Klik je...!!!

Rabu, 29 Disember 2010

Kunjungan Istimewa Ayah & Bonda...



Sehari selepas kami dikunjungi oleh saudara mara dari Johor Bahru, hari ini kami dikunjungi pula oleh kedua orang tua aku dari Kota Tinggi... Satu kunjungan yang tak disangka-sangka... Kebetulan menumpang adik yang balik bercuti...

Hai!! umur saya dah 2 minggu...


Kunjungan istimewa ni tak lain tak bukan tentu sekali nak melawat cucu baru dalam keluarganya...tak puas setakat tengok gambar dalam blog je... Zair Iman ni cucu kesebelas dalam barisan cucu keluarga kami.. cukup-cukup untuk satu team bola... serupa macam belah isteri, pun yang kesebelas, sebab 'simpan' satu... Apa-apa pun ribuan kemaafan buat kedua orangtuaku kerana tidak dapat melayan mereka sebaik mungkin atas kekangan kerja yang terlalu padat di pejabat walaupun 2010 dah hampir ke penghujungnya... memang tak boleh nak ambil cuti, walaupun EL... Takpelah, walaupun kunjungan mereka hanya dua malam, sekurang-kurangnya 'kejayaan' dapat berkunjung ke rumah ini meredakan sedikit rasa rindu pada anak & cucu yang bermastautin di luar dari sempadan negeri Johor ni, hehehe..., selain misi utamanya melihat cucu baru...



InsyaAllah jika ada kelapangan hujung minggu ni, memang kami plan nak balik ke Johor sekejap... tapi sebelum balik tu, kenalah aku settlekan dulu kerja-kerja yang tertangguh, barulah lapang dada & fikiran masa bercuti nanti....

Isnin, 27 Disember 2010

Rutinku Sebagai Tukang Kebun... Tak bertauliah


Walaupun sibuk dengan ahli baru dalam keluarga, rutin harian & tanggungjawab aku sebagai tukang kebun di laman sendiri tetap dilaksanakan seperti biasa... Walaupun sekarang ni musim hujan, pokok-pokok masih perlu di siram, terutama untuk pokok berpasu & pokok-pokok yang aku letakkan di kawasan berbumbung... walaupun hujan, tak semestinya air yang singgah ke pasu tu cukup untuk menampung keperluannya... Seminggu dua ni, pokok-pokok kelihatan subur, mungkin kesan dari cuaca yang agak lembab sekarang ni...


Ada satu dua pokok tengah aktif berbunga sekarang ni, ada pulak yang tak henti-henti nak berbunga, alhamdulillah... Sebenarnya di awal aku berkecimpung dalam seni berkebun ni, aku lebih cenderung pada pokok-pokok daun, maknanya pokok hijau je... lama-kelamaan aku mula berminat pada beberapa jenis pokok berbunga... itu pun bermula dengan kockeana & orkid hutan hadiah isteri tersayang... kalau tidak mungkin sampai sekarang laman rumah ni hanya penuh dengan kehijauan jelah...



Sama ada spesis bunga atau spesis daun, kedua-duanya memerlukan penjagaan yang betul & sempurna... serupalah macam kita nak buat satu pokok menjadi bonsai... kalau tak kena teknik & seninya, memang tak menjadi... sampai sekarang aku masih terkial-kial nak membonsaikan pokok ..... Takpe, aku masih belajar...


Minggu lepas aku perasan orkid hutan pemberian isteri yang lama menyepikan diri ini mula menunjukkan tanda-tanda untuk berbunga, alhamdulillah... seronok betul... lama tu lebih kurang setahun setengah kami menunggu... Ilmu menjaga orkid ni perlu aku pelajari dengan mendalam... menjaga orkid-orkid yang special macam ni tak sama macam kita tanam orkid-orkid kampung... tak kena caranya memang tak berbunga... Satu perkara je yang aku tahu tentang orkid, perlu kerap dibaja kerana itulah sumber makanannya... yang ini pun aku masih belajar.... banyak juga rupanya ilmu seni perkebunan yang masih perlu aku pelajari... maklumlah, tukang kebun tak bertauliah... sebenarnya, apa pun yang ingin kita lakukan, semuanya memerlukan ilmu & kemahiran... baru kita boleh berjaya....

Syabas Malaysia... Tak Sangka Pulak 3-0...

