Klik je...!!!

Memaparkan catatan dengan label Alhamdulillah.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alhamdulillah.... Papar semua catatan

Rabu, 20 Ogos 2014

Sedekad Bersama...



Alhamdulilah, genap 10 tahun kami melayari bahtera kehidupan... Semoga ikatan ini terus kekal, dikurniakan kebahagiaan, dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya... Amin




Putera puteri permata hati kami yang sentiasa menjadi penyeri dan penghibur hati....


Jumaat, 15 November 2013

Hari Kecemerlangan...





Semalam kami sekeluarga pergi ke majlis penyampaian hadiah sempena Hari Kecemerlangan dan Majlis Khatam Al Quran untuk sekolah agama… Alhamdulillah, Nur Jihan dapat hadiah lagi… Kali ni untuk anugerah Pelajar Mumtaz.. ramai jugak kawan sekelasnya yang dapat Mumtaz… Anugerah ni untuk pelajar-pelajar yang dapat keputusan 90% ke atas…. Selain tu Jihan dapat hadiah untuk Matapelajaran Terbaik -Tauhid dan Feqah… tahniah buat Nur jihan…
 
Tunggu turn...
 
Nur Jihan dan kawan2 yang cemerlang bersama ustazah kelasnya...
 

Setakat dua tahun bersekolah ni, Jihan memang menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran… Darjah tiga nanti, Jihan terpilih jadi pengawas kat sekolah agamanya…. Sejak darjah satu lagi Jihan dah teringin nak jadi pengawas…. Betul kan kakak…? Jadi, Tahniah…… teruskanlah kecemerlangan dalam pelajaran dan tunjukkanlah akhlak yang baik pada semua.... insyaAllah. Semoga menjadi inspirasi buat adik2 -Hafiy Nusair dan Zair Iman…
 
Hafiy pun sanggup datang sekolah semata-mata nak maraikan kejayaan kakaknya.... emmm, Hafiy pulak bila lagi ye...?


Semoga terus cemerlang, dunia dan akhirat…. Amin...

Selasa, 20 Ogos 2013

9 Tahun Yang Indah Bersamanya...



Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala kurniaanNya... Terima kasih kerana menemukan aku dan dia... Kau Berkati dan rahmatilah hubungan kami, bersama-sama cahaya mata... 9 tahun berlalu, semoga ikatan ini terus kekal & bahagia ke akhir hayat, insyaAllah....

Jumaat, 9 Ogos 2013

Salam Aidilfitri...




Salam Syawal buat semua yang mengenali, sanak saudara, sahabat handai serta pembaca inspirasi alam.... Selamat Hari raya Aidilfitri, Maaf zahir batin dari kami sekeluarga....

Khamis, 13 Disember 2012

Zair Iman 2 Tahun...

 

 
Alhamdulillah.... walaupun tarikh 12.12.12 nampak cantik dimata & menarik dibaca, tapi sebenarnya 13.12.12 lebih bermakna lagi buat kami sebab hari ni hari keputeraan si kecil kami Zair Iman yang ke 2 tahun.... Hah!! baru 2 tahun...?? Zair ni manjanya memang tak kurang, tapi bijaknya kekadang dah macam abang & kakaknya jugak....


Sempat lagi berposing ngan ibunya sebelum aku bawak ke taska......
 

Ini semua imej terbaru Zair di pagi harijadinya...


Semoga Zair Iman terus membesar dengan sihat, ceria, bijak, rajin, baik budi & menjadi anak yang soleh insyaAllah..... Amin
 

Rabu, 7 November 2012

::Hari Kecemerlangan:: Tahniah Buat Jihan...



Alhamdulillah... Petang tadi sempatlah temankan Nur Jihan ke sekolahnya untuk satu majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah rendah agama... Isnin kelmarin, ada jugak majlis serupa di sekolah rendah kebangsaan, kami juga dijemput kerana Nur Jihan pun terlibat sama untuk salah satu hadiah.... -Kedatangan penuh...



Untuk sekolah rendah agama ni, Jihan meraih lima anugerah... Hadiah untuk kedudukan nombor 1, hadiah markah tertinggi untuk 3 matapelajaran & hadiah pelajar mumtaz dengan peratusan 98.8%...



Dengan keputusan peperiksaan yang agak baik ni, Nur jihan berjaya bertukar ke kelas 2 Iman untuk tahun depan... kira kelas budak-budak pandai le tu.... & petang tadi juga aku pesan awal-awal kat dia supaya belajar lebih tekun & kurangkan bermain sebab bila dah masuk kelas 2 iman nanti Jihan kena bersaing dengan kawan-kawan baru yang lebih cerdik, lebih pandai & lebih rajin.... Macam tu juga dengan sekolah kebangsaan..... -Jihan pun jawab "hah! betul, betul"....



Sebagai ibubapa, kami sentiasa mendoakan semoga Jihan terus tekun & tidak jemu untuk belajar hingga berjaya dan menjadi kebanggaan kami sekeluarga serta menjadi inspirasi buat adik-adiknya..... InsyaAllah....


