Klik je...!!!

Isnin, 3 Mei 2010

Pokok 'Ong'... Bawa Rezeki atau Sumber Rezeki...




Ada orang panggil Pokok 'Ong', ada panggil Pokok Duit. Yang pasti, kalau tak silap nama saintifiknya Zamioculcas zamiifolia... Antara pokok hiasan kesayangan aku di rumah... Kalau ikut kajian, spesis ni berasal dari satu kawasan di Afrika. Tapi sekarang ni boleh hidup subur di merata dunia... Berbunga, tapi jarang-jarang & kekadang tak perasan pun sebab warna bunganya sama dengan warna batang pokok, bentuk pun lebih kurang macam pucuk baru nak tumbuh... batang pokok itulah tangkai daunnya... maknanya, pokok ni tak bercabang, berdahan atau beranting...
-
Yang bagusnya tentang pokok ni ialah senang hidup, mudah dijaga, tak cerewet & rajin membiak... Aku ada sepokok yang di bawa khas dari Johor (pemberian orangtua)... Mak & bapak di kampung memang suka tanam pokok ni... Kalau tak silap ada lebih lima pasu yang hidup subur kat sana. Asalnya sepasu je, tapi sekarang dah dibiakkan & sebahagian diagih untuk adik-beradik yang lain...
-
Selain dari koleksi orkid, spesis Zamioculcas Zamiifolia ini menjadi koleksi utama yang menjadi penyeri rumah Orangtua aku di kampung

Awalnya pokok-pokok tu diletakkan di anjung rumah, tapi bila dah banyak pasu, mak letakkannya di luar & berpanas. Jadi, lama-kelamaan pokok tu macam tak sihat dan kekuningan. Melihat perubahan tu aku cadangkan pada mak supaya pokok-pokok tu diletakkan di tempat yang agak redup sebab dari rupa fizikalnya yang berbatang besar dan berdaun tebal berkilat, aku andaikan pokok ni tak berapa sesuai berjemur tengah panas. Sebab tu daunnya jadi kuning & sesetengahnya hampir kering. Beberapa minggu selepas dikembalikan ke tempat redup, pokok-pokok tu kembali sihat seperti asal...
-

Inilah pokok pemberian Orangtua aku kira-kira 2 tahun lepas. waktu tu pokok ni cuma ada lebih kurang 10 batang. Sekarang dah jadi lebih sekali ganda & hampir memenuhi pasu...

Aku dihadiahkan sepasu pokok 'Ong' ini oleh mak & bapak yang sememangnya rajin menyemai pokok-pokok bunga. Maklumlah, kawasan kampung ni banyak ruang untuk bercucuk tanam. Lagipun bekalan tanah tak menjadi masalah & tanah kampung ni sesuai untuk semua tanaman. Tanah merah, tanah gambut, tanah bakar, sebut je... semua ada... kebetulan masa tu aku memang belum ada koleksi pokok ni di rumah...

- sebahagian koleksi Zamioculcas Zamiifolia yang hidup subur di kampung aku


Pokok ni antara yang popular ketika sambutan tahun Baru Cina. Sesetengah kepercayaan, tak kira dari mana-mana bangsa pun, pokok 'Ong' ni membawa tuah... sebab tu ada yang gelar pokok ni Money plant... bagi aku, kepercayaan mungkin tak boleh nak ubah & perlu dihormati. Yang pastinya, rezeki & pemberian semuanya datang dari Allah, bukan dari sesuatu lain. selain dari takdir yang telah ditentukan, yang penting kita usaha, betul tak...? Walau bagaimanapun, aku tak nafikan kepercayaan yang wujud tentang pokok ini, tapi bukan bermaksud aku menerimanya tanpa kaji selidik. Bukan juga bermaksud aku setuju yang pokok ni boleh menjadikan kita bertuah atau menjadi kaya. Aku cuba selidik untuk kaitkan keunikan pokok ni dengan kepercayaan tu supaya orang yang menanam atau menyimpan pokok ini akan berasa puashati sesetengahnya mungkin kurang setuju atau tak setuju langsung...