Golllllllllllllllllllllllllll!!!!!!!!!! Semangat penyokong Malaysia... Dalam stadium semuanya satu suara walaupun masing-masing tak kenal.... Ini jeritan gol ke3 & terakhir untuk malam tu...
-
Aku tak pasti ini kali ke berapa aku ke stadium Bukit Jalil... yang aku ingat kali pertama dulu, masa perasmian stadium & pembukaan SUKOM 98...tak sangka pulak kali ni aku boleh teringin nak tengok final bola Malaysia vs Indonesia... dua negara serumpun yang berkongsi sebahagian nilai & budaya nusantara... memang meriah...


Suasana di sekitar stesen LRT Bukit Jalil.... sesak betul...

Memang sejak awal aku dah plan pergi dengan pengangkutan awam je... biasalah, kalau ada lawan bola kat bukit jalil, pukul 4 atau 5 petang, kereta memang tak bergerak dah kat highway sungai besi tu... nasib baik aku terfikir nak naik ERL & LRT... so, dari Putrajaya aku ambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke stadium tu...

Dua rakan sekerja aku yang sama-sama terjebak...

Suasana meriah memang boleh nampak sejak tak stesen ERL lagi... Sampai je kat Bandar tasik selatan, wah! bertambahlah lagi kemeriahan tu... penuh dengan penyokong kedua-pasukan... bila sampai LRT Bukit jalil pulak...wahhhh!! lautan manusia... itu baru kat stesen LRT, belum masuk stadium lagi....
-
PANAS... tak sangka pulak penonton kita berupaya 'memanaskan' suasana kat stadium tu dengan macam-macam gelagat tak diduga...
-
Tak perlulah aku ulas tentang perlawanan malam tadi... satu je kesimpulannya, hangat & sangat membanggakan... yang penting kedatangan aku ke stadium tak sia-sia sebab Malaysia menang 3-0... walaupun suasana dalam stadium agak hangat, di luar stadium semuanya ok...

PADAT... setiap inci ruang yang ada dipenuhi dengan penonton...
-
Esoknya, confirm semua hilang suara... apa-apapun, tahniah buat pasukan negara... semoga berjaya di Gelora Bung Karno, insyaAllah.....

Ahad, 26 Disember 2010

Lawatan Keluarga Dari Johor Bahru...... Meriahnya Anak-anak Dapat Jumpa Geng...

Inilah seluruh ahli keluarga sebelah isteri, dari Johor Bharu...
-
Hari ni kami dikunjungi oleh seluruh ahli keluarga belah isteri yang datang dari Johor Bahru... Semuanyalah, mak long, mak ngah, pak uda & mak su... Sesekali rumah dikunjungi oleh sedara-mara macam ni memang seronok... maklumlah, kami suami isteri ni anak jati Johor, jadi kaum kerabat semuanya dah tentu jauh di sana, nak dapat suasana riuh rendah dengan jeritan dan gurauan anak-anak buah macam ni memang jarang sekali... meriahlah rumah kami & yang paling seronok tentunya Jihan & Hafiy sebab ramai sepupunya yang hampir sebaya dengan umur diorang yang dapat diajak bermain... memang meriahlah diorang sebab dapat jumpa & bermain sepuas hati...
-
-
Tujuan kedatangan, tentu sekali nak melawat mak teh(isteri aku) & Zair Iman... Maklumlah cuti sekolah, bolehlah buat lawatan sambil bercuti... lepas ni dengar-dengan diorang nak sambung bercuti ke Malaka (main go-kart)... wah! seronok tu...



Untuk Hafiy pulak, inilah masanya dia nak berkongsi seronok dengan semua sepupunya, sebakul barang permainannya dilonggokkan... nasib baik lagi dua kotak yang ada dalam biliknya tu besar sangat, kalau tidak mesti diangkutnya sekali....
-
Walaupun kehadiran mereka terasa agak singkat, yang pasti kunjungan mereka amat menceriakan kami sekeluarga... hari kedua mereka bertolak ke Melaka kecuali mak mertua yang terus setia menemani isteri aku dalam tempoh awal berpantang ni... insyaAllah, lepas siap sesi berurut nanti bolehlah kami menemaninya pulang ke Johor Bahru...
-
Terima kasih buat mak long, mak ngah, pak uda, mak uda, mak su serta semua anak-anak buah (amin, aiman, aqilah, baqir, haziq, afif, muiz) yang meluangkan masa mengunjungi kami sekeluarga... Terima kasih tak terhingga juga khusus buat mak mertuaku yang telah hampir tiga minggu menemani kami sekeluarga... Jasamu hanya Allah yang dapat membalasnya...

