & satu lagi, beberapa ketul batu kecil... tak kisah batu sungai atau batu hiasan taman, warna pun ikut citarasa... last sekali, mestilah ada air...


Ok, cara penyediaannya, masukkan air lebih kurang separuh dari ketinggian balang kaca tadi... -kalau dapat biar semua akar tu terendam... Kemudian masukkan keratan pokok, susun ikut selera, tak kisahlah nak bagi center atau menyendeng... lepas tu masukkan semua ketulan batu perlahan-lahan, supaya balang tak pecah air tak terpercik... hahh! siaplah...



- Pokok ribbon plant(Dracaena Sanderiana) yang aku guna ni dah tumbuh akar sebab aku dah rendam kat botol mineral lebih kurang 3 minggu... nampak unik sikit bila ada akar tu... & terjamin jugaklah yang pokok ni boleh hidup... ok, selamat mencuba...



Khamis, 21 April 2011

Anthurium Raffles... Makin Hari Makin Sayang...




Untuk pengetahuan semua... ini ada pengumuman penting... Aku nyatakan sekali je, sebenarnya aku dah lama jatuh hati dengan pokok Jungle bush ni... Aku sunting dia dari penjaganya masa usianya muda remaja lagi, jumpa kat Dengkil.... kali pertama bertemu, hati terus terpaut :) Dulu aku selalu jugak cuci mata kat nursery makcik di Dengkil tu, sampai cik puan gelar makcik tu makwe no 3 aku... no 3..?? sape pulak yang no 2...? ada sorang lagi makcik nursery kat Sungai Pelek... :) hehehe, ramainya makwe... aku ni nampak macam pendiam, memang pun... tapi kalau pasal pokok, aku memang takkan malu nak bertanya.... kita ni bila dah selalu sangat datang kat mana-mana nursery, lama-lama tentulah tauke tu kenal kita ye tak...? Bukan kita je, satu famili dia boleh kenal.... :)



ok, masa beli dulu harganya RM10 je... iye lah, kecik betul masa tu... panjang daun pun tak sampai sekaki.... terfikir jugak nak beli yang besar je terus, tapi harga boleh tahan.. paling murah pun boleh dapat RM45... cuma tu lah, kalau terus beli yang besar takdelah kita rasa kepuasan membelanya ye tak..? Lepas tiga tahun dibela, alhamdulillah... nampak subur & sihat... Panjang daun pun dah mencecah 3 kaki... Memang puashati dapat tengok daunnya yang hijau besinar, panjang & sentiasa 'mengepak' je tu....


Selain dari tarikan pada daunnya yang panjang & lebar, keunikan lain pada pokok Jungle bush ni ialah pada tongkol bunga yang keluar silih berganti dari pangkal pokok... Dua koleksi Jungle bush kat laman kami ni alhamdulillah, ternyata sihat walafiat tahap kesuburannya :) Pokok jungle bush atau Anthurium Raffles ni ada beberapa spesis & jenis... & kesemua jenis pokok ni memang amat popular di Indonesia... walaupun harganya agak tinggi, permintaan tetap ada... Harga juga boleh dipengaruhi oleh saiz pokok, panjang atau lebar daun, bentuk akar serta tongkol-tongkol bunganya.... Negara kita pun apa kurangnya, ramai juga penggemar spesis ni....



6 bulan lepas, aku letakkan pokok ni ke dalam pasu besar yang dibeli kat Nilai... aku masukkan sekali pasu asalnya yang bersaiz kecil... Tapi beberapa bulan lepas dok dalam pasu tu, akarnya yang semakin memanjang tu dah 'bersarang' & melekat dalam pasu tu... Jadi minggu lepas aku keluarkan balik & biar je dalam pasu asal... Masa nak keluarkan tu memang penuh akarnya yang panjang berjurai dalam pasu tumpang tu... cecah 3 kaki jugaklah... terpaksalah aku potong sebab dah melekat & tak mahu akarnya berjurai terlalu panjang... pelik pulak nampak... Tapi kalau nak tau, keunikan lain yang dinilai pada pokok ni ialah akarnya... memang unik pun....




Sesiapa yang ada laman atau rumah yang luas & berminat dengan pokok-pokok hijau (tanpa bunga) Jungle bush ni adalah pilihan yang sesuai.. Sesuai sebagai pokok hiasan luar atau dalam rumah... masih perlu cahaya matahari cuma bukan 100%, kalau direct, daun akan kekuningan & layu... kalau letak dalam rumah pulak, pokok masih perlu di'panaskan' setiap hujung minggu....




