Klik je...!!!

Memaparkan catatan dengan label Mari Berkebun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mari Berkebun. Papar semua catatan

Isnin, 21 November 2011

Musim Bunga Lagi... ::Bauhinia Kockiana::




Ini salah satu koleksi laman kami yang tengah tunggu masa nak berbunga -Bauhinia Kockiana... insyaalllah, dalam seminggu dua ni banyaklah bunga yang berkembang & memancarkan warna orennya tu... Kalau tengok putik-putik bunga kat setiap hujung pucuk tu, memang banyak jugaklah bunganya berbanding sebelum ni...


Khamis, 23 Jun 2011

Lagi-Lagi Cari Pasu...

Cerita hujung minggu hari tu... Memang misi hari tu nak cari pasu untuk menggantikan pasu-pasu baru buat beberapa koleksi laman kami yang semakin subur & membesar... Lokasi, biasalah... untuk pasu, kami memang tak pergi tempat lain selain Xue Bang Nursery kat Sepang... Banyak pilihan & harga amat berpatutan...

-




Kami bukan saje-saje nak tukar pasu, tapi memandangkan pasu yang digunakan sebelum ni tak berapa sesuai & ada yang rosak, so.. alang-alang ke sana tu, kami carilah pasu yang lebih sesuai dengan konsep laman kami... yang ala-ala berbetuk tempayan... sempat jugak sambar sebiji tempayan patern lama yang tersorok kat satu sudut nursery tu...





Tak tunggu lama... sampai je rumah petangnya, terus je aku uruskan apa yang patut... Tak sabar nak tengok pokok-pokok yang dah aku pilih awal-awal lagi untuk dipindah ke pasu baru.... Lepas tukar pasu tu, barulah terserlah sikit kewujudan pokok-pokok ni.... sebelum ni nampak macam biasa je...




Jumaat, 3 Jun 2011

Cenderahati Buat Orang kampung..

-

Sempena 'persinggahan' keluarga semalam, aku hadiahkan beberapa anak pokok yang tak seberapa... Kebetulan Mak memang minat berkebun, maklumlah duduk kampung, tanah pun luas nak bercucuk tanam... Begitu juga adik perempuan(ke2) aku & suaminya... -ramai sungguh adik perempuan...



Lepas menikmati makan malam, kami berborak kat laman rumah sambil perhati anak-anak & the gang bermain... sempatlah cerita-cerita sikit pasal keluarga & promote beberapa spesis pokok hiasan yang jarang nampak kat kampung... Tapi mak minat kat satu spesis pokok buluh tu -Belly bamboo... Kebetulan memang ada satu anak pokok yang aku simpan kat 'tapak semaian & pemulihan' kat belakang rumah tu... memang rezeki mak... Adik pulak minat pokok Melati air, bila tengok spesis tu kat wakaf, subur & menghijau... emhh, memang banyak kat belakang tu... Selain tu diorang minat pokok Crinum lily....

-

Selasa, 19 April 2011

Ilmu Ikhlas vs Ilmu Berkebun...


Baca tajuk, macam tak kena je bunyinya... Apa pulaklah kaitannya ikhlas dengan menanam pokok ni... ye tak..? tapi itulah hakikatnya... Tips berguna bagi menjadikan tanaman kita subur, berbunga, menceriakan suasana & menarik perhatian mata yang memandang... Sebelum tu aku kena huraikan serba sedikit, baru boleh faham... (aku bukan nak hurai atau kupaskan maksud 'ikhlas' tu, tapi bagaimana mewujudkan rasa ikhlas tu semasa menanam pokok atau berkebun)...


Tips tentang niat 'ikhlas' menanam pokok ni dibisikkan kepada aku oleh seorang hamba Allah dalam satu pameran berkaitan pokok hiasan & landskap lebih setahun yang lalu... Hamba Allah tu kata "Kita nak tanam apa-apa pokok pun, paling penting niat dalam hati kita kena ikhlas..." itu ayat pembukanya, lepas tu panjang lebarlah dia terangkan..... Susah nak dijelaskan dengan kata-kata, jadi aku cuba huraikan, apa yang aku faham tentang rasa 'ikhlas' yang disampaikan tu...