Isnin, 20 Disember 2010

Yehhh, ibu nak balik...!!!

Baby zair di pangkuan atok maknya...

Yehhh, Ibu nak balik...!! itulah reaksi anak-anak bila dapat berita ibu & adik barunya nak balik ke rumah... mana taknya, setelah 4 hari ulang alik hospital... Hari kedua baby Zair di hospital, doktor sahkan ada sikit jaundice... tapi terkawal... Yang sebenarnya baby pun kena duduk wad 4 hari sebab ibunya yang kena tahan akibat komplikasi jantung masa bersalin hari tu... Doktor kata, memang prosedur kat hospital, 5 hari duduk wad kalau melibatkan jantung... kami tak mahu ambil risiko, lebih baik duduk wad, sekurang-kurangnya ada pemantauan khusus dari doktor & jururawat... Jadi selepas lima hari di hospital, doktor kata boleh balik tapi masih kena buat foolow up & rujuk kat pakar.. ok lah tu...


Setelah 4 hari duduk kat wad, akhirnya baby Zair dapat tidur kat katil empuknya di rumah... selesanya...

Kesian jugak tengok baby kena letak bawah lampu biru ni... Tapi untuk kebaikannya, terima je...


Urusan kami dengan hospital & klinik kesihatan belum tamat setakat ini je.. baby masih perlu diperiksa darah lebih kerap... Apapun bagi aku, jaundice ni perkara yang biasa untuk bayi yang baru lahir... serupa macam kakak & abangnya dulu... yang penting perlu dipantau & baby tak demam.. insyaallah, semoga semuanya sihat & selamat...

Rabu, 15 Disember 2010

Hari Pertama Di Wad...

"Inilah Keluarga baru kami... sorang lagi yang tengah pegang kamera tu..."
-
Setelah komplikasi pada jantung agak stabil sambil melalui pengalaman bermalam di bilik bersalin, hari kedua ibu & anak dimasukkan ke wad... Bila dah masuk ke wad, inilah peluang aku membawa Kakak Jihan & Abang Hafiy melawat ibu & baby Zair di hospital.. Bukan main seronok diorang dapat tengok adik yang selama ini hanya dapat diusap-usap di perut ibunya :) lebih-lebih lagi si Hafiy, geram tengok betul dia tengok baby Zair macam nak telan... Aku tak salahkan Hafiy, tapi disebabkan ketembaman pipi Zair, tentu sekali Hafiy tak terdaya nak melawan kehendak hatinya untuk memicit & mencubit pipi adiknya... :)
-
"Adik, abang nak cubit pipi sikit boleh tak...?"
-
Hari kedua di wad.. Inilah peluang kami melawat baby zair & ibunya... Tengok Hafiy tu, geram betul dia tengok adiknya...

Eloklah kalau Jihan & Hafiy dapat menerima kehadiran adiknya dalam keluarga dengan reaksi yang begitu... Bukan apa, Hafiy ni walaupun umur dah masuk 4 tahun, masih sangat rapat & manja dengan aku, maklumlah... 4 tahun hidup & dilayan sebagai anak bongsu... ayat wajib yang biasa disuarakan selepas mandi-"Abah, nak kokong".... wajib... ya, wajib sampailah sekarang ni, kalau tidak memang mencemeklah mukanya... Tapi sejak sehari dua ni apa yang berlaku macam susah nak percaya.. Bila siap mandi, lepas lap badan dengan tuala aku buat macam biasalah, ready hulurkan tangan untuk dokong.. tapi ayat lain pulak yang keluar... -"eh, Hafiy dah besarlah, Hafiy kan abang....!!" Apa-apapun, semoga kehadiran ahli baru ni akan menambahkan lagi keceriaan & kebahagian dalam hidup kami... InsyaAllah, semoga diberkati & ditambahkan lagi rezeki kami sekeluarga...



Tengoklah baby zair ni, umurnya baru 20 jam, tapi dah macam lebih 20 hari lahir ke dunia ni... sampai ada doktor & jururawat yang kata ibunya mungkin tersilap kira untuk menentukan tarikh kelahiran, padahal diorag yang tersilap perkiraan menentukan berat bayi dalam kandungan... Dah le tembam, rambut pun lebat... Takpelah, yang penting sihat...

