Klik je...!!!

Memaparkan catatan dengan label Aku dan Kehidupan.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku dan Kehidupan.... Papar semua catatan

Selasa, 28 April 2015

Semoga Damai Di SANA.... Al Fatihah...





INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI'UN.... 14 haribulan april 2015, waktu seperti ini 14 hari yang lalu, ayahanda yang kami cintai telah kembali ke pangkuan Ilahi...  14 hari selepas usianya genap 66 tahun...




Bapak... kami percaya, Bapak pergi dengan tenang kerana nafasMu disulami dengan zikir-zikir Allah hingga hembusan terakhir...




Hanya doa yg dpt kami kirimkan buatMu...Semoga Rohmu terus damai di sana... kami redha dengan apa yg tertulis... Allah lebih menyayangimu...

Terlalu besar jasa2mu kpd kami, terlalu banyak memori indah bersamamu utk dijadikan kenangan, insyaAllah segala nasihatmu akan terus menjadi inspirasi dan panduan buat kami....




 AL FATIHAH... Buatmu Hj Abdul Latiff....


Rabu, 20 Ogos 2014

Sedekad Bersama...



Alhamdulilah, genap 10 tahun kami melayari bahtera kehidupan... Semoga ikatan ini terus kekal, dikurniakan kebahagiaan, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya... Amin




Putera puteri permata hati kami yang sentiasa menjadi penyeri dan penghibur hati....


Ahad, 10 November 2013

Family Day 2013...


 

Pagi tadi ada majlis Hari Keluarga di taman perumahan kami. Alhamdulillah, walaupun jumlah rumah kat taman ni setakat 100 buah, tapi penduduknya memang aktif dalam menganjurkan aktiviti atau majlis yang berupaya memupuk semangat kejiranan dan perpaduan di kalangan kami...Untuk 2 hari dalam hujung minggu ni je ada 4 program... Pertama, jumaat malam hari tu ada majlis ceramah Maal Hijrah. Sabtu siangnya ada treasure hunt... Malamnya ada majlis jamuan setaman sempena meraikan segelintir penduduk di sini yang menyambut Deepavali... Dan, kemuncaknya adalah sambutan hari keluarga dan sukaneka ni...
 

 
Jihan dan Hafiy pun join senamrobik sebelum memulakan acara mewarna dan sukaneka....
 

 
Ni acara kegemaran ramai anak2 kita... acara rebut gula-gula.... ada yang masuk poket, ada yang masuk dalam baju dan ada jugak yang bawak plastik... hehehe, tak aci betul.... takpelah, saje seronok2....
 
 

salah satu acara wajib.... lari dalam guni....
 

Meriah tapi tak syok sikit, sebab ini kali pertama putera puteri aku menyambut hari keluarga tanpa ibunya... sebab kebetulan kena outstation... jadi, kuranglah sikit mood nak berseronok dan bersukaneka tu.... Kalau sebelum ni kami sekeluarga, masing-masing akan join 4 atau 5 acara, tapi kali ni setakat satu dua je... Aku macam biasalah, mesti join acara kemuncak -tarik tali... untuk acara tarik tali ni, sebagai juara bertahan buat tiga tahun berturut2, aku turun ke padang dengan gaya bersahaja... melangkah dengan penuh kondifen... sambil tu, aku dapat rasakan seakan setiap biji mata pihak lawan (yang juga jiran2 setaman) memandang setiap langkahku dengan penuh gerun bercampur dendam di dalam senyuman... Dan akhirnya.... keputusan tidak dijangka, kami tewas... tapi aku redha... setelah melakukan post-moterm, aku sedar betapa ketidakhadiran cik puan pada hari keluarga kali ini amat memberi kesan kepada kekuatan moral dan semangat dalam perjuangan tarik tali tadi.... hehehe... ok, kita lupakan pasal tarik tali dan post-moterm tu....


 

Putera puteri kami, Nur Jihan dan Hafiy hanya join satu acara je (pertandingan mewarna kategori 7-8 tahun)... tapi, alhamdulillah.... Nur Jihan berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ke 3 utk kategori perempuan.... memang dah jangka... Yang agak mengejutkan dan tak disangka2 -Hafiy pun muncul juara, utk kategori lelaki.... Jadi, kira adillah sebab kali ni balik rumah dua2 dapat bawak hadiah yang sama... masing2 dapat beg sekolah.... hehehe, jimat sikit bajet barang sekolah untuk tahun depan.... Tahniah buat Jihan dan Hafiy.....


 
Dah boleh start ke.... tak sabar dah ni nak kaler.....

 
 
Alah, kacang je ni.... kejap lagi siaplah....
 

