Klik je...!!!

Isnin, 31 Disember 2012

Gotong Royong Tabika...

 

Semalam ada gotong royong kat taman perumahan kami. Gotong royong memang selalu diadakan sekurang-kurangnya dua tiga bulan sekali untuk memastikan taman kami bersih selain mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk. Cuma semalam kami bukan bergotong royong macam selalu, tapi membersih, mengecat dan mengindahkan sebuah rumah yang bakal dijadikan Tabika Perpaduan menjelang musim persekolahan 2013 ni...
 
 
 
Alhamdulillah, walaupun taman kami kecil dan mungkin agak terpencil, tapi hubungan erat, kesungguhan dan kerjasama yang ditunjukkan penduduk di sini amat membanggakan. kami kini telahpun mempunyai surau, taman permainan, deretan kedai, persatuan penduduk yang aktif, Rukun Tetangga dengan Skim Rondaan sukarela, dan terbaru, Tabika untuk anak-anak di sini.... rasanya kemudahan yang ada kini sudah mencukupi buat kami hidup selesa dengan aman dan harmoni... insyaAllah
 
 
 
Dengan latarbelakang dan kerjaya berbeza, kami bergotong royong mengikut kemampuan dan kepakaran masing-masing... Bermula Sabtu malam, lepas tu sambung ahad pagi hingga petang. kami selesaikan yang asas dulu seperti membersih, mengecat, wiring untuk kipas lampu dsb... Insyaallah akan dicantikkan dengan mural-mural yang sesuai selepas ini... aku pun sekarang ni tengah sediakan design-design tu...
 
Dulu-dulu, pernah jugak berborak dengan cik puan pasal membeli rumah baru. Persoalannya, Jika ditakdirkan kami terpaksa berpindah atau membeli rumah baru yang lebih besar dan selesa suatu hari nanti, adakah kami akan memiliki komuniti dan jiran tetangga yang sama seperti apa yang kami miliki sekarang??? mungkin tidak....
 

Hafiy Masuk Sekolah...


Alhamdulillah... Hari Sabtu, 29 Disember, Hafiy dah mula bersekolah darjah satu... Kiranya hari pertama ni, hari pembahagian kelas dan perkenalan untuk murid dajah satu selain hari untuk ibubapa menyelesaikan urusan yuran, pembelian buku, alat tulis dan sebagainya.
 
Hafiy Nampak bersemangat di hari pertama...
 
Sebagai ibubapa, tiada lain yang diharapkan selain anak kedua kami ni dapat belajar bersungguh-sungguh dan menjadi anak yang bijak, cerdas dan cergas serta berjaya dalam pelajaran, insyaAllah...
 
 
Zair seronok dapat ikut hantar abang Hafiy masuk sekolah, tapi kesian kat Jihan sebab terpaksa ikut jugak walaupun demam...
 
 

Isnin, 17 Disember 2012

Hari Keluarga 2012

 
KELETIHAN tapi seronok sebab banyak dapat hadiah....
 
Semalam berlangsung dengan jayanya hari keluarga 2012 di taman perumahan kami... Alhamdulilah, setakat ini, hari keluarga dapat disambut setiap tahun walaupun taman perumahan kami ni tak besar mana pun (kecik kenot je-kalau ikut bahasa Hafiy)... hanya kira-kira 100 buah rumah & hampir 20 lot kedai.... tapi kami tetap bersyukur, walaupun jumlah penduduk hanya sekitar 400 orang, penduduknya aktif & sentiasa memberi kerjasama bagi setiap aktiviti yang disusun oleh AJK-AJK yang sememangnya proaktif...
 
ZAIR... bersemangat
 
HAFIY... seronok dapat join acara rebut gula-gula... "Apa dalam baju? -jeli dan gula-gula"!!!
 
Hari keluarga, selain dipenuhi dengan acara sukaneka dapat jugak kita anak-beranak berkumpul & beramah mesra dengan jiran tetangga & penduduk setempat... Sebenarnya pra hari keluarga ni dah dimulakan beberapa minggu lepas dengan program karnival sukan... so setiap hujung minggu akan dijalankan 2 acara sukan seperti , futsal, congkak, dart, bola tampar, batu seramban, boling, bola jaring, karom dsb... & hari keluarga ni adalah kemuncaknya dengan beberapa acara sukaneka & majlis penyampaian hadiah...
 