"Jihan nak asuh adik Iman ni biar jadi bijak macam jihan juga..."

-

"Nak kokong adik boleh tak....?

Takut ada, kelakar pun ada bila dengar cerita pengalaman isteri bermalam di bilik bersalin... takut bukan sebab cerita-cerita seram, tapi sebab rengetan ibu-ibu bersalin dicampur dengan suara para dokrot & jururawat yang tak henti-henti memberi kata semangat & sokongan moral serta suara-suara mereka meraikan kejayaan ibu-ibu bersalin tu dengan selamat...

Terima Kasih Hospital Putrajaya...

Situasi di Hospital Putrajaya sekarang memang jauh berbeza dengan situasi 4 tahun lepas semasa kami ke sini untuk kelahiran Muhammad Hafiy... Pertambahan bilangan penduduk & penjawat awam yang semakin ramai memenuhi kuarters di sini menyebabkan kesesakan yang boleh dikatakan serius bukan sahaja pada tempat letak keretanya, tetapi pada bilik bersalin & wadnya... Jadi, sesiapa yang terpaksa dirujuk ke hospital lain, terimalah kenyataan itu dengan redha... Mungkin selepas sedikit pembesaran dilakukan, kesesakan ini akan berkurangan...

Masih cerita tentang hari kelahiran Muhammad Zair Iman... Alhamdulillah... Walaupun terpaksa bertarung nyawa mengharungi sakit bersalin yang tak dapat aku bayangkan, yang penting kedua-duanya selamat... Ini kali kedua aku menyaksikan situasi saat isteri melahirkan anak (kelahiran anak kedua melalui pembedahan)... walaupun kali ini hanya sebahagian sahaja, dapat juga aku bayangkan betapa besar risiko yang diambil oleh kedua-dua pihak (Ibu yang bersalin serta pihak yang menyambut kelahiran)... kerana melibatkan nyawa seseorang... Aku pasti, setiap yang terlibat pasti akan melakukan sebaik mungkin walaupun ada masanya kita tersilap perkiraan...

Aku cuba bayangkan, kalau dalam sehari hampir sepuluh bayi dilahirkan atau mungkin lebih(di Hospital ini)... bermakna banyaklah risiko melibatkan nyawa yang terpaksa diambil oleh pihak hospital... Ini baru cerita tentang menyambut kelahiran bayi, belum lagi tentang penyakit-penyakit lain, pembedahan & sebagainya...

Walaupun kedua-duanya masih berada di dalam wad, yang penting semuanya selamat, insyaAllah.. layanannya pun amat baik... Sebagai penghargaan, kami sekeluarga mengucapkan Terima kasih tak terhingga buat semua doktor & jururawat yang terlibat menyambut kelahiran baby Zair.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian...

Selasa, 14 Disember 2010

Alhamdulillah... Muhammad Zair Iman Selamat Dilahirkan...


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.... Alhamdulillahirabbil a'lamin.... setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT... Setelah hampir 7 jam menahan kesakitan yang aku sendiri tak terdaya untuk menangungnya, akhirnya isteri tersayang berjaya melahirkan seorang bayi comel yang telah sepakat untuk kami namakan MUHAMMAD ZAIR IMAN.. tepat 2.40 ptg, Isnin, 7 Muharram 1432H(13122010). Zair selamat dilahirkan secara normal tapi terpaksa vacum disebabkan saiznya yang agak besar berbanding tubuh ibunya yang hanya seberat 52kg (hanya naik 4kg sejak awal mengandung hingga saat melahirkan)... maknanya tak payah susah-susah untuk slimkan badan lepas bersalin ni... :)

Kalau ikutkan kami dah datang hospital Putrajaya jam 10.00 malam, tapi lepas doktor buat pemeriksaan & kata belum ada tanda-tanda, kami pun balik rumah jam 2 pagi... Tapi tak lama, lepas subuh kami datang balik ke hospital sebab rasa sakit tu semakin kerap.... Sampai-sampai kat hospital lebih kurang jam 7.50 pagi, kerani kaunter tu suruh kami berdua ke HUKM atau ke Hospital Kajang... Terus berubah air muka kami apabila membayangkan yang kami akan terpaksa mengharungi kesesakan jalanraya diwaktu puncak orang ramai ke tempat kerja dengan jarak yang agak jauh... & yang paling penting isteri aku yang terpaksa menanggung kesakitan dengan juraian airmata...


