Klik je...!!!

Memaparkan catatan dengan label Hafiy Nusair. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hafiy Nusair. Papar semua catatan

Selasa, 4 November 2014

Hafiy Dah 8 Tahun...

Alhamdulillah...




3 November... genaplah usia hero kami Muhammad Hafiy Nusair 8 tahun... Semoga Hafiy terus membesar dengan sihat, ceria dan menjadi anak yang soleh, berjaya dalam pelajaran, dimurahkan rezeki, dilindungi dan diberkati Allah hendaknya... Amin


Ahad, 10 November 2013

Family Day 2013...


 

Pagi tadi ada majlis Hari Keluarga di taman perumahan kami. Alhamdulillah, walaupun jumlah rumah kat taman ni setakat 100 buah, tapi penduduknya memang aktif dalam menganjurkan aktiviti atau majlis yang berupaya memupuk semangat kejiranan dan perpaduan di kalangan kami...Untuk 2 hari dalam hujung minggu ni je ada 4 program... Pertama, jumaat malam hari tu ada majlis ceramah Maal Hijrah. Sabtu siangnya ada treasure hunt... Malamnya ada majlis jamuan setaman sempena meraikan segelintir penduduk di sini yang menyambut Deepavali... Dan, kemuncaknya adalah sambutan hari keluarga dan sukaneka ni...
 

 
Jihan dan Hafiy pun join senamrobik sebelum memulakan acara mewarna dan sukaneka....
 

 
Ni acara kegemaran ramai anak2 kita... acara rebut gula-gula.... ada yang masuk poket, ada yang masuk dalam baju dan ada jugak yang bawak plastik... hehehe, tak aci betul.... takpelah, saje seronok2....
 
 

salah satu acara wajib.... lari dalam guni....
 

Meriah tapi tak syok sikit, sebab ini kali pertama putera puteri aku menyambut hari keluarga tanpa ibunya... sebab kebetulan kena outstation... jadi, kuranglah sikit mood nak berseronok dan bersukaneka tu.... Kalau sebelum ni kami sekeluarga, masing-masing akan join 4 atau 5 acara, tapi kali ni setakat satu dua je... Aku macam biasalah, mesti join acara kemuncak -tarik tali... untuk acara tarik tali ni, sebagai juara bertahan buat tiga tahun berturut2, aku turun ke padang dengan gaya bersahaja... melangkah dengan penuh kondifen... sambil tu, aku dapat rasakan seakan setiap biji mata pihak lawan (yang juga jiran2 setaman) memandang setiap langkahku dengan penuh gerun bercampur dendam di dalam senyuman... Dan akhirnya.... keputusan tidak dijangka, kami tewas... tapi aku redha... setelah melakukan post-moterm, aku sedar betapa ketidakhadiran cik puan pada hari keluarga kali ini amat memberi kesan kepada kekuatan moral dan semangat dalam perjuangan tarik tali tadi.... hehehe... ok, kita lupakan pasal tarik tali dan post-moterm tu....


 

Putera puteri kami, Nur Jihan dan Hafiy hanya join satu acara je (pertandingan mewarna kategori 7-8 tahun)... tapi, alhamdulillah.... Nur Jihan berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ke 3 utk kategori perempuan.... memang dah jangka... Yang agak mengejutkan dan tak disangka2 -Hafiy pun muncul juara, utk kategori lelaki.... Jadi, kira adillah sebab kali ni balik rumah dua2 dapat bawak hadiah yang sama... masing2 dapat beg sekolah.... hehehe, jimat sikit bajet barang sekolah untuk tahun depan.... Tahniah buat Jihan dan Hafiy.....


 
Dah boleh start ke.... tak sabar dah ni nak kaler.....

 
 
Alah, kacang je ni.... kejap lagi siaplah....
 

Seorang lagi putera kami, Zair Iman pun join acara mewarna ni.... hebat jugaklah memandangkan usianya yang belum mencecah 3 tahun dah berani masuk untuk memberi cabaran buat abang dan kakaknya... Tapi Zair akhirnya tarik diri selepas 10 minit mewarna... aku tak pasti kenapa, mungkin Zair takut dia menang... dan pastinya kemenangan tu nanti akan mencabar kredibiliti abangnya Hafiy.... jadi dia bagilah peluang kat Hafiy untuk menang buat setahun dua ni.... hehehe...... biasalah, budak2 seusia tu, bateri diorang agak aktif utk 5 minit pertama je.... lepas tu mulalah bosan.......