Seindah namamu....
Nur Jihan Faihanah::Cahaya Kebanggaan Mengharum::



Selasa, 6 November 2012

Konvokesyen Hafiy...



Pagi tadi berlangsungnya Majlis Konvokesyen Tadika YADIM Putrajaya... Kira ni konvo kedua untuk Hafiy... Cuma kali ni nampaklah dia & kekawan seumurnya (6 tahun) betul-betul dirai...


Majlis bermula jam 8.30 dan selesai lebih kurang jam 12.... Seperti konvo tahun lepas, kali ni banyak jugak acara persembahan dari semua pelajar-pelajar 4, 5 & 6 tahun.... Kali ni Hafiy tak terlepas...biasalah, kebanyakan persembahan melibatkan pelajar 5 & 6 tahun...



Tahun lepas kami raikan konvo Jihan & Hafiy sekeluarga, seronoklah.... Tapi kali ni punya konvo kurang meriah buat kami sebab cik puan takde... kena outstation ke Pahang.... Kakak Jihannya pulak kena ke sekolah sebab ada penyerahan buku teks... takpelah Hafiy ye, Ibu boleh tengok gambar-gambar Hafiy ni kat blog.... hehehe....



Terasa syahdu sikit masa kemuncak acara, dengan iringan lagu anak soleh dendangan kumpulan aeman, semua pelajar 6 tahun diberikan dua kuntum mawar di pentas... masing-masing turun sambil menuju kepada ibu & ayah, bersalam & menyerahkan mawar tu.... sedih sikit sebab ibu Hafiy takde bersama masa tu....




Tahun depan Hafiy dah mula bersekolah rendah... semoga Tadika YADIM yang didudukinya semenjak umur 5 tahun ini dapat membantu dan memberi sedikit sebanyak persediaan dalam menempuhi alam persekolahan sebenar..... InsyaAllah


Jumaat, 2 November 2012

Tahniah Nur Jihan...




Petang semalam Nur Jihan balik rumah bawak report card sekolah agamanya...

Alhamdulillah, Mumtaz....!! Jihan hilang 6 markah berbanding penggal pertama dulu cuma hilang 5 je... Tapi yang bestnya kali ni Jihan dapat 100% untuk 3 subjek & mumtaz lagi untuk subjek Al Qur'an....
 

Tahniah buat Jihan... Semoga dapat kekalkan prestasi untuk darjah-darjah seterusnya.... & menjadi inspirasi kejayaan buat Hafiy Nusair & Zair Iman.... insyaallah..
 
 

Isnin, 20 Ogos 2012

Raya... 1

 



Macam biasalah.... Kalau raya puasa ni, budak-budaklah yang paling seronok... Terutama dalam bab mengutip & mengumpul duit raya... hehehe, macam kita dulu-dulu jugak, cuma bezanya dulu kita kena beraya sekampung walaupun tak tahu rumah sape yang kita raya tu... tapi anak-anak sekarang tak payah nak beraya jauh-jauh, ikut mak ayah beraya je dah dapat kumpul banyak duit raya.... hehe... rezeki anak-anak....








Sabtu, 18 Ogos 2012

Salam Aidilfitri buat semua...





Semoga Ramadhan yang kita lalui meninggalkan seribu rahmat & keinsafan.... Selamat menyambut hari lebaran buat semua pengunjung INSPIRASI ALAM....

maaf zahir batin...

Selasa, 14 Ogos 2012

Ops 8 jam.....


Kejadian dirakamkan pada 26 Julai 2012 yang lalu, bersamaan 6 Ramadhan 1433 hijrah...

MISI- Perjalanan Meredah Bandaraya untuk operasi Khas PVEEE...
VISI- Melengkapkan Kesempurnaan Pemilik Lesen......
MOTTO- Istimewa Untukmu...
MASA- Misi bermula jam 0915, berakhir jam 1715... lama tu.... 8 jam! sama panjang dengan waktu kerja...
CREW- Aku, Cik Puan & Hafiy...
WARNA TEMA- Ungu

0915- kami ke perhentian teksi, cari teksi untuk ke Putrajaya Sentral...


1000- Sampai Putrajaya Sentral, beli tiket ERL ke KL Sentral.... dengan kelajuan 120km, kejap je dah sampai KL... Hafiy paling seronok sebab first time naik ERL...


1030- Sampai di KL Sentral, sempatlah cuci mata sekejap, tengok barang-barang yang terjual kat sana... kasut, baju, macam-macam lah... Menarik, tapi tak beli apa-apa sebab itu semua tidak termasuk dalam misi kami ok, jadi kita kembali ke misi asal...

1040- Beli tiket Komuter untuk ke Batu Caves.... Batu Caves???  Apa pulak kena mengena Batu Caves dengan misi kami ni...?? takpe, kita teruskan perjalanan.... mungkin ada klu di sana.... satu kejutan berlaku di peringkat ini, -tak sangka tiket seringgit je.... terkejut tak???