Aku kata takpe, cek dulu status isteri aku, manalah tau kalau kami terus ke HUKM atau Kajang tapi masih belum tiba masa untuk bersalin bukan ke membuang masa & 'menambah derita' je ke sana... Dalam pukul 8 tu isteri aku pun masuk ke tempat pemeriksaan... Jenuhlah aku menunggu, sejam, takde kabar berita, dua jam masih takde khabar berita.... tiga jam, empat jam, lima jam... masih sama jugak... ahkirnya selepas enam jam 30 minit aku dipanggil untuk menemani isteri yang hampir bersalin... akhirnya 10 minit selepas itu, segala penantian & kesakitan berakhir.... dalam aku rasa bersyukur & gembira tu tertanya-tanya juga kenapa boleh pulak bersalin kat sini, pagi tadi kata kena rujuk ke UKM... takpelah, aku senyapkan je.. yang penting semuanya selamat...
-

Detik Mencemaskan...

Kelahiran bayi yang agak semangat & besar saiznya menyebabkan proses kelahiran secara normal tu agak sukar & kesakitan yang dialami menyebabkan sedikit komplikasi pada jantung si ibu... degupan jantung terlalu laju hingga tidak sedarkan diri.... tapi alhamdulillah, lepas dikerumuni oleh beberapa doktor pakar dalam satu keadaan yang amat mencemaskan kira-kira jam 5 ptg tu, akhirnya isteri aku kembali sedar & stabil... Buat masa ni isteri aku masih di Labour room untuk memudahkan pengawasan doktor-doktor pakar...

Kali kedua menyaksikan saat kelahiran, aku bertambah insaf betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.... Bermula dari kita di dalam kandungan, dilahirkan & hinggalah kita dibesarkan menjadi seorang manusia dengan kehidupan yang serba sempurna... Terima kasih tak terhingga buat isteriku... & terima kasih buat Ibu di kampung serta semua ibu-ibu di dunia ini..

Aku tak pasti apa maksud isyarat satu yang cuba disampaikan oleh Zair waktu ni... Mungkinkah dia maksudkan Allah yang satu, itu dah tentu.... atau mungkin juga 1 Malaysia... & tak mustahil juga dia cuba ingatkan aku supaya tak terlepas solat Zohor sebab asyik leka je tengok dia ngan ibu kat labour room...


Sedikit info mengenai hero baru dalam keluarga kami....


MUHAMMAD ZAIR IMAN
7 MUHARRAM 1432H (13 DIS 2010)
2.40 ptg
HOSPITAL PUTRAJAYA
NORMAL
Berat Lahir 3.9 KG
Tinggi- tak sempat ukur... :)


Alhamdulillah.....

Rabu, 8 Disember 2010

Salam Maal Hijrah...


Salam Maal Hijrah buat semua... semoga tahun baru 1432H ini membawa banyak kebaikan, keberkatan & terus berazam untuk memperbaiki apa jua kelemahan diri yang selama ini membelengu diri & hati kita... Kalau nak dicerita kelemahan diri, terlalu banyak & tak terhitung rasanya... walaupun kita tahu, kita hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan serta banyak kelemahan & kekurangan, namun kita tetap tergolong dalam mahlukNya yang dikurniakan akal untuk kita berfikir & membezakan mana yang baik & buruk...



Aku yakin, tak ramai dari kita bercerita pasal azam tahun baru untuk tahun Hijrah, berbeza dengan tahun baru masihi... Tapi sekurang-kurangnya jika kita ada memasang niat untuk memperbaiki amal ibadat atau menunaikan kewajipan dengan sempurna, itu pun dah cukup baik... semoga perjalanan kehidupan kita di tahun baru ini dilimpahi dengan kebaikan & keberkatan Allah, terutamanya rezeki kesihatan & kesempurnaan hidup... insyaAllah...

Rabu, 1 Disember 2010

Kenapa Saya Suka Rumah Saya...?