 
Zair merajuk ke...

Masa balik rumah tengahari tu, sempatlah berposing depan pintu pagar... masing-masing happy sebab dapat hadiah besar kecuali Zair Iman yang takde apa2 nak dipegang.... itu yang buat muka masam je.... heheheh... sabar ye Zair, insyaAllah, suatu hari nanti Zair pun akan minat dan pandai mewarna macam abang Hafiy dan kakak Jihan....


Isnin, 4 November 2013

Hapy Birthday, Hafiy dah 7 tahun...





Wah... diam tak diam, semalam 3 November 2013 umur Hafiy dah genap tujuh tahun... Doa buat Hafiy, semoga Hafiy menjadi anak yang soleh dan sentiasa dirahmati Allah... membesar dengan sihat, cerdas dan bijak dalam pelajaran... insyaAllah...


Ini gambar sekitar hari kejadian... hehehe...




 
Kek istimewa buat Hafiy..........





 
Sempat jugaklah sambut secara sederhana kat rumah je... Pagi tu sempatlah keluar jap cari hadiah pilihan sendiri....  Kali ni Hafiy dapat transformers baru...hebat tak..???


 

Sabtu, 15 Jun 2013

Hari 'Report Card'...




Semalam ada hari 'report card' kat sekolah rendah agama Jihan dan Hafiy... atau nama rasminya Hari komunikasi dan menandatangani kad laporan... Alhamdulillah, komen yang positif dari cikgu masing-masing... Sesi utk Jihan belah pagi, so sebelum ke pejabat pagi tu, kami singgah dulu ke sekolah... Komen cikgu utk Jihan- "Jihan ni bagus, suka ajar kawan-kawan, kadang-kadang saya pun di tegur kalau silap baca atau eja kat papan hitam... kalau kat kelas, Jihan ni macam kakaklah..." Bila tanya pasal pelajaran, komen cikgu- "Dia belajar ok, tapi masa peperiksaan mungkin over confident, jawap dalam 15 atau 20 mnt lepas tu relax, tak semak.." Jadi hasilnya Jihan hilang peluang utk dpt nombor 1 sbb terkurang beberapa markah.. Tapi alhamdulillah, masih kekal dengan nombor 3...

Petangnya, kami dtg lagi ke sekolah utk Hafiy pulak... Komen cikgu, Hafiy ni banyak main.. Tapi bagusnya cikgu kata Hafiy dah lancar membaca jawi... alhamdulillah... risau jugak kami masa awal-awal sekolah dulu... Dari nombor 19 ujian bulan Mac hari tu, kali ni Hafiy berjaya meningkat ke nombor 12... ok lah tu...


Terima kasih cikgu...





Tetiba je gambar & cerita macam tak kena ye tak... sebenarnya itu gambar Zair masa tunggu ibunya jumpa cikgu kat kelas Hafiy... utk sesi petang, aku ngan Zair tunggu kat kereta je...






Khamis, 31 Januari 2013

Santai di Putrajaya...

 
 
 
Dah lama tak bawak anak-anak bersantai di Putrajaya.. 2 minggu lepas bawaklah diorang semua ke Dataran Putra... tak ke mana pun, saje lepaskan diorang berseronok & bebas bermain kat playground...
 
 
 
Simanja kami bertiga ni memang suka bermain kat playground. & diorang tak kisah walau sesimple mana atau kat mana sekalipun.... yang penting boleh berseronok... kena pulak masa datang tu, kami je yang ada kat situ....
 
 
 
Kenangan Jihan & Hafiy di tempat yang sama tahun 2007.....
 
 
Kali terakhir kami ke sini tahun 2007, masa tu umur Hafiy baru 5 bulan... Jihan pun baru nak masuk 2 tahun.... tak sangka pulak gambar kat atas ni masih elok dalam simpanan.... aku & cik puan pun kira muda jugak le masa tu... muda 6 tahun dari umur sekarang ni... hehehe...
 
 
 
Apa-apa pun, Zair le yang paling seronok........
 


Setiap kali bergambar, Jihan & Hafiy mesti nak tunjuk peace, & setiap kali tu le Zair mengira jarinya untuk buat peace jugak, tapi tak pernah betul... tetap keluar 3 jari.....

