Klik je...!!!

Khamis, 28 Oktober 2010

Kena Tempatnya, Memang Cantik...


Bauhinia Kockeana. Antara pokok hiasan kegemaran aku sejak dulu. kali pertama aku jatuh hati & berkenan tengok pokok memanjat berbunga jingga ni kira-kira enam tahun lepas. Masa tu kena jadi pemandu tetap kepada isteri aku yang berulang-alik dari Ampang ke UiTM Shah Alam setiap hujung minggu... Kalau tak silap, itu zaman2 awal pokok hiasan ni mula ditanam di tengah2 pembahagi jalan di hampir setiap pelusuk bandaraya bestari tu...


Bila dah ada rumah sendiri, itulah pokok yang kami cari untuk menghias laman masa awal-awal dulu... Tapi tak berapa nak menjadi sebab pokok ni mesti ditanam pada kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari yang secukupnya. Mesti panas & cukup kelembapan tanahnya.. Jadi bila dah siap wakaf istirehat beberapa bulan lepas, terus kami tanamkan sepokok di salah satu tiang wakaf yang menghadap matahari. Tak sangka menjadi pulak walaupun kawasan tu kekadang terlindung jugak dengan bumbung wakaf....


Selain tu, ada dua lagi spesis ni yang aku tanam dlm pasu sebagai hiasan pintu pagar... yang ni paling menjadi, bunga tak putus-putus...


Cerita Pokok Mangga...

Tiap-tiap hari aku belek, lama-lama terpikat pulak dengan bunga pokok ni berbanding buahnya...

Rasanya aku pernah cerita sikit pasal pokok mangga kat depan rumah ni. Ceritanya sama macam aku kata sebelum ni. Pokok ni memang rajin berbunga. Tapi agak liat nak melekat. Pernah aku tanya beberapa tauke nursery tentang penjagaan pokok mangga ni. Yang aku ingat diorang kata pokok mangga ni sekali sekala perlu dibaja supaya boleh berbunga & berbuah lebat. Tetapi, jangan dibaja semasa sedang berbunga. Kalau dibaja juga, bunga jadi panas, kering dan gugurlah sebelum waktunya...

Cantik jugak bunga pokok mangga ni

Tunggu masa je...

Insya Allah, kalau ada rezeki seminggu dua lagi dapatlah kami menikmati keenakan buah mangga ni.. kalau ikut rekod sebelum ni, memang manis...

Rabu, 20 Oktober 2010

Berehat Sebentar...

Alhamdulillah...lama jugak rasanya tak berkesempatan nak meng'update' blog ni. Maklumlah, terlalu sibuk dengan perkara2 lain yang mungkin tahap kepentingannya tinggi sikit berbanding berblog ni... Tapi nak kata sibuk sangat tu takdelah... projek2 baru pun takde, masih dalam perancangan... ini barulah betul2 tempoh bertenang...

Sejak Ramadhan lepas memang takde aktiviti baru yang aku jalankan selain rutin harian sebagai suami kepada isteri yang semakin sarat, abah kepada sepasang anak yang comel & manja2 belaka serta, tukang kebun & peneman setia pokok2 hiasan di laman rumah... Biasalah, aktiviti aku kat rumah tak lain tak bukan mengemas taman mini yang ada ni, belek-belek pokok, cantas mana yang patut. Bunyi macam simple je tapi bukan senang nak jaga walaupun taman mini kat laman rumah ni cuma sekangkang kera, berpeluh jugaklah... Orang jawa kata kena telaten, barulah menjadi... Nak buat sesuatu tu yang penting ada niat, kesungguhan dan yang jauh lagi penting- kena ikhlas... barulah pokok rajin berbunga... (Itulah tips yang aku dapat masa berkunjung kat satu karnival landskap beberapa bulan lepas)

Takde apa-apa perkembangan baru buat masa ni kat laman rumah, selain buah mangga yang semakin membesar dan berbunga lagi. Jakunnya, padahal kat kedai sekilo tak sampai RM10 pun.... pokok Kockeana yang semakin aktif memanjat & berbunga... melati air yang semakin gemuk, subur & tak putus berbunga... Begitu juga dengan kemboja kuning yang mula berputik... semuanya berhasil, alhamdulillah... hehehe, bunyi macam peladang atau pesawah yang baru lepas menuai hasil... memang seronok kalau tengok tanaman kita menjadi. Walaupun hasilnya sekadar buat santapan mata & bukan utk dijual. Sekurang-kurangnya dapat memberi kepuasan & terisi juga masa terluang yang ada selain menjadi terapi mujarab untuk mereka2 yang malas (macam aku ni) nak berekreasi atau beriadah dgn aktiviti yg lebih lasak..

Insya Allah, dlm sehari dua nanti bolehlah aku bercerita sikit pasal perkembangan beberapa 'anak2 angkat' aku yang semakin galak berbunga kat laman rumah sekarang ni...


Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...