Ingat lagi tak iklan Petronas 'Kenapa saya suka rumah saya...?' hehehe.. macam-macam jawapan budak tu bagi.. Konsep' rumah saya' dalam iklan tu tentu sekali merujuk pada negara Malaysia... -Kenapa saya sayang negara saya.. betul tak...? memang sesuailah konsep tu untuk ulangtahun hari kemerdekaan.....
-

Kenapa saya suka rumah saya...? Persoalan yang tiba-tiba terbit dalam fikiran aku bila teringat ayat yang sering diungkapkan oleh anak lelaki aku, -Hafiy...Bila kita bawak ke tempat yang kurang menyeronokkan dia... ayat standardnya- "alah..! shaya nak balik rumah shaya..., shaya taknak pegi shini..." bila di tanya lagi, dia jawab-"ya, shaya suka rumah kita"... walaupun susunan ayat & intonasi yang dilontarkan nampak lembut & bersopan santun, tapi maksud tersiratnya memang sangat tajam & makan dalam... lebih-lebih lagi kalau ayat tu disebut depan tuan rumah yang kita kunjung... nasib baiklah budak-budak lagi... Tapi biasanya lepas sejam dua seronoklah pulak dia duduk situ... terutama bila dah jumpa kawan-kawan sebayanya... berlari kesana-kemari tak ingat dunia...



Ada baiknya bila anak-anak lebih suka duduk di rumah sendiri.. Bukan anak-anak je, tapi kita sekeluargalah... kena dengan konsep Rumahku Syurgaku... Kalaulah budaya tu dapat diterapkan seawal mungkin, hinggalah usia anak-anak meningkat remaja, dewasa, kan bagus... takdelah budaya berpeleseran & membuang masa tak tentu hala... masa kecik ni kita nampak depan mata, tapi akan datang memang tak terkawal... kita tahu sebab kita semua pernah jadi remaja... cuma masalahnya apakah cara untuk kita pastikan rumah kita adalah 'syurga' untuk kita sekeluarga... tempat yang paling seronok untuk anak-anak berehat & bersantai.. tempat untuk mengadu, meminta pendapat & menyelesaikan masalah... senang cerita tempat paling sesuai untuk anak-anak membesar... Ada juga sesetengah orang yang aku dengar tak suka atau berat hati untuk lepaskan anak-anak bersekolah diasrama sebab tak mahu berpisah & nak tengok anak-anak membesar depan mata & di rumah sendiri kecuali ke universiti... &, ada juga yang sebaliknya, anak-anak yang tak mahu duduk jauh dari mak bapak... pada aku, Itu bukan masalah besar, terpulang pada pendapat masing-masing...



Adakah cukup dengan menyediakan rumah yang besar & mewah?, adakah cukup dengan membelikan mereka setiap sesuatu yang diinginkan?, atau adakah cukup dengan sekadar memastikan rumah kita cantik, bersih dan kemas, teratur dsb...? sama-sama kita fikirkan... yang pasti semua itu belum tentu menjanjikan kesoronokan untuk kita berlindung didalamnya selagi tidak wujud suasana harmoni dalam keluarga... Macamana pulak kita nak wujudkan suasana harmoni..? kita fikir lagi sekali... kali ni kita pinjam konsep iklan Petronas tu -"Kenapa saya suka rumah saya...?" Kalau rumah dalam iklan di merujuk kepada negara, sekarang kita pinjam konsep tu keseluruhannya... Kenapa saya sayang negara saya? sebab dia aman & makmur, tiada huru hara, tidak berkecamuk, ada peraturan & undang-undang, sikap saling menghormati, ekonominya yang stabil, hubungan baik dengan negara-negara jiran dsb... macam-macam jawapan kita boleh bagi... kalau masih belum dapat jawapan kenapa perlunya untuk 'saya suka rumah saya', fikir, fikir dan teruskan berfikir... zaman sekarang ni berfikir pun kena kreatif... ada inovasi & pembaharuan... barulah kita boleh maju...
-
Saje aku selitkan gamabar-gambar burung dengan rumah impian masing-masing. Tak sangka burung tempua pun boleh buat sarang ikut konsep KLCC. Memang kreatif... Merpati pulak macam memang dah serasi duduk 'pangsapuri'... Belatuk macam biasalah, tebuk lubang kat pokok kayu.... Bila terpandang gambar-gambar ni kat internet minggu lepas, aku turut sama terfikir, burung yang tidak dikurniakan akal pun pandai mencipta keseronokan untuk hidup berkeluarga dengan binaan 'rumah' dengan cara masing-masing.. maknanya kita sebagai manusia harus lebih jauh dari itu...

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...