Klik je...!!!

Isnin, 9 April 2012

Tahniah! Semoga Lebih berjaya di Masa Akan Datang...


Cerita minggu lepas....

Alhamdulillah... Balik dari surau malam tu, masuk rumah & tengok Jihan tengah mengemas homeworknya yang baru siap... Tiba-tiba Jihan tunjuk sekeping kad warna kuning... "Abah, nah... ustazah suruh sain kat sini..." ..."Sain apa ni? "aku tanya balik... & tak lama lepas tu jawab sendiri, "Oh! kad penyata, Jihan dapat nombor berapa?" tak tahu, ustazah tak cakap pun... Belek punya belek,"wah! Jihan nombor 1!!! tahniah.." Betul ke ni... terus aku panggil ibu Jihan yang baru selesai solat untuk mencomfirmkan betul ke apa yang aku tengok tu...(tapi takdelah sampai gosok-gosok mata), hehehe... Ibu Jihan pun sambil tersenyum "Iyelah nombor 1, ni ustazah tulis MUMTAZ... tahniah Jihan" Jihan kata ustazah tak bacakan pun nombor, tapi Jihan orang pertama yang dapat kad penyata tu... oh fahamlah kami...



Tahniah ye Nur Jihan... Semoga terus meraih kejayaan yang lebih cemerlang, lebih indah seindah namamu - Nur Jihan Faihanah.... (Cahaya Kebanggaan yang Mengharum)....



Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...