Setelah 4 tahun bermastautin sebagai penyeri di laman kami, nampaknya hubungan kami semakin erat... :)


Mengenali Dwarf Umbrella Tree...


Beberapa pokok Dwarf Umbrella Tree yang dipintal seperti tocang rambut...



Dwarf Umbrella Tree, atau nama saintifiknya Schefflera adalah spesis tanaman dari keluarga Araliaceae... ada juga yang panggil pokok ni Hawaiian Dwarf Tree.. Tanaman hiasan yang daun & batangnya seakan-akan pokok getah ni banyak digunakan sebagai tanaman hiasan untuk rumah, pejabat atau landskap luaran... Kat Malaysia pun banyak nursery yang jual pokok, cuma mungkin kita tak berapa perasan sebab kurang familiar dengan pokok ni...


Dwarf Umbrella Tree yang dibonsaikan... sesuai untuk hiasan di rumah atau pejabat...


Aku nak terangkan secara detail pun, tak boleh jugak sebab baru sebulan berkenalan dengan spesis ni... sekarang ni pun baru belajar menjaga dua pokok yang usianya lebih kurang setahun dua & sepasu anak pokok yang baru disemai sebulan lepas... alhamdulillah, semuanya sihat walafiat... :)


Ni pulak contoh gambar spesis ni jika ditanam begitu sahaja tanpa dibentuk seperti bonsai atau dipintal... Pokok besar dalam gambar belah kanan tu gambar pokok Dwarf Umbrella Tree di Australia...


Sekarang ni tengah cuba memahami tabiat pokok ni, maksud aku dari segi keperluan air, cahaya, baja & sebagainya... Kalau ikut kata-kata tauke masa beli hari tu, pokok ni memang perlu disiram setiap hari kalau diletakkan diluar rumah... tapi kalau untuk hiasan dalam rumah atau pejabat, cukuplah seminggu sekali dua je bergantung kepada kedudukan pokok... Satu lagi, walaupun pokok ni sesuai untuk semua keadaan, cahaya matahari masih perlu... maknanya kalau letak dalam rumah, hujung minggu kenalah di keluarkan untuk diberi cahaya.... Kalau letak luar pun bukanlah berpanas 100%... rasanya, kebanyakan pokok hiasan pun macam tu, kecualilah pokok-pokok yang berbunga, memang kena letak bawah matahari 100%....



-90++% gambar kat atas tu aku dapatkan dari internet......

Selasa, 19 April 2011

Ilmu Ikhlas vs Ilmu Berkebun...


Baca tajuk, macam tak kena je bunyinya... Apa pulaklah kaitannya ikhlas dengan menanam pokok ni... ye tak..? tapi itulah hakikatnya... Tips berguna bagi menjadikan tanaman kita subur, berbunga, menceriakan suasana & menarik perhatian mata yang memandang... Sebelum tu aku kena huraikan serba sedikit, baru boleh faham... (aku bukan nak hurai atau kupaskan maksud 'ikhlas' tu, tapi bagaimana mewujudkan rasa ikhlas tu semasa menanam pokok atau berkebun)...


Tips tentang niat 'ikhlas' menanam pokok ni dibisikkan kepada aku oleh seorang hamba Allah dalam satu pameran berkaitan pokok hiasan & landskap lebih setahun yang lalu... Hamba Allah tu kata "Kita nak tanam apa-apa pokok pun, paling penting niat dalam hati kita kena ikhlas..." itu ayat pembukanya, lepas tu panjang lebarlah dia terangkan..... Susah nak dijelaskan dengan kata-kata, jadi aku cuba huraikan, apa yang aku faham tentang rasa 'ikhlas' yang disampaikan tu...