Apa jua yang kita lakukan dengan tujuan mencari rezeki yang halal, dikira satu ibadah... Lebih-lebih lagi jika disertakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah.. Jika rezeki yang dicari itu tujuannya untuk menyara kehidupan diri & keluarga, itu lebih berkat... Begitu juga jika kita melakukan sesuatu dengan tujuan memakmurkan bumi Allah..... Memakmurkan bumi Allah ni ada banyak cara... Bercucuk tanam atau berkebun juga salah satu darinya... Cuba terbitkan rasa ikhlas menanam pokok tu kerana Allah... Mungkin atas sebab kita mengagumi keindahan ciptaanNya... Cintakan kehijauan & pesona alam yang mendamaikan jiwa... Niat untuk menghijaukan bumi & mewujudkan suasana alam semulajadi yang boleh menjadi persinggahan segelintir fauna, Mungkin juga mengurangkan pencemaran atau mengimbangi ekosistem... hobi... mengisi masa terluang... riadah dsb..... emmmhh, macam-macamlah... itu semua contoh je... bukanlah kita semua kena berniat macam tu baru pokok-pokok tu boleh berbunga atau berbuah.... Niatkan sesuatu yang baik ketika berkebun atau menyiram pokok... mungkin sambil-sambil menyiram pokok tu, hati kita berzikir, berselawat atau sebagainya... ada juga faedahnya... flora & fauna juga mahkluk Allah, bahkan mereka juga sama-sama berzikir sepanjang masa.... Keikhlasan tu boleh terbit dalam pelbagai cara, dari segenap sudut.... Terpulang pada pendapat & pemahaman masing-masing.... Yang penting aku cuba juga sampaikan 'tips ikhlas' ni pada semua yang sudi singgah & baca...


Sebenarnya, setiap perlakuan kita seharusnya diiringi dengan niat ikhlas kerana Allah... tapi, semakin kita cuba titipkan rasa ikhlas di lubuk hati, semakin kita tertanya-tanya pada diri sendiri, "ikhlaskah aku..?".......


Wallahualam...

Isnin, 18 April 2011

Dwarf Umbrella Tree.... siri 2


Saja nak tunjuk perkembangan terbaru pokok Dwarf Umbrella Tree ni setelah 3 minggu disemai... Daun pun dah keluar, bolehlah nampak daun sebenar pokok ni...



InsyaAllah, dalam dua tiga minggu lagi bolehlah aku simpulkan kelima-lima batang pokok ni jadi macam tocang rambut... ;) Memanglah aku dah ada dua pokok ni yang dah siap dalam pasu bonsai tu, tapi sekurang-kurangnya ada jugaklah pokok yang aku semai & tanam sendiri... barulah puas....


Khamis, 7 April 2011

Tapak Semaian 3... Dwarf Umbrella Tree




Macam yang aku ceritakan 10 hari lepas... Masa aku beli 2 Dwarf Umbrella Tree ni, tauke Xue Bang tu bermurah hati pulak bagi kat aku biji benih untuk disemai... Kalau dibelek & diamati biji benih tu memang ada iras-iras macam biji getah... Begitu jugak dengan pokoknya, lagi-lagi kalau yang besar dengan tinggi 4 atau 5 kaki, rupa memang macam pokok getah, tapi bukan pokok getah... Tauke tu pun ada cakap, "macam saja pokok getah, tapi bukan getah..." :) isyhh, tiba-tiba rasa macam pernah dengar ayat yang bunyi iras-iras macam tu... ok, kita lupakan...

-

Tengok rupa memang serupa dengan biji getah, tapi biji spesis Dwarf Umbrella Tree ni tidaklah sekeras biji getah... Saiz pun lebih kurang...

-

Dua hari lepas disimpan, aku pun semailah biji pokok yang rupa macam pokok getah, tapi bukan getah ini ke beberapa pasu semaian... Tak susah nak semai biji-biji ni, carilah mana-mana pasu yang menganggur tu, isikan tanah yang sesuai (tanah campur pun ok)... cucuk-cucuk sikit jari ke tanah untuk dimasukkan biji-bii benih tu, lepas tu tutuplah sikit, asal biji-biji tu tak terdedah.... letakan pasu kat tempat yang tak terlalu redup atau panas & siramkan sedikit air... (disebabkan aku takde pengalaman menyemai pokok ni, Ini mungkin bukan cara yang tepat ye, tapi sekadar pengalaman aku seminggu ni dalam proses menyemai biji-biji ni)...

Empat hari lepas tu(hujung minggu lepas), aku tengoklah hasilnya... alamak!!! Tak teringat pulak aku nak jengok pasu-pasu tu lebih awal... salah satu pasu tu aku guna yang tak berlubang, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari, semalamnya... jadi bertakunglah air hujan ke dalam pasu tu... maka busuklah beberapa biji yang kononnya nak disemai sebab dah terendam selama dua hari... terpaksalah dibuang begitu saja... sayang betullah...


Tapi takpe, sebab beberapa pasu lagi aku guna yang berlubang, jadi air tak bertakung... & nampak macam dah mula nak bercambah... & empat hari selepasnya(petang semalam), aku jengok lagi & inilah hasilnya... tengok gaya, oklah... dalam dua tiga hari ni, insyaAllah dapatlah tengok daun sulungnya :) takpe, aku tunggu.... Kalau banyak anak-anak pokok yang menjadi, bolehlah aku pass kat kawan-kawan yang sentiasa berminat & gerenti terima dengan hati & bonet kereta yang terbuka.... hehehe...

