Klik je...!!!

Rabu, 8 Februari 2012

Size Doesn't Matter


Zair Iman sekarang ni tengah aktif bermain bola, sampaikan mangga bersaiz XL ni pun mula-mula disangkanya bola....
-
Tak kisahlah S, M, L atau XL.... yang penting rasanya sama je.... Ini sebahagian hasil tuaian dari pokok Mangga Kelapa kat luar pagar kami tu... Untuk fasa pertama ni, buahnya takdelah lebat mana, lebih kurang sepuluh biji je.... Tapi dalam sepuluh biji tu, macam-macam saiz ada...
-
Bila dah ada tanda buah ni nak mula masak, kena petik & peram dalam 3 hari... bila dah cukup masak & kuning keseluruhannya, barulah boleh di makan....
-
Hafiy memang penggemar buah mangga... selalu kalau makan mangga, mesti dia nak bijinya... Tapi bila buah mangga sendiri ni dia taknak pulak, sebab rasa pelik, besar noooo kot....
-
Sabar ye Zair.... kita tunggu tiga hari lagi..... -Zair sekarang dah boleh panggil bbbuahhh... bila nampak deretan buah mangga ni sebuklah dia hulurkan jari telunjuk sambil cakap bbbuahh.. hehehe..
-
3 hari selepas........................
Untuk yang bersaiz XL ni, muat-muat dia je untuk mangguk bersaiz standard....

Rabu, 1 Februari 2012

Penantian Berakhir...



Alhamdulillah... penantian empat bulan berakhir sebentar tadi..... hehehe... Tak payahlah aku cerita panjang, hanya gambar-gambar kat bawah ni yang menjadi bukti penantian kami selama ni CUKUP BERBALOI....






5 MINIT SEBELUM...........................








72 JAM SEBELUM.............................










25 HARI SEBELUM..................................




3 BULAN 5 HARI SEBELUM................................





3 BULAN 15 HARI SEBELUM...............................





4 BULAN SEBELUM...............................






Coming Soon.........................


Ni baru beberapa biji yang aku kategorikan dalam saiz M & L..... Nantikan saiz XL yang bakal muncul tak lama lagi....................




Misi Naik Taraf Tembok Pagar... ::Misi Tamat::

-

Misi menaik taraf tembok pagar atau nama panjangnya, 'operasi mencantikkan tembok pagar seraya membuang kotak sampah & mewujudkan laluan kecil di penjuru laman', telahpun aku tamatkan dengan rasminya kira-kira 3 minggu lepas... Setelah melalui beberapa fasa, bermula dengan memecah kotak sampah, mengikat batu, mengesan kebocoran & mengubah laluan paip, dan akhir sekali misi menampal batu hiasan dinding....

-Operasi menampal batu hiasan... misi ni mengambil masa sehari suntuk.. maklumlah kerja sikit, rehatnya je yang lebih...

-



Ni rupa bila tampalan disiapkan untuk dinding yang menghadap depan... Tak siap lagi tu, dinding sisi belah dalam kiri & kanannya...

-

Ok, ni dinding sisi bahagian dalam.... teknik pecah & tampal.... Lebih leceh & meletihkan.... Setengah hari jugak nak siapkan...


-

Oh ya... lupa nak bagitau... sepanjang aku menyiapkan misi menampal ni, aku diperhatikan oleh seorang mandur.... Mungkin untuk pastikan aku tak banyak curi tulang & operasi dilaksanakan mengikut jadual tanpa mengabaikan kualiti kerja.... hehehe... Nak tau sape mandur tu....?

Inilah mandur muda tu... betul-betul dia cek untuk pastikan kerja-kerja dilakukan dengan kemas & kuat...

-

"Wah, kuat betul tampalan ni, kemas pulak tu.... tak gerak pun dinding ni Zair tolak... hebat! hebat... abah belajar buat ni kat mana...?"


-Tak tahulah, tapi sebagai seorang designer, merangkap arkitek & tukang tak bertauliah, aku dapat rasakan masih ada penambahbaikan yang boleh dibuat.. Mungkin ada sentuhan akhir yang diperlukan untuk menjadikan misi naik taraf ni nampak 100% siap... Takpelah... adjustlah sikit-sikit mana yang patut kalau ada masa terluang nanti....


-


Begitulah hasilnya....






-

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...