Apa jua yang kita lakukan dengan tujuan mencari rezeki yang halal, dikira satu ibadah... Lebih-lebih lagi jika disertakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah.. Jika rezeki yang dicari itu tujuannya untuk menyara kehidupan diri & keluarga, itu lebih berkat... Begitu juga jika kita melakukan sesuatu dengan tujuan memakmurkan bumi Allah..... Memakmurkan bumi Allah ni ada banyak cara... Bercucuk tanam atau berkebun juga salah satu darinya... Cuba terbitkan rasa ikhlas menanam pokok tu kerana Allah... Mungkin atas sebab kita mengagumi keindahan ciptaanNya... Cintakan kehijauan & pesona alam yang mendamaikan jiwa... Niat untuk menghijaukan bumi & mewujudkan suasana alam semulajadi yang boleh menjadi persinggahan segelintir fauna, Mungkin juga mengurangkan pencemaran atau mengimbangi ekosistem... hobi... mengisi masa terluang... riadah dsb..... emmmhh, macam-macamlah... itu semua contoh je... bukanlah kita semua kena berniat macam tu baru pokok-pokok tu boleh berbunga atau berbuah.... Niatkan sesuatu yang baik ketika berkebun atau menyiram pokok... mungkin sambil-sambil menyiram pokok tu, hati kita berzikir, berselawat atau sebagainya... ada juga faedahnya... flora & fauna juga mahkluk Allah, bahkan mereka juga sama-sama berzikir sepanjang masa.... Keikhlasan tu boleh terbit dalam pelbagai cara, dari segenap sudut.... Terpulang pada pendapat & pemahaman masing-masing.... Yang penting aku cuba juga sampaikan 'tips ikhlas' ni pada semua yang sudi singgah & baca...


Sebenarnya, setiap perlakuan kita seharusnya diiringi dengan niat ikhlas kerana Allah... tapi, semakin kita cuba titipkan rasa ikhlas di lubuk hati, semakin kita tertanya-tanya pada diri sendiri, "ikhlaskah aku..?".......


Wallahualam...

Isnin, 18 April 2011

Dwarf Umbrella Tree.... siri 2


Saja nak tunjuk perkembangan terbaru pokok Dwarf Umbrella Tree ni setelah 3 minggu disemai... Daun pun dah keluar, bolehlah nampak daun sebenar pokok ni...



InsyaAllah, dalam dua tiga minggu lagi bolehlah aku simpulkan kelima-lima batang pokok ni jadi macam tocang rambut... ;) Memanglah aku dah ada dua pokok ni yang dah siap dalam pasu bonsai tu, tapi sekurang-kurangnya ada jugaklah pokok yang aku semai & tanam sendiri... barulah puas....


Ahad, 17 April 2011

Hujung Minggu Yang Tenang...

Gambar ni takde kena-mengena dengan cerita hujung minggu ni... Saje nak tunjukkan bunga pokok 'Ong' kat rumah yang baru kali pertama nak berbunga ni...

Hujung minggu ni kami memang 100% bercuti di rumah je... Sabtu takde apa, so aku buat ops lalang... hehehe... nama je ops lalang, tapi operasinya mencabut rumput-rumput liar yang tumbuhnya tak ditanam, suburnya tak dibaja... habis operasi tu, rombaklah sikit pasu-pasu pokok supaya nampak sikit perubahan atau suasana baru walau pada hakikat, semuanya masih sama, cuma kedudukan je berbeza sikit.... takpelah, Yang penting berubah & nampaklah macam lapang sikit...


Hari ni, belah pagi sampai tengahari ada gotong-royong kat taman, kenalah join... Letihnya sampai ke petang, jadi jawapannya dok rumah jugaklah.. :) eloklah tu, malam ni pulak ada majlis tahlil & doa selamat kat rumah jiran... nampak gayanya hujung minggu kami kali ni tetap penuh dengan aktiviti walau tak keluar ke mana-mana.... seronok jugak...

Jumaat, 15 April 2011

Menilai Potensi Diri...


Cerita Zaman Sekolah...



Hari tu, cikgu masuk kelas seperti biasa... Takde pelajaran baru, exercise atau ulangkaji yang dibuat sebab peperiksaan pun baru je lepas... kira buat kerja masing-masinglah... Tapi tengahari tu cikgu nak buat satu permainan unik yang sedikit sebanyak membolehkan kita tahu(apa kita akan jadi) atau dapat menentukan masa depan kita... Setiap pelajar disuruhnya sediakan sehelai kertas, lepas tu tuliskan nama & cita-cita sendiri.... Aku rasa ramai yang tahu permainan ni.... takpe...