Rabu, 2 Januari 2013

Sekolah Dah Mula...



Hari ni 2 Januari 2013. Hari pertama untuk sesi persekolahan 2013. Hari pertama buat Hafiy belajar sebagai murid sekolah darjah satu. Hari pertama buat Nur Jihan bergelar murid darjah dua. Letih sungguh hari ni....



 

Hari ni jugak, kekadang rasa masa itu terlalu cepat, kekadang pulak rasa lambat sebab banyak sangat urusan dalam sekolah yang perlu diselesaikan & dalam masa sama, perlu menunggu anak-anak dari waktu pagi,  ke waktu rehat sampailah tamat sesi persekolahan. Maklumlah, hari pertama, kenalah temankan anak-anak, terutama buat Hafiy yang baru masuk ke darjah satu ni... Kena pulak Jihan dan Hafiy berbeza sesi pagi & petang. Sorang sekolah agama sorang kebangsaan. Namun, segala keletihan itu sangat memberi kepuasan sebenarnya. Itulah sebahagian tanggungjawab ibubapa dalam membesarkan anak-anak... Pinjam kata-kata cik puan pagi tadi... -Penatnya, tapi puashati & seronok sebab inilah detik terindah dalam membesarkan anak-anak. Bercuti semata-mata untuk menguruskan persekolahan anak-anak tanpa diganggu oleh sesiapa atau apa jua urusan lain... Emmm, betul jugak tu.... lagipun detik-detik ni tak akan datang lagi dah bila diorang dah masuk tahun 3, 4 nanti... sekali seumur hidup... Kalau ada pun masa hantar diorang masuk U nanti.... insyaallah...



Hafiy kata "tadi ada cikgu terlupa kelas, sebab dia masuk kelas Hafiy"..... Sebenarnya Hafiy ingat sekolah ni macam tadika dulu-dulu, sorang je cikgu yang mengajar... hehehe...


-

Isnin, 31 Disember 2012

Hafiy Masuk Sekolah...


Alhamdulillah... Hari Sabtu, 29 Disember, Hafiy dah mula bersekolah darjah satu... Kiranya hari pertama ni, hari pembahagian kelas dan perkenalan untuk murid dajah satu selain hari untuk ibubapa menyelesaikan urusan yuran, pembelian buku, alat tulis dan sebagainya.
 
Hafiy Nampak bersemangat di hari pertama...
 
Sebagai ibubapa, tiada lain yang diharapkan selain anak kedua kami ni dapat belajar bersungguh-sungguh dan menjadi anak yang bijak, cerdas dan cergas serta berjaya dalam pelajaran, insyaAllah...
 
 
Zair seronok dapat ikut hantar abang Hafiy masuk sekolah, tapi kesian kat Jihan sebab terpaksa ikut jugak walaupun demam...
 
 

Jumaat, 7 Disember 2012

Hafiy vs Ujian Diagnostik



Beberapa minggu lepas, Hafiy ada menduduki ujian Diagnostik untuk menentukan kedudukan kemahiran murid selain kelas darjah satu tahun depan... Kalau ikut pengalaman masa kakaknya, Jihan dulu, ujian ni dibuat beberapa hari sebelum hari pertama persekolahan..... Tapi kali ni awal pulak, so kuranglah sikit persediaan anak-anak kami semua yang hadir hari tu... Kena pulak Hafiy baru je beberapa hari menyambut hari lahirnya ke 6 tahun....



Beberapa hari sebelum tu sempatlah buat ujian simple untuk Hafiy kat rumah. malam sebelumnya pun sempat buat sikit... Tapi sebab kita tak tahu ujian Diagnostik tu macam mana, so buat jelah soalan-soalan mudah yang sesuai untuk Hafiy...





Kami tak boleh nak agak macam mana keputusannya... sebab hafiy ni kekadang suka buat kejutan... hehehe.. so, apa pun keputusan dan kedudukan kelasnya nanti, kami redha.... Yang penting bagi kami ialah memastikan anak-anak mendapat didikan dan bimbingan yang sepatutnya di alam persekolahan nanti....





Semoga berjaya..... insyaAllah....
 

Selasa, 6 November 2012

Konvokesyen Hafiy...



