Klik je...!!!

Khamis, 17 Disember 2009

Awning Kayu Resak + Polycarbonate...

-
Binaan awning ni terhasil secara tak sengaja, maksud aku takde dalam perancangan asal. Mulanya kami cuma fikirkan untuk mengubahsuai pintu pagar, pagar kayu & kolam ikan je, tapi dipertengahan projek ini sedang berjalan, terfikir pulak nak rombak awning yang baru berusia enam bulan. Sayang jugak, tapi bila dibayangkan hasil awning baru yang tergambar di fikiran & terlukis di atas kertas, ianya jauh lebih praktikal dan menarik dari segi rekabentuk & manfaatnya.. Jadi, tanpa membuang masa aku dapatkan segala bahan-bahan yang diperlukan.
-
ini binaan awning ringkas yang hanya sempat terpasang selama setengah tahun sebelum diupgrade.

ilustrasi gambaran awning mengikut rekabentuk yang terbayang difikiran.-Gambar atas pandangan hadapan, gambar bawah-pandangan sisi.
-
Memandangkan kos untuk mendapatkan kayu bermutu tinggi seperti cengal agak mahal, Aku cuma mampu dapatkan kayu jenis Resak. Itupun dah kira baik dalam kategorinya. Harga untuk Polycarbonate pulak memang dah sedia mahal bagi aku, lebih kurang RM4.50- RM5 sekaki persegi.
Bermula dengan proses potong memotong, mengecat & seterusnya mendirikan binaan. Alhamdulillah, Dalam seminggu aku berjaya siapkan awning ni sepenuhnya dengan sedikit bantuan keringat & kewangan isteri serta sokongan padu anak-anak...
-
Inilah rupa sebenar yang berjaya dihasilkan...

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...