Zaman sekolah biasanya kita tak nampak lagi hala tuju & matlamat kehidupan kita... Sebab tu kalau ditanya apa cita-cita kita masa sekolah, jawapannya sentiasa berubah-ubah... tak pernah tetap... Polis, bomba, guru, peguam, doktor, jurutera, saintis... semuanya pernah masuk dalam senarai... kalau ikutkan tradisi budak-budak kat kampung zaman tu, lepas sekolah mesti nak cari kerja.. & kerja yang popular untuk budak-budak yang habis SPM masa tu apa lagi kalau bukan kerja kilang... tak kiralah kilang mana, kilang elektronik ke, perabut ke, kilang ayam, kilang plastik dsb.... yang penting kerja... takkan nak dok rumah je 24 jam ye tak...? & biasanya target diorang beberapa bulan lepas kerja mesti dapat kumpul duit untuk beli motor... hehehe, itu visi tradisi budak lelaki yang takde misi hidup yang jelas masa tu -macam akulah..., yang perempuan aku tak pasti pulak, mungkin bila dah kerja, cari jodoh, lepas tak lama tu kahwin... J



Ok... berbalik pada cerita kat sekolah tadi... Tau tak apa agaknya kerjaya impian yang aku catat dalam kertas tu...? Arkitek...! Lepas tulis tu, edarkan kertas tu mengikut satu pusingan untuk memastikan kertas tu sampai kepada kesemua kawan-kawan dalam kelas tu... Setiap orang yang mendapat kertas itu akan mencatatkan pula kerjaya yang dirasakan sesuai untuk kita berdasarkan pemerhatian & penilaian diorang terhadap diri kita... Sehinggalah cukup satu pusingan & kertas tu sampai kat kita balik... Maknanya kalau ada 40 murid dalam kelas, ada 39 jenis kerjayalah kat dalam kertas tu...



Dan hasilnya, peratus jenis kerja yang tertinggi dalam senarai itulah yang berkemungkinan atau berkebarangkalian tinggi amat sesuai untuk kita... Untuk aku, 45 % setuju aku boleh berjaya sebagai arkitek, 45 % lagi meramalkan aku akan jadi pelukis terkenal. & 10% lagi, lain-lain... yang lain-lain tu bercampur aduk (kerja budak-nakal yang nak pekenakan aku)... mana taknya, ada yang letak, petani berjaya, pemandu, tukang urut & satu yang aku tak boleh lupa sampai sekarang -bomoh hitam... sampai hati betullah... J



Lepas habis SPM, untuk merealisasikan impian aku sebagai arkitek aku apply course senibina kat ITM... semangat betul ni sebab kalau tengok kelayakan kat result SPM tu memang lepas (cukup makan je sebenarnya) J... tunggu punya tunggu, sampailah berbulan-bulan takde jawapan... jadi aku teruskanlah kerjaya tradisi budak-budak kampung masa tu –kerja kilang... Enam bulan kerja kilang perabot... Dapatlah sikit pengalaman dalam kerjaya tukang kayu ni, Alhamdulillah.... Tak lama lepas tu apply ITM lagi sekali... sementara tu aku dah pindah kerja ke kilang elektronik... kerjanya mengadjust kordinasi warna untuk monitor & skrin TV... hehehe..lebih kurang gitulah... dapat satu lagi pengalaman baru... masih takde berita pasal permohonan aku ke ITM... Takpe... mungkin takde rezeki... Tiap hari aku balik kerja, mesti kena lalu depan rumah jiran-jiran kat kampung tu, macam-macam perasaan aku, malu ada, kecewa ada... iyelah, nak juga buktikan yang aku pun boleh berjaya macam anak-anak diorang yang masuk universiti... sabar...



Akhirnya, enam bulan lepas kerja kat kilang elektronik tu, aku dipanggil untuk interview ITM, course -art & design (pilihan kedua aku)... baru interview je, belum confirm lagi dapat masuk tu... J & Alhamdulillah, sebulan lepas tu aku dipanggil untuk mendaftar ke ITM Shah Alam... sekarang UiTM....