 
TAHNIAH... Nur Jihan mengekalkan kejuaraan dalam acara mewarna... Jihan cadang nak tarik diri bagi acara ni tahun depan sebab nak bagi peluang pada peserta-peserta lain pulak... hehehe
 
Nampaknya Jihan berjaya mengekalkan gelaran juara bertahannya dalam acara mewarna... selain menambah satu koleksi lagi dalam acara masuk air dalam botol...
 
 
HAFIY... penuh bersemangat meniup belon...
 
JIHAN... bawa bola pingpong dalam sudu...
 
Hafiy pulak memulakan koleksi hadiahnya dalam acara rebut kerusi setelah kurang berjaya dalam acara tiup belon sampai pecah... hehehe
 
BERSEMANGAT... Peserta bowling yang penuh bersemangat walaupun kami main biasa-biasa je...
 
Tuan pengerusi sedang memberi taklimat....

Untuk aku pulak, macam biasa... acara kegemaran - Bola tampar, bowling & tarik tali.... lenguh satu badan tak hilang lagi ni.... hehehe...
 
-

Jumaat, 14 Disember 2012

Tiramisu Buat Zair Iman...

 


Sempena harijadi Zair Iman, malam tadi kami belikan kek Tiramisu buat Zair... saje nak buat dia rasa seronok, rasa dihargai & rasa dirai oleh insan-insan penting dalam hidupnya... Alhamdulillah, dalam usia 2 tahun, anak bongsu kami ni membesar dengan sihat, cergas & cerdas mental & fizikal... demam selsema sikit-sikit tu biasalah kan...
 
 
 
 
Insyaallah, semoga Zair Iman menjadi anak yang soleh, dan insan yang berguna buat agama, keluarga, bangsa, negara & dunia suatu hari nanti.... hehehe...
 
 
 
 

Khamis, 13 Disember 2012

Zair Iman 2 Tahun...

 

 
Alhamdulillah.... walaupun tarikh 12.12.12 nampak cantik dimata & menarik dibaca, tapi sebenarnya 13.12.12 lebih bermakna lagi buat kami sebab hari ni hari keputeraan si kecil kami Zair Iman yang ke 2 tahun.... Hah!! baru 2 tahun...?? Zair ni manjanya memang tak kurang, tapi bijaknya kekadang dah macam abang & kakaknya jugak....


Sempat lagi berposing ngan ibunya sebelum aku bawak ke taska......
 

Ini semua imej terbaru Zair di pagi harijadinya...


Semoga Zair Iman terus membesar dengan sihat, ceria, bijak, rajin, baik budi & menjadi anak yang soleh insyaAllah..... Amin
 

Isnin, 10 Disember 2012

Seketika Di Teluk Cempedak...

 


Setelah bermalam di homestay kat Cherating, siangnya kami pun bersiaplah untuk pulang. Tapi sebelum tu kami memang dah plan untuk singgah ke pantai Teluk Cempedak... saje bawak anak-anak & the geng mandi manda kat pantai yang ombaknya boleh tahan 'ganas' jugalah... Ini kali pertama kami ke Teluk Cempedak ni... wah! memang cantik tempat ni...

Kesejukan walaupun tengah panas terik......
 


  Seronok betul tengok budak-budak tu main air....

 
Pantai Teluk Cempedak ni memang cantik... tapi kena awasi anak-anak kalau nak lepaskan diorang main air atau mandi... ombak boleh tahan tinggi... budak-budak memang seronok dengan ombak yang nampak sedikit 'ganas' & tak berhenti memukul pantai macam tu... yang penting anak-anak seronok....
 
 
Lepas puas main air, makan kat McD.....
 
 
 Tengah pilih-pilih gambar tetiba terperasan memek muka Hafiy yang bermacam ragam ni... hehehe..
 
 
 -

Ahad, 9 Disember 2012

Sehari Di Kuala Terengganu


 
Baru-baru ni, aku & famili bersama hampir keseluruhan ahli keluarga dari Johor mengiringi adik perempuan ke Majlis konvokesyen di UNISZA, Kuala Terengganu...Rasanya ini kali kedua dalam masa 4 tahun lebih, kami ke Kuala Terengganu. Sebelum ni kami ke KT untuk pendaftaran... Masa tu nama UNISZA ni masih lagi UDM.... sekarang ni datang untuk Konvo pulak, terasa cepat je masa berlalu....