Seorang lagi putera kami, Zair Iman pun join acara mewarna ni.... hebat jugaklah memandangkan usianya yang belum mencecah 3 tahun dah berani masuk untuk memberi cabaran buat abang dan kakaknya... Tapi Zair akhirnya tarik diri selepas 10 minit mewarna... aku tak pasti kenapa, mungkin Zair takut dia menang... dan pastinya kemenangan tu nanti akan mencabar kredibiliti abangnya Hafiy.... jadi dia bagilah peluang kat Hafiy untuk menang buat setahun dua ni.... hehehe...... biasalah, budak2 seusia tu, bateri diorang agak aktif utk 5 minit pertama je.... lepas tu mulalah bosan.......


 
Zair merajuk ke...

Masa balik rumah tengahari tu, sempatlah berposing depan pintu pagar... masing-masing happy sebab dapat hadiah besar kecuali Zair Iman yang takde apa2 nak dipegang.... itu yang buat muka masam je.... heheheh... sabar ye Zair, insyaAllah, suatu hari nanti Zair pun akan minat dan pandai mewarna macam abang Hafiy dan kakak Jihan....


Ahad, 22 September 2013

Mata Air Baru...


Orang kata... Dari mata turun ke hati. Kalau dah suka sama suka, apa lagi ditunggu.... Mula-mula macam tak percaya, tapi akhirnya terpaksa juga terima hakikat... Namun perasaan suka itu membuatkan aku terpaksa melakukan pengorbanan yang cukup besar. Biasalah, tak semua benda atau perkara dapat kita miliki dalam satu masa... Mesti ada yang terluka sebab terpaksa disisihkan.... Mungkin ada yang tak percaya, mungkin juga ada yang setuju. Terpulang pada pendirian masing-masing...


Kami berkenalan hanya melalui dunia maya... Tak lama pun, lebih kurang seminggu je... itu pun melalui perkenalan yang tak disengajakan.... Emmmhhh... apa nak buat kalau dah jodoh.. Allah memberi kita akal supaya kita bijak dan boleh berfikir... Insan kerdil seperti kita sentiasa diberi pilihan... dan pilihan yang pelbagai itulah ujian kecil yang kita lalui dalam meneruskan kehidupan.... Jadi usah salahkan takdir dengan segala yang berlaku... kerana kita yang memilih... ingat ye, kita yang memilih....


Berbalik pada cerita mata air baru... Esok, genaplah seminggu aku menyuntingnya... insyaAllah, aku akan menjaganya sebaik mungkin, sebagaimana aku menjaga Miss Viva dan Miss Exora yang aku sunting setahun yang lalu.... Setelah aku mengintai-ngintai Future, Ace 115, LC 135, Lagenda dan beberapa lagi model-model hot dalam pasaran, akhirnya aku memilih GT 128...



Cantikkan mata air baru aku ni....
 

Wakaf yang aku usahakan hampir tiga minggu beberapa tahun lepas untuk kemudahan famili bersantai terpaksa aku korbankan dengan membuang bahagian lantai... sedih jugak awal-awal tu, tapi itu je pilihan yang ada, kalau tidak Mr. GT 128 ni nak duduk mana, ye tak....? maklumlah, laman rumah kecik....


 
Nampaknya dia dah selesa dok situ, toksahlah kita ganggu dia ye...
 
 
 
 
 
 
 Mungkin inilah kesan kenaikan harga pengurangan subsidi petrol.....
 
 
 
 
 
 
 

Selasa, 20 Ogos 2013

9 Tahun Yang Indah Bersamanya...



Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala kurniaanNya... Terima kasih kerana menemukan aku dan dia... Kau Berkati dan rahmatilah hubungan kami, bersama-sama cahaya mata... 9 tahun berlalu, semoga ikatan ini terus kekal & bahagia ke akhir hayat, insyaAllah....

Selasa, 28 Mei 2013

Sorotan April & Mei 2013...



Hehehe... macam siaran TV pulak ek ada sorotan-sorotan.... Takpelah, memandangkan kesibukan tugas hakiki di pejabat & di rumah kebelakangan ni, terpaksalah ditinggalkan inspirasi alam ni buat sementara... nasib tak merajuk... walaupun tak dapat 'bersiaran' pada hari sepatutnya, sekurang-kurangnya beberapa peristiwa yang dikira penting buat aku, dapatlah diabadikan dalam inspirasi alam ni...
 
 
Berkelah di pantai Bagan Lalang...
 
 
Masing-masing dah standby dengan baju mandi... Hari ni agak seronok sikit sebab setelah dua kali datang minggu-minggu sebelumnya, air tengah surut... Tapi hari ni air tangah naik...
 
 
 
 
Zair paling seronok sebab dah berani main air sorang-sorang & mintak dilepaskan... hehehe... mana boleh!!
 
 
 
 
 Tengoklah tu....
 
 
 
 
 Menjamu Sotong bakar di Morib....
 
 
 Ini jelah gambar yang sesuai & konsisten tiap kali bersantai di pantai Morib... wajib tu, sotong bakar...
 
 
 
 
Jom Ke Zoo Melaka...
 
 
Lawatan sambil belajar ke zoo Melaka (untuk anak-anak & sepupu2).... Ini kali ketiga kami ke sini... Tapi kedua buat Zair Iman(kali pertama masa dia dalam perut lagi).... hehehe...
 