4 tahun di UiTM, dah hujung-hujung tu berjaya jugak aku mencipta nama... Tak perlulah aku nyatakan.. Takdelah sampai terkenal, tapi sekurang-kurangnya kejayaan waktu tu diuar-uarkan jugaklah seMalaysia melalui TV, suratkhabar & beberapa majalah.. Dapat jugak membanggakan kedua orang tua & keluarga, kawan-kawan, orang-orang kampung, Felda, pensyarah-pensyarah & UiTM sendiri... J Ok lah cukup... itu cerita lama, apa yang aku nak katakan kat sini ialah tentang pengajaran dari sebahagian kisah hidup aku yang tak berapa menarik tadi tu... Kita mungkin tak boleh nak menilai seseorang kerana sifat & sikap manusia mungkin berbeza dari cerminan fizikal, tingkahlaku atau keperibadian yang ditunjukkannya... Walhal, kita sendiri sebenarnya tak dapat menilai diri kita dengan tepat.... Cuma kadang-kadang tu, sesuatu keistimewaan atau kelebihan yang ada pada kita hanya dapat diketahui apabila diberitahu oleh orang lain... Yang penting kita sendiri kena ada keyakinan..



Sekarang budak-budak kampung dah tak macam dulu... Ramai yang dah keluar dari kepompong kehidupan zaman lampau demi mengecapi taraf kehidupan yang lebih baik... itulah yang kita nak....



Beberapa kesimpulan yang dapat aku buat...



1. Yakin pada kemampuan diri.


2. Bersedia menerima & mendengar pendapat orang.


3. Usah ketepikan penilaian & kritikan orang sekeliling, gunakan ia sebagai panduan untuk kita memperbaiki kelemahan diri..


4. Jadikan pasangan atau sahabat-sahabat kita sebagai pengkritik tetap atau jemputan (macam dalam AF tu) supaya kita tak terus terlena, syok sendiri atau terpesong dari rancangan realiti kehidupan yang berliku ni... (aku selalu mintak pendapat kat isteri atau kawan-kawan tentang sesuatu design yang aku buat walaupun mereka bukan pakar atau ada kena mengena dengan ini filem)... sebab seni itu untuk dinilai oleh orang ramai... bukan diri sendiri...


5. Jangan terlalu memilih.


6. Ilmu perlu dicari, tapi pengalaman perlu kita dilalui...


Khamis, 14 April 2011

Ada 'Ong' Lah...


Pernah nampak bunga ni...? Inilah bunga pokok 'Ong' (Zamioculcas zamiifolia)... Sesiapa yang ada tanam pokok Ong ni kat rumah & berbunga, kira bertuahlah, heheheh... Bukan bertuah apa, pokok ni memang berbunga pun, Cuma jarang-jarang.. jadi kalau berbunga tu kira ada ong lah... J Kalau pergi tengok kat nursery pun susah nak jumpa yang ada bunga...




Pelik tapi unik.. ye tak..? Sayangnya, ini bukan bunga pokok ong kat rumah aku... gambar ni aku snap masa pergi melawat rumah sorang sahabat kat Bangi... Sepanjang 4 tahun aku bela pokok Ong’ kat rumah, baru sekali berbunga... itu pun baru perasan minggu lepas... Yang member ni pulak baru berapa bulan, pokok pun baru nak membesar, dah ada dua bunga serentak... heheheh, lo memang betul-betul sudah bikin malu same gue..... :)


Antara koleksi pokok yang ditaman kat laman rumah...

Rabu, 13 April 2011

Bila Ayam Berkokok...


“Issssshhh, kena bangun pagi jugak ke...? bukan kerja pun hari ni...” -ayat yang mungkin terpacul oleh mereka-mereka yang liat sikit nak bangun pagi... kecuali terpaksa bangun sebab kena bersiap nak ke pejabat atau sekolah (Sesetengah tu liat jugak walaupun hari kerja)... Kalau hari kerja kita boleh buat, maknanya hari-harilah boleh buat, cuma malas je... ye tak.. biasalah manusia macam kita ni memang kaya dengan alasan-alasan tak munasabah... tidur lewatlah, tengok bolalah, penat kerjalah...


Kalau ditanya, gerenti semua orang nakkan rezeki yang banyak... Tak kiralah dalam bentuk apa, tapi bila sebut pasal rezeki & kesenangan, fikiran kita biasanya lebih tertumpu kepada duit atau kekayaan... Walaupun rezeki itu sebenarnya boleh datang dalam pelbagai bentuk & cara tanpa kita sedar...