Selasa, 15 Mac 2011

Tapak Semaian 2.... Melati Air


Memandangkan ramai sahabat-sahabat aku yang dah mula menunjukkan minat untuk berkecimpung secara serius... serius tu! heheh, dalam arena menghias laman ni, aku pun mulalah memikirkan apakah cara yang paling baik & menjimatkan, yang boleh memberi semangat & dorongan kepada mereka2 ini... satu caranya, mulakan dengan menghadiahkan benih2 pokok secara percuma... saje nak bagi semangat.. bila dah ada satu dua pokok kat rumah nanti, barulah tergerak hati nak tambah lagi ye tak...
-
Kalau minggu lepas aku semaikan pokok crinum lily, kali ni aku cuba semaikan anak pokok Melati air yang semakin banyak memenuhi bahagian tangkai bunganya... selalu buang macam tu je sebab dah banyak sangat pokok ni kat rumah, tapi kali macam sayang pulak nak dibuang... sekurang2nya dapatlah sahabat2 tu berjimat duit minyak nak ke sungai Buloh & jimat kos nak beli pokok...

Tengoklah anak-anak pokok yang dah bercambah sepanjang tangkai bunga ni... rugi pulak kalau tak di semai...


Cara semai anak pokok ni senang je... Mulakan dengan bismillah, potong je bahagian tangkai bunga yang dah habis berbunga & ditumbuhi anak-anak pokok tu... biasanya dalam satu kumpulan, ada satu, dua atau tiga anak... lepas tu cucuk je dalam bekas atau pasu kecil yang ada tanah & air... Dah tu, biarkan je lah sampai saiznya agak2 sesuai untuk di pindahkan ke dalam pasu semaian yang lebih besar... kalau nak senang, cedok je tanah & air dari pokok induk atau mana2 pokok air yang ada... susunlah kat tempat yang sesuai... jangan terlalu panas atau redup... pokok melati air ni memang sukakan cahaya matahari... tapi disebabkan pokok ni kira baru nak disemai, kenalah letakkan kat tempat yang tak terlau panas... ok, itu je.... kita tengok hasilnya lepas beberapa minggu nanti...
-
Nasib baik aku ni bukan nak berniaga... kalau tidak senang-senang je boleh buat untung ...

Khamis, 3 Mac 2011

Tapak Semaian...

Tiga hari lepas aku terpaksa mengerah segala keringat yang ada untuk mencabut pokok Crinum Lily dari pasunya... mana taknya, satu keluarga termasuk anak-anak, cucu & cicit semuanya ada.. Berpeluh jugaklah walaupun hari hujan.. Bukan hanya disebabkan pokok yang aku tanam 4 tahun lepas ni dah membesar, tapi pasu yang tak berapa besar ni dah dipenuhi dengan akar yang terlalu padat... Iyelah sepokok dengan empat anak masa beli dulu dah jadi lebih kurang 20 pokok... Bila dah berjaya keluarkan, aku rasa dalam 10% je tanah yang tinggal, yang lain memang akar semata-mata... Jadinya, aku pun pisah-pisahkan setiap pokok dengan anak masing-masing...
-

Inilah rupa asal pokok Crinum Lily ni sebelum dikeluarkan dari pasu asal...


Hari tu tak sempat nak tanam balik dalam pasu, so hari ni alhamdulillah berjaya aku tanam sementara sebelum diagihkan kepada penjaga-penjaga angkat yang sejak awal mengalu-alukan kedatangan tak kira pokok apa pun dari laman aku ni... eloklah tu...


Nak beli pasu lain dah tak sempat, hari-hari balik kerja dah petang, hari pun dah nak maghrib... nak tunggu hujung minggu, takut pokok jadi layu sebab terbiar lama sangat so, aku recycle je mana-mana pasu yang ada kat belakang rumah tu... Tanah pun guna mana yang ada, nasib baik cukup untuk jadikan 6 pasu... Harap-harap semua pokok-pokok ni boleh terus hidup sebab sebahagian akar ada yang terpaksa dipotong sikit masa proses pengasingan... Walaupun spesis ni boleh hidup dalam pasu, sebenarnya ia lebih sesuai ditanamkan terus ke tanah atau pasu yang besar supaya boleh hidup subur... sebabnya akar pokok ni memerlukan ruang yang lebih selesa untuk 'bernafas' & menyimpan air.... berbeza dengan spesis Yucca...
Tiba-tiba laman rumah dah jadi macam tapak semaian...

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...