Pagi tadi berlangsungnya Majlis Konvokesyen Tadika YADIM Putrajaya... Kira ni konvo kedua untuk Hafiy... Cuma kali ni nampaklah dia & kekawan seumurnya (6 tahun) betul-betul dirai...


Majlis bermula jam 8.30 dan selesai lebih kurang jam 12.... Seperti konvo tahun lepas, kali ni banyak jugak acara persembahan dari semua pelajar-pelajar 4, 5 & 6 tahun.... Kali ni Hafiy tak terlepas...biasalah, kebanyakan persembahan melibatkan pelajar 5 & 6 tahun...



Tahun lepas kami raikan konvo Jihan & Hafiy sekeluarga, seronoklah.... Tapi kali ni punya konvo kurang meriah buat kami sebab cik puan takde... kena outstation ke Pahang.... Kakak Jihannya pulak kena ke sekolah sebab ada penyerahan buku teks... takpelah Hafiy ye, Ibu boleh tengok gambar-gambar Hafiy ni kat blog.... hehehe....



Terasa syahdu sikit masa kemuncak acara, dengan iringan lagu anak soleh dendangan kumpulan aeman, semua pelajar 6 tahun diberikan dua kuntum mawar di pentas... masing-masing turun sambil menuju kepada ibu & ayah, bersalam & menyerahkan mawar tu.... sedih sikit sebab ibu Hafiy takde bersama masa tu....




Tahun depan Hafiy dah mula bersekolah rendah... semoga Tadika YADIM yang didudukinya semenjak umur 5 tahun ini dapat membantu dan memberi sedikit sebanyak persediaan dalam menempuhi alam persekolahan sebenar..... InsyaAllah


Isnin, 5 November 2012

Hafiy Dah 6 Tahun!!!...

 


Alhamdulillah, umur Hafiy dah genap 6 tahun 3 Nov lepas... Hafiy ni manja sikit berbanding kakaknya Nur jihan yang nampak jauh lebih matang walaupun usianya baru menganjak 7 tahun 5 bulan... Maklumlah Hafiy ni lama sangat jadi anak bongsu agaknya, 4 tahun lebih....




Sebenarnya kami dah celebrate awal, masa balik cuti aidiladha kat Johor hari tu... Saje nak bagi kejutan dengan kek Boboiboy...

Oklah, semoga Hafiy dikurniakan kesihatan yang baik, ahklak yang terpuji, ditambahkan rezeki serta menjadi anak yang soleh, insyaAllah......


 

Selasa, 11 September 2012

LawaKini::Kereta Tiga Tingkat::

 
 
 
 
Kejadian dirakamkan beberapa minggu lalu... Masa keluar dari pintu tadikanya ke kereta, aku sempatlah minta pendapat Hafiy pasal nak beli Viva...
 
Aku     : Hafiy, kalau abah beli kereta macam tu ok tak...? -sambil tu jari aku menunjukkan perodua viva tak jauh dari situ...
 
Hafiy    : Emmm, ok je... tapi macam kecik sangat. kan Hafiy dah kata, abah belilah kereta tiga tingkat.. Hahhh, macam tu... barulah lesa (selesa).... -sambil dia pulak tunjukkan kat aku perodua alza betul-betul kat depan viva tadi tu...
 
Aku     : 3 tingkat...? Oh, tiga tingkat ke tiga tingkap...?
 
Hafiy   : TIGA TINGKAT lah Hafiy kata! bukan tiga tingkap...
 
Aku    : Hafiy, tiga tingkat tu... untuk rumah, hah tengok tu -1 tingkat, 2 tingkat, 3 tingkat.... -aku tunjukkan bangunan kuarters kat sebelah kami...
 
Hafiy  : Oh ye tak ye... betullah, tiga tingkap...
 
Aku    : Ohhh, Hafiy nak suruh abah beli kereta yang panjang macam tu ke, macam kat sana tu, sana tu... aku tunjukkan beberapa MPV yang ada kat kawasan tu...
 
Hafiy   : Hahhhh, itulah Hafiy nak kata....
 
Aku    : Ok lah Hafiy, kita simpan duit banyak-banyak dulu, nanti kita boleh beli kereta tiga tingkap.... (Dalam otak aku tertanya-tanya -Hafiy ni kecik-kecik lagi dah pandai berangan nak beli MPV, ingat macam beli mainan dia je ke...?)
 