Pagi ni tiba-tiba teringat pasal rezeki Allah yang boleh datang tiba-tiba tanpa disangka... Rezeki macam tu bolehlah kita anggap sebagai bonus atas kesabaran, usaha & doa yang kita buat tanpa mengenal jemu... ada juga yang kata rezeki bergolek macam tu, ada kaitan dengan maksud ayat seribu dinar... iye ke...?



Aku juga manusia biasa, hidup sederhana & perlu bekerja keras untuk menyara keluarga. Begitu juga dengan isteri tersayang yang sama-sama keluar mencari nafkah demi memastikan keharmonian keluarga sentiasa terpelihara & terjaga dengan baik... Dalam membesar anak-anak, kita sanggup lakukan apa saja. Sesetengah orang kata, kalau kita berumah tangga, insyaAllah rezeki bertambah... Ada jugak kata, bila dapat anak, rezeki pun akan berlipat ganda... betul ke...? Betullah tu... Sebabnya, bila dah hidup berdua, usaha kita mencari nafkah tu lebih sikit sebab nak pastikan pasangan kita dapat hidup bahagia & lebih terjamin... Bila dapat anak pulak, usaha tu makin kuat sebab perlu memastikan cukup makan & pakai untuk mereka... makin anak bertambah, makin lebihlah usaha tu... Selain tu, setiap usaha yang kita buat ke arah itu merupakan ibadah kepada Allah... makin banyak ibadah kita makin banyaklah nikmat Allah yang diturunkan... Sesungguhnya, pahala solat bagi mereka yang berumahtangga itu juga lebih berganda... insyaAllah.



Pernah juga aku terbaca dalam beberapa sumber tentang tips-tips yang boleh memudahkan kita mendapat rezeki Allah, berjaya dalam kerjaya, mudah menimba ilmu... Bolehlah aku kongsikan di sini untuk dipraktikkan sebagai panduan, termasuk buat diri aku sendiri...



1. Mulakan apa jua perbuatan kita dengan bismillahirrahmanirrahim.


2. Bangun awal pagi dengan doa sebagai tanda syukur, selain untuk menunaikan solat subuh.


3. Amalkan solat sunat qobliyah(sebelum solat fardhu subuh).


4. Elakkan tabiat mengeluh. Sentiasa redha pada ketentuan Allah.


5. Menepati masa. Terutamanya solat lima waktu serta dalam melaksanakan amanah & tanggungjawab dalam pekerjaan. Elakkan tabiat suka melambat-lambatkan sesuatu, Allah sendiri akan ‘bantu’ melambatkannya jika kita memang berniat sedemikian.


6. Selain berusaha, amalkan membaca ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum ke tempat kerja & sebelum tidur. (yang istiqamah akan dapat merasai kemujaraban ayat ini).


7. Jangan lupa berzakat & selalu bersedekah. Amalkan juga sikap suka membantu.


8. Elakkan makan minum dari sumber yang haram atau syubhat yang akan menjadi darah daging & supaya doa mudah dimakbulkan.


9. Jauhkan sikap suka membazir. Makanan terutamanya..


10. Sentiasa bersyukur agar ditambahkan lagi nikmat.


11. Amalkan doa sebelum tidur.



Ini hanya sebahagian cara untuk memudahkan rezeki sampai kepada kita... Mulai sekarang, bolehlah amalkan ye...



Ayat seribu dinar seperti di bawah ni...



وَمَنيَتَّقِاللَّهَيَجْعَللَّهُمَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُمِنْحَيْثُلَايَحْتَسِبُ


وَمَنيَتَوَكَّلْعَلَىاللَّهِفَهُوَحَسْبُهُ إِ نَّاللَّهَبَالِغُأَمْرِهِ قَدْجَعَلَاللَّهُلِكُلِّشَيْءٍقَدْرًا



Maksudnya: Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.-Surah Ath Talaaq: sebahagian dari ayat 2-3, (juga dikenali sebagai ayat seribu dinar)






وَإِذْتَأَذَّنَرَبُّكُمْلَئِنشَكَرْتُمْلأَزِيدَنَّكُمْوَلَئِنكَفَرْتُمْإِنَّعَذَابِيلَشَدِيدٌ



maksudnya : Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.-Surah Ibrahim: ayat7



Kesimpulannya, Bila ayam berkokok, maknanya hari mahu siang... jadi kalau ayam pun boleh bangun awal pagi walaupun rutin kehidupannya kais pagi makan pagi, inikan pulak kita manusia yang punya akal & fikiran yang waras serta tanggungjawab untuk mencari nafkah hidup & memakmurkan bumi Allah... J


Selasa, 12 April 2011

Apa Istimewanya Kemboja Berkelopak Genap...?