-

Sempat pulak anak aku sorang ni enterframe time aku nak snap gambar pokok-pokok ni...


Aku mulakan dengan 'sejarah' kewujudan pokok kat rumah di kampung. Bermula dengan sepasu pokok agak dewasa yang orangtua aku beli di kebun bunga kat sana, beberapa bulan kemudian, pokok ni semakin subur & membiak. Penuhlah sepasu tu dengan batang pokok ni. Kemudian dipisahkan beberapa batang untuk disemaikan dalam beberapa pasu lain. Beberapa bulan kemudian pokok pasu-pasu lain tu pun dipenuhi dengan batang-batang pokok ni sama seperti pasu induk yang mula tadi... (Tu yang mula letakkan pasu tu di luar rumah)... jadi kurang sihat & kekuningan. Tapi bila dah ubah balik ke tempat redup, pokok-pokok ni kembali pulih & subur...
-


Tak lama lepas tu, mungkin melihat kepada kesungguhan & minat aku yang mendalam pada seni berkebun ni, aku dihadiahkan sepasu... Bermulalah minat aku pada pokok ni. Memang senang nak jaga. Yang penting cukup air serta sedikit cahaya. Kalau letak di luar rumah, biarlah ditempat yang redup. Kalau dalam rumah pulak, sesekali tu kenalah jugak di bawa keluar untuk diberi cahaya matahari... maklumlah, kalau dah namanya pokok, mestilah perlu cahaya...
Satu hari tu, anak lelaki aku yang semakin membesar & agresif 'telah dengan sengajanya menebas' pokok yang aku letakkan di ruang tamu ni dengan pedang permainannya. Mungkin masa tu tengah 'menurun' jadi power rangers atau ultraman, jadi hasilnya, salah satu batang pokok ni telah keguguran hampir semua daunnya yang berkilat tu... Marahlah jugak, tapi budak-budak kan, bukan dia tahu.. cuma bila kita dah marah & bagi amaran sekali, dia akan ingat sampai bila-bila... Tapi ada hikmahnya... apa dia? biar aku teruskan cerita ni...
-

Yang bagusnya, semua daun-daun pokok yang gugur ke bumi tu aku biarkan je di atas tanah dalam pasu tu... Dua minggu lepas tu aku dapat maklumat dari sumber-sumber (terima kasih atas maklumat tersebut(ilmu baru)) yang boleh dipercayai, yang mengatakan bahawa pokok ni boleh disemai melalui daun. Wah! betul ke...? Tak susah untuk aku tentukan betul atau tidak maklumat tu... Pelik juga sebab dah lebih dua minggu daun-daun tu ditebas oleh anak aku, tapi masih hijau & tidak kering. Aku pun sediakan beberapa pasu semaian kecil, isikan tanah & cucukkan bahagian pangkal daun-daun tu ke tanah dalam pasu-pasu tu. Kira-kira separuh tenggelam... Dalam beberapa minggu lepas tu tumbuh akar. Tak lama lepas tu pulak satu bentuk biji kecik seakan kentang bewarna putih. Beberapa bulan kemudian mulalah tumbuh pucuk daun kecil... Akhir sekali, tentu sekali menjadi pokok.. bertambahlah koleksi pokok 'Ong" aku, tapi kali ni yang disemai sendiri... Aku semai dalam empat pasu...
-

Hasil dari sedikit kajian teori & praktikal yang aku jalankan mengenai nama Pokok 'Duit' atau pokok 'Ong' yang dimaksudkan tadi ialah seperti berikut...Yang aku nampak betul-betul 'ong' ialah satu helai daun boleh mengeluarkan beberapa anak pokok. Dari anak-anak pokok yang semakin membesar akan membiakkan lagi beberapa pucuk pokok baru. Bila dah dewasa, dengan batang pokok yang banyak tu, kiralah jumlah daun yang ada... Anggaplah dalam sebatang tangkai daun boleh menghasilkan lebih 20 helai daun, berapakah jumlah pokok baru yang dapat dihasilkan dengan sepasu pokok ni yang mampu menghasilkan lebih 20 atau 30 batang pokok... Kalau kita jengok di nursery, sepasu anak pokok dalam pasu semaian di jual dengan harga RM10, 20, 30 atau mungkin lebih mengikut saiz pokok & pasu... Yang nyata, sepasu pokok tu sebenarnya hasil daripada satu atau dua helai daun sahaja.... bayangkan pula keuntungan yang boleh diraih daripada beratus/ribu helai daun dari sepasu pokok 'Ong' bersaiz matang.... Toksah kira... Apa-apapun, itu cuma teori aku je... Kalau masih ada yang kata pokok ni memang ada 'ong', terpulanglah pada pendapat masing-masing...
-