 
-

Rabu, 20 Jun 2012

LawaKini::Mesin Duit::





Kejadian dirakamkan pada jam 5:23 petang. Lokasi, -Presint 16 Putrajaya. Saksi kejadian, -aku sendiri... Petang tu aku jemput hero sulung aku, Hafiy balik dari Tadikanya... Keluar je, dari pintu sekolah 'kejadian' itu pun bermula...

Hafiy   :    Abah, saya nak pergi kedai!!?
                 (Memang ada kedai berhampiran tadika tu)
Aku     :    Nak beli apa...?
Hafiy   :    Saya nak air kotak, tekak saya ni macam kering...
Aku     :    Alah, tak payahlah... sampai rumah nanti kita minumlah... Abah takde duit ni...
Hafiy   :    Abah ni, kan Hafiy dah kata... kita beli je MESIN DUIT(mesin ATM), nanti senanglah kita nak ambik duit. Abah kan ada kad....
Aku     :    Hah! beli mesin duit....!!!?

Sambil tergelak, aku cekik-cekik manja leher si Hafiy tu....


Sekian.....

Rabu, 16 Mei 2012

Terima Kasih Cikgu......



Teringat zaman sekolah dulu-dulu.... Setiap kali tibanya 16 Mei, semua cikgu2 akan berbaris bak pasukan koir kebangsaan kat depan perhimpunan & menyanyikan lagu Guru Malaysia.... Walaupun setahun sekali je dengar lagu tu berkumandang secara live, tapi melodinya tetap segar & terngiang2 sampai sekarang.... terutama lirik pembukanya -Kami Guru Malaysia..........

Betapa besar & tingginya tanggungjawab seorang guru... Mendidik, membimbing & mencorak masa depan anak-anak kita.... Betapa besarnya kesan & pengaruh seorang guru kepada anak-anak, hinggakan setiap perkataan & ayat yang keluar dari peti suaranya akan diingat & dipatuhi oleh anak-anak... "Ibu, cikgu kata....." "Abah, cikgu kata..." semuanya cikgu itu kata, cikgu ini kata...

Hadiah Hari Guru buat guru-guru kelas Nur Jihan...

Untuk sambutan Hari Guru tahun ni, putra putri kami pun tak ketinggalan meraikannya... memang kami dah asuh anak-anak semenjak umur tiga tahun lagi masa di pusat jagaan supaya menghormati & mendengar nasihat guru & cikgu2... Setiap tahun ada je kad & hadiah untuk pengasuh2 nya sempena hari guru... Untuk tahun ni, Nur Jihan sejak awal minggu lepas dah pesan untuk sediakan hadiah cikgu2 nya sempena hari guru... Hafiy pun sama, tak habis2 pesan untuk belikan kek buat cikgu tadikanya... kek...? hehehe....


Hadiah dari Hafiy buat cikgunya...
Tingginya darjat seorang guru. Ianya jelas, seperti kata-kata Saidina Ali Abi Talib,"Siapa yang pernah mengajar aku walaupun satu huruf, maka jadilah aku hamba kepadanya"....

Ada juga ungkapan.... "If a doctor makes a mistake, it will kill a life.... but, if a teacher makes a mistake, it will kill a generation...." ehmm, betul juga tu...

-Serangkap lirik dari Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita.............


Terima kasih Cikgu.....






Khamis, 12 Januari 2012

Cuti Hujung Tahun...

-
Ini cerita beberapa minggu sudah.. Kami bercuti hujung tahunlah kononnya... Saje, nak bagi seronok kat anak-anak.... Padahal seminggu sebelum tu dah bercuti kat Cameron Highland pun....
-
Tengoklah tu, Hafiy boleh pulak tulis nama dia terbalik...
-
Anak dara kami suka bercuti & jalan-jalan terutama sekali kalau dapat duduk hotel... Anak bujang pulak suka bermain pasir kat pantai.... jadi, hujung-hujungnya kami pun berpicniclah kat pantai Port Dickson... Tapi duduk hotel kat Seremban sebab hotel semua dah penuh... Tak kisahlah, yang penting kami semua puas hati dengan percutian kali ni walaupun sehari semalam je....
-
-
Tak dapat nak bercerita panjang, biarlah gambar-gambar kenangan ni menceritakan segalanya....
-
-

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...