Nak cerita sikit tentang pokok bunga kemboja yang aku beli kat Xue Beng Nursery bulan lepas... Aku berkenan masa nak beli pokok ni walaupun harganya boleh tahan sebab pokok ni bercabang-cabang walaupun masih kecil... satu lagi sebab, hampir setiap pucuknya menunjukkan tanda-tanda nak berbunga... Jadi dalam seminggu dua lepas beli tu banyaklah bunga-bunga yang berkembang... Berserilah laman rumah kami sementara menunggu kockiana kat wakaf tu berbunga.... J





Kebelakangan ni, kalau ada sahabat-sahabat yang tanya kat aku, pokok apa yang sesuai ditanam depan rumah? Aku jawab pokok bunga kemboja je... Eh!, ok ke?... ok tu... Tapi kalau nak cari pokok kemboja ni, kena cari jenis yang sesuai. Nak nampak cantik & rendang, carilah jenis pokok yang bercabang banyak... Nampaklah rendang sikit, bolehlah nampak daun & bunga yang banyak berbanding beli pokok yang tinggi tapi bercabang dua atau tiga je... Warna bunga pun, pilihlah ikut warna pilihan kita...




Satu masa dulu, bunga kemboja ini sering digunakan dalam ritual atau majlis tertentu... Memang banyak kepercayaan & pemahaman tentang pokok bunga kemboja ni. Kalau ikut tradisi lama(atau mungkin kebetulan je) pokok kemboja ni banyak ditanam di kawasan kubur & jirat cina... Terutama kemboja putih & pink... Tak pasti kenapa... Mungkin sebab wangian semerbak dari bunganya boleh menjadi terapi mendamaikan jiwa & mengubat kesedihan... :) atau sekadar sebagai penyeri kawasan kubur... Ada juga yang kata pokok ni sering jadi tempat persinggahan mahkluk halus, bunian atau sebagainya... Tapi itu kepercayaan orang dulu... Bukanlah sebab zaman moden ni mahkluk halus tu tak wujud, tapi zaman sekarang aku perhatikan pokok bunga kemboja ni banyak ditanam di luar & dalam pagar rumah sebagai penyeri taman... & yang terbaru ni, aku nampak banyak spesis ni dijadikan penghias landskap di kawasan-kawasan masjid & pejabat... terutamanya kemboja berbunga merah, pink & putih...






Bunga kemboja yang tengah mekar kat laman kami ni memang pelik sikitlah sebab setengah-setengah tangkai tu berkelopak 4 & setengah lagi berkelopak 5... ada juga yang berbeza bilangan kelopak walaupun dari gugusan tangkai yang sama... Tapi apa istimewanya... ? Kalau rajin google sikit kat internet tu, banyak cerita tentang pokok & bunga kemboja ni... Termasuklah tentang bunga berkelopak genap (4 atau 6) yang mampu membawa rezeki, kebaikan, ilmu serta jodoh kepada yang menemuinya... Kalau ikut logik akal memang tak munasabah.. tapi kalau nak ikut tradisi atau kepercayaan masyarakat tertentu, terpulanglah pada penerimaan masing-masing... Cuma sebagai seorang muslim yang beriman kita perlu yakin bahawa rezeki itu hanya dari Allah S.W.T.... bukan di ta­ngan makhlukNya yang lain... Allah dah nyatakan dalam Al Qur'an, antara firmanNya yang menyentuh tentang rezeki ni...


Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah: "Allah", dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:62):
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Memang banyak ayat-ayat Al-Quran yang merujuk tentang rezeki sebenar yang kita peroleh, atau yang hilang daripada kita, semua­nya atas kehendak Allah SWT... Tugas kita pula berusaha, berdoa & bertawakal agar rezeki yang kita kejar itu diizinkan Allah untuk sampai kepada kita...


Jadi, untuk sahabat-sahabat... Ada rezeki lebih tu, bolehlah beli pokok bunga kemboja & tanam depan rumah untuk hiasan, cantik dipandang wangi bunganya... Kalau berbunga & muncul yang berkelopak genap 4 atau 6, itu pun rezeki Allah...