Klik je...!!!

Ahad, 17 Mac 2013

Youth Credit Card Design Contest... Design #3




Akhirnya.... ini design ketiga untuk Youth Credit Card Design Contest anjuran Nuffnang... Design #3 ni agak berbeza dengan design #1 & #2 sebelum ni.... Tapi tetap ada  persamaannya.... so, penerangannya seperti di bawah ni....

Konsep : Dinamik
Ekspresi warna-warna segar dan aktif yang dipadankan melambangkan kepelbagaian dan keindahan situasi serta pengalaman golongan belia dalam melayari peringkat kehidupan yang aktif, dinamik dan mencabar.

Kepelbagaian ekspresi adalah pelengkap bagi kewujudan belia yang dinamik. Ini ditunjukkan dengan perkataan ‘Y.o.u.t.h’ yang divisualkan melalui gabungan beberapa aksi figura... Namun ekspresi belum tentu menjanjikan eksplorasi yang berjaya tanpa dorongan inspirasi yang jelas..... Dan inspirasi itu adalah imej design di atas....

Rocking Name : Yezzz!
Yezzz! Satu ekspresi spontan tentang keyakinan diri, kepuasan dalam melakukan tindakan dan kejayaan dalam mengejar impian...



p/s: Segala maklumat yang dipaparkan pada design kad hanyalah contoh semata-mata....

Youth Credit Card Design Contest... Design #2



Ok.... ni design #2 aku untuk Youth Credit Card Design Contest anjuran Nuffnang... Walaupun design kedua ni nampak lebih kurang je dengan design pertama, ia tetap ada bezanya.... so untuk penerangannya, bolehlah baca kat bawah ni ye....

Konsep : Dinamik
Percikan warna warni melatari gaya hidup golongan muda atau belia ini melambangkan kepelbagaian dan keindahan situasi & pengalaman golongan ini dalam melayari peringkat kehidupan yang aktif, dinamik dan mencabar. Warna perak sebagai latar belakang adalah bayangan kehidupan yang lebih mencabar atau persaingan hebat yang perlu diharungi oleh golongan belia...

Kepelbagaian ekspresi adalah pelengkap bagi kewujudan belia yang dinamik. Ini ditunjukkan dengan perkataan ‘Y.o.u.t.h’ yang divisualkan melalui gabungan beberapa aksi figura... Namun ekspresi belum tentu menjanjikan eksplorasi yang berjaya tanpa dorongan inspirasi yang jelas.....

Rocking Name : Yezzz!
Yezzz! Satu ekspresi spontan tentang keyakinan diri, kepuasan dalam melakukan tindakan dan kejayaan dalam mengejar impian...



p/s: Segala maklumat yang dipaparkan pada design kad hanyalah contoh semata-mata....

Youth Credit Card Design Contest... Design #1

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera semua...


Awal minggu lepas, baru terperasan ada email dari Nuffnang tentang satu contest -Youth Credit Card Design... So bagi meramai & memeriahkan acara hebat ni, aku pun taknaklah ketinggalan untuk turut serta walaupun skill mendesign aku ni taklah sehebat mereka-mereka di luar sana.... Takpe, saje nak mendera otak kiri aku ni yang sekian lama tak digilap... walaupun agenda hujung minggu aku & famili sememangnya dah sarat dengan acara lain... hehehe...

Sebenarnya, Idea dan konsep untuk Youth Credit Card ni aku dah fikir sejak 3 hari lepas, cuma tak berkesempatan nak siapkan disebabkan tugas hakiki yang perlu diutamakan... Apa pun, alhamdulillah, sempat jugak aku siapkan walaupun tempoh contest ni dah nak tutup....

Ok, berbalik pada design Youth Credit Card... Aku nak cerita tentang konsep dulu.... Disebabkan aku dah peruntukan masa yang agak panjang untuk memikirkan & merealisasikan design ni, so untuk penerangannya biarlah aku jelaskan secara ringkas.... yang penting senang nak faham....

Konsep : Dinamik
Percikan warna warni melatari gaya hidup golongan muda atau belia ini melambangkan kepelbagaian dan keindahan situasi & pengalaman golongan ini dalam melayari peringkat kehidupan yang aktif, dinamik dan mencabar. Hitam sebagai latar belakang menunjukkan sifat berani dan azam yang tinggi...

Kepelbagaian ekspresi adalah pelengkap bagi kewujudan belia yang dinamik. Ini ditunjukkan dengan perkataan ‘Y.o.u.t.h’ yang divisualkan melalui gabungan beberapa aksi figura... Namun ekspresi belum tentu menjanjikan eksplorasi yang berjaya tanpa dorongan inspirasi yang jelas..... Dan inilah inspirasi itu....








Rocking Name : Yezzz!
Yezzz! Satu ekspresi spontan tentang keyakinan diri, kepuasan dalam melakukan tindakan dan kejayaan dalam mengejar impian...




p/s : Segala maklumat yang tertera pada rekaan adalah contoh semata-mata... Insyaallah, beberapa design lagi bakal muncul atas permintaan puteriku Nur Jihan.... hehehe...


Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...