 




 
Zair Iman memang suka dengan haiwan... tiap kali kalau tengok harimau kat Jata negara , mesti dia menjerit "abah! abah! imauu" lepas tu dia mengaum...."ggghaaaum"
 
 
 
Mendaftar masuk ke DQ...
 
 
Tahniah buat Amin... anak sulung kakak ipar dari JB... Beruntung & bertuah terpilih masuk ke DQ (Darul Quran)... Tempatnya pun menarik, hijau & menenangkan jiwa....
 




 
Sempat lagi berposing tu....
 
 
 
 
Hari Guru 2013...
 
 
Seperti biasa... Jihan & Hafiy akan sibuk dengan hadiah untuk cikgu- cikgunya seminggu sebelum sambutan hari guru.... Selamat hari guru buat semua cikgu-cikgu.... jasamu dikenang selamanya...
 
 
 
 
Lamanku kini...
 
 
Inilah sebahagian sudut laman kami.... pokok-pokok masih segar menghijau walaupun kesibukan tugas di pejabat & di rumah tak pernah surut... sekurang-kurangnya aku tak miss untuk menyiram & membaja....
 
 
 



 
Koleksi kesayangan.....
 
 
 
 
 
Birthday Jihan ke 8 tahun... 
 
 

 
 
Selamat hari jadi buat puteri kami Nur Jihan Faihanah... Birthday Jihan 24 Mei, pagi-pagi lagi Jihan dah dapat hadiah istimewa... Kebetulan hari tu cuti umum, dapatlah kami bawak Jihan & adik-adiknya berjalan &bersantai di luar....
 
 
 
 
Semoga Jihan menjadi anak yang solehah, sihat, bijak & berjaya, serta menjadi inspirasi buat adik-adiknya... insyallah....
 
 
 
 
 
Ok, sekian sorotan untuk kali ini......... jumpa lagi di siaran akan datang.....
 
 
 

Jumaat, 8 Februari 2013

Projek Mural Tabika Perpaduan... Siri Akhir...

 
 
 
Hari Ahad... Hari terahkir untuk aku menyiapkan projek mural ni... Hari tu pulak aku kena hentikan projek seawal jam 12.30 tengahari sebab lepas zohor ada majlis Aqeqah di rumah salah seorang sahabat kami kat taman ni... Oklah, rasanya macam tinggal sikit je... Yang lain semua ok kecuali outlinenya je...
 

Pokok Bird of paradise dah siap, semua objek dan outline yang perlu semua dah dimasukkan...


Siap je proses mengecat, aku pun selesaikanlah 5% peratus lagi baki kerja-kerja di fasa 1 sebelum ni, iaitu wording Tabika Perpaduan kat bawah pelangi tu... yang tu rumit sikit... Yang tu aku guna teknik lain, bukan lukis dan warna, tapi buat wording mengikut ukuran sebenar, print, tebuk, tampal dan spray.... memang mencabar...
jam 12 tengahari... alhamdulillah, semua settle.....
 
 
 Ini design asal yang aku buat dalam A.Illustrator....



Ini pulak hasilnya kat dinding.... sama tak...? mestilah tak sama... tapi dapat ikut 80 peratus sama pun kira ok lah tu.... bolehlah, untuk pelukis mural tak berapa profesional macam aku ni...
 
 
Oh ya... untuk makluman, Aku bukan lukis Angry Birds, tapi Happy Birds.... heheheh.. barulah nampak ceria....
 
Inilah sumbangan khidmat masyarakat aku buat Tabika Perpaduan ni... sekurang-kurangnya anak-anak kita seronok nak ke sekolah bila nampak suasana ceria dan bewarna-warni macam tu....
 
Sekian.....
 

Projek Mural Tabika Perpaduan... Siri 5



Hahh.. dah tiba hari Jumaat... setelah terhenti 3 hari kerana hari bekerja, operasi mengecat diteruskan... Kali ni boleh slow down sikit sebab macam ada banyak masa... tapi kalau boleh nak siapkan cepat le, bolehlah berehat sebelum habis cuti hujung minggu...
 
 
 
 
Jam 12.30 berhenti untuk berehat & solat Jumaat...
 

 
 
 
Operasi disambung jam 3 petang... Hampir semua objek telah diwarnakan kecuali gambar pokok bird of paradise ni... Tapi yang jenuh dan meletihkan sebenarnya masa nak buatkan outline untuk setiap objek tu...
 
 
 
Jam 6.40 petang... tengah leka mengecat, tetiba datang dua askar upahan ni, heheheh.. Zair dan Hafiy... Setelah memuji lukisan mural tu dengan beberapa perkataan yang menyedapkan hati aku, Hafiy pun tanya "Abah, belum siap lagi ke...?" Mungkin nak bagi hint suruh balik sebab hari dah nak senja kot.... ok lah, operasi pun di tangguh untuk 24 jam lagi sebab esoknya dah plan nak gi jejalan ke KL... hehee, KL je....
 
 

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...