Kesimpulannya, aku mungkin tak dapat nak percaya spesis pokok ni boleh membawa tuah pada tuannya, apalagi memberi kekayaan pada pemiliknya. Tapi aku positif, percaya 100% yang pokok 'Ong' ini sememangnya boleh menjadi sumber rezeki & sumber kekayaan kepada pengusaha yang menjalankan perniagaan spesis ini dalam skala yang besar seperti yang dijalankan di China, Taiwan & beberapa negara lain...

Setelah dua tahun berlalu, pokok-pokok yang aku semai semuanya aku hadiahkan kat kawan-kawan, kecuali satu pokok yang aku jadikan hiasan meja makan... Satu lagi, selain dari pembiakan menggunakan semaian daun, pokok ni juga boleh disemai melalui keratan atau pemisahan beberapa batang dari pokok induk ke pasu lain... Penyemaian melalui daun hanya untuk tujuan komersial saje... itu pun kena tunggu beberapa bulan atau tahun baru boleh dijual...
-
-Sumber sebahagian imej yang dipaparkan adalah dari internet yang terpaksa 'dipinjam' bagi menjelaskan lagi penceritaan & maklumat yang cuba aku disampaikan ... :)

9 ulasan:

  1. salam,sy beminat nak mmbeli. Sy nak beli ada dmane yerk? baper harganyer...email n sms sy pd izanck@gmail.com 017 684 3177.

    BalasPadam
  2. Salam...
    Rasanya pokok ni tak susah nak dicari & ada dijual dimana-mana plant nursery... Harganya pun taklah mahal sangat...

    BalasPadam
  3. saya tanam kat umah flat saya, daripada pokok tu merimbun.. hinggalah tinggal 3 batang yg layu dan kuning skrang... maknanya saya x serasi tanam atau keadaan cuaca di flat saya tu... dah fedup xnak tanam lagi...

    BalasPadam
  4. Salam, saya ada sepokok pemberian org. Sy letakkan pokok ni dlm pejabat saya yg agak gelap (tiada cahaya marahari) dan agak lembab. Baru2 ni sy dapati ada sebatang daun2 dia dah jadi kuning. Sbb faktor cahaya ke? Tp setahu sy dia x boleh direct matahari sgt. Apa perlu sy buat? Tkt nnt lama2 semua daun kuning pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam buat yang bertanya... Pokok ini memang sesuai untuk kawasan redup seperti pejabat dan rumah, namun bukanlah di sudut yang gelap atau tanpa cahaya langsung... jika di rumah sekali-sekala perlu di'jemur' tapi tidak direct pada matahari... jika di pejabat pula letakkan di tepi tingkap. Kesimpulannya, apa jua jenis pokok masih memerlukan cahaya matahari walaupun sedikit atau sekali-sekala... wallahualam...

      Padam
    2. Bolehkah cahaya lampu yang terang dikira sebagai ganti kepada cahaya matahari?

      Padam
  5. Pokok ini tidak lagi popular dikalangan org cina, harganya pun dah murah sebab amat beracun hingga boleh membunuh. Hati2lah kalau ada anak kecil atau pets kat rumah

    BalasPadam
  6. Pokok ini tidak lagi popular dikalangan org cina, harganya pun dah murah sebab amat beracun hingga boleh membunuh. Hati2lah kalau ada anak kecil atau pets kat rumah

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...