 
Majlis konvo ni dibuat dalam stadium tertutup Gong Badak... Disebabkan perjalanan untuk bergerak ke Kuala Terengganu ni sejurus selepas solat Maghrib, so... mata ni bagai tak tertahan bila menempuh waktu tidur.... Maklumlah, kebetulan siangnya kami masih bekerja & memang sangat sibuk dengan urusan pejabat, jadi belah malamnya bila otak kita keletihan, badan yang cergas pun ikut jadi letih.... akhirnya kami sampai ke KT lebih kurang jam 10 pagi.... & bila dihitung masa perjalanan aku & famili dari Sepang ke Kuala Terengganu, macam tak percaya, tapi percayalah... 14 jam..... empat kali berhenti, empat kali tulah sambung mimpi... takpe, yang penting bagi kami, biar lambat asal selamat sampai.... Rombongan dari Johor bergerak ikut Mersing, sampai pun awal, sebelum subuh lagi....
 
 
Tahniah lah ye buat cik Iza....

 
Disebabkan kami memang dah cukup tidur masa perjalanan tu, so takdelah terasa mengantuk sepanjang hari tu.... berbeza masa ikut rombongan masa pendaftaran dulu... takde berhenti tidur, jadi bila sampai UDM masa tu tak boleh nak bukak mata, tidur je dalam kereta sampai selesai urusan pendaftaran...





Lepas majlis tu sempatlah kami merewang sebentar di Pasar Payang... malamnya cari homestay kat Cherating....

 

Jumaat, 7 Disember 2012

Hafiy vs Ujian Diagnostik



Beberapa minggu lepas, Hafiy ada menduduki ujian Diagnostik untuk menentukan kedudukan kemahiran murid selain kelas darjah satu tahun depan... Kalau ikut pengalaman masa kakaknya, Jihan dulu, ujian ni dibuat beberapa hari sebelum hari pertama persekolahan..... Tapi kali ni awal pulak, so kuranglah sikit persediaan anak-anak kami semua yang hadir hari tu... Kena pulak Hafiy baru je beberapa hari menyambut hari lahirnya ke 6 tahun....



Beberapa hari sebelum tu sempatlah buat ujian simple untuk Hafiy kat rumah. malam sebelumnya pun sempat buat sikit... Tapi sebab kita tak tahu ujian Diagnostik tu macam mana, so buat jelah soalan-soalan mudah yang sesuai untuk Hafiy...





Kami tak boleh nak agak macam mana keputusannya... sebab hafiy ni kekadang suka buat kejutan... hehehe.. so, apa pun keputusan dan kedudukan kelasnya nanti, kami redha.... Yang penting bagi kami ialah memastikan anak-anak mendapat didikan dan bimbingan yang sepatutnya di alam persekolahan nanti....





Semoga berjaya..... insyaAllah....
 

Selasa, 27 November 2012

Santai di PD...




Ni kejadian beberapa minggu lepas.. Saje bawa famili makan angin di PD.. Biasanya kami berkelah kat pantai Bagai Lalang je, tapi disebabkan hujung minggu tu ada tugas di Senawang & bermalam di Seremban, so singgahlah sekejap kat pantai Port Dickson ni... Dapatlah anak-anak melepaskan kerinduan bermain pasir & bercanda di pasiran pantai.. 


hehehe... tengoklah betapa seronoknya diorang menimbulkan diri dengan pelampung masing-masing......


 Jomlah mandi....


 Sempat pulak Jihan ni kutip kepah....


Zair paling puas mandi sebab masuk air paras lutut kita pun dah kira dalam buat dia...hehehe... maklumlah, cemetot je....




Ahad, 18 November 2012

Cameron Highland 2.0 ::Day 3::




Hari ketiga percutian di Cameron Highland 2.0 ni kali ni kami sempat melawat kebun teh & mandi manda di Air Terjun Lata Iskandar... memang seronok... tapi seronok untuk bergambar je, bukan sebagai pekerja kebun teh.... mencabar jugak nak menjelajah kebun teh tu rupanya.....

Air terjun Lata Iskandar memang best, airnya memang dah tentu jernih & sejuk.... seronok anak-anak dapat main air & mandi manda......

Hari Ketiga.....


 Sempatlah menjamu selera selepas penat memetik daun teh.... hehehe...



 Sessi mengeringkan badan selepas kesejukan bermain air di Lata Iskandar...


Keseronokan sebelum perjalanan pulang.....



Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...