1100- Naik KTM Komuter menuju stesen Batu Caves...

1130- Sewa teksi dari stesen Batu Caves menuju  ke Prima Selayang.... Huhh!!! Satu lagi kejutan.... Teksi ikut jalan dalam... Kan senang kalau ikut jalan Ipoh yang selebar 3 lorong tu....

1200- Tepat masa yang dijanjikan, kami tiba di markas operasi 1 di Perodua Selayang.... hehehe.... lain macam je bunyinye... Kami diberi taklimat ringkas oleh komander kat situ tentang peralatan operasi, suis, tombol gear, stering & sebagainya... sekejap je dah faham... mungkin kami ni memang pakar yang terlatih sepenuhnya.... hehehe...



1245- MISI TAMAT..... Tapi ada lagi beberapa misi khas yang perlu diselesaikan.... Seterusnya kami bergerak ke beberapa markas lain sekitar Batu Caves & Setapak untuk menyempurnakan misi khas kami tu.... -tinted, armrest, spoiler & side moulding... hehehe...

1615- Perjalanan balik ke pangkalan bermula....

1715- Misi tamat sepenuhnya..... inilah misi kami.........


Perodua Viva Elite Exclusive Edition.... Khas buat Cik Puan sempena anniversary yang ke 8...... seraya melengkapkan kejayaan mendapatkan lesen memandu 40 minggu yang lalu....



-MISI TAMAT-

-

Rabu, 27 Jun 2012

Mumtaz Iqra'...


Alhamdulillah... Awal minggu ni, puteri kami Nur Jihan dianugerahkan vest hijau oleh sekolah rendah agamanya atas pencapaian yang baik dalam subjek Iqra... Jihan antara 6 daripada 80 lebih murid darjah satu keseluruhannya, yang dah dapat vest Mumtaz Iqra tu... Ni kira kumpulan pertamalah yang dapat, yang lain pun akan dapat jugak bila diorang dah berjaya sampai ke tahap Iqra 6 nanti....



 
Tahniahlah dari abah & ibu ye Jihan.... Semoga pencapaian & kepintaran yang ditunjukkan dapat menjadi contoh & inspirasi buat adik-adiknya Hafiy & Zair suatu hari nanti..... insyaAllah....

-

Jumaat, 22 Jun 2012

Open Day lagi...


Pagi ni ada open day lagi kat sekolah Nur Jihan, untuk sekolah kebangsaan.. Kali ni kami pergi berdua saje tanpa pengiring tambahan...


Sampai je sekolah, kami terus menuju ke kelas 1 pluto... kebetulan pulak Jihan pun baru balik dari kantin & terserempak dengan kami masa nak balik ke kelas... Sampai je kelas tu, Jihan tunjukkan fail folionya... Lepas diamati & dibelek berkali-kali, nampaknya kami tak berapa faham sisten baru yang diamalkan sekarang... Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)... takpelah, nanti kita tanya cikgu...




Bila dah jumpa cikgu & diterangkan tentang sistem BAND/DESKRIPTOR dalam KSSR ni, barulah kami faham.... Segalanya mementingkan kemahiran untuk semua pelajar. Sangat berbeza dengan sistem pembelajaran berorentasikan peperiksaan yang diamalkan sebelum ini... Bila tengok balik rekod pentaksiran/penilaian macam kat bawah ni, dapatlah disimpulkan kemahiran semasa yang ditunjukkan oleh anak kita.... Alhamdulillah, cikgu kata Nur Jihan ok, homework selalu siap... selalu jugak bertindak sebagai ketua & pandai mengawal kumpulannya.... suka mengajar kawan-kawan... -komen yang hampir sama dengan komen ustazah di sekolah agamanya minggu lepas, & serupa jugak dengan komen cikgunya masa tadika dulu.... hehehe...




Isnin, 18 Jun 2012

Tahniah Sekali Lagi!!!


 

Jumaat lepas ada hari terbuka untuk sekolah agama tempat Nur Jihan belajar... Kali ni ibubapa atau penjaga kena datang untuk sign report card keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang dijalankan sebelum cuti sekolah bulan lepas... Sebagai sokongan dan dorongan tak berbelah bahagi, kami datang demi Nur Jihan... Bukan seorang, bukan berdua tapi berlima termasuk Nur Jihan sekali...


 Macam rombongan pulak ye... seronok pulak anak-anak dapat datang sekolah kakaknya....

 Hafiy tu macam tak sabar je nak teman kakaknya ke sekolah agama....

Alhamdulillah... Nur Jihan berjaya mengekalkan prestasi ujian pertamanya bulan Mac hari tu... malah kami rasa kali ni lebih baik lagi... Dengan markah keseluruhan 99%, Jihan mengekalkan kedudukan no.1 dalam kelasnya, 1 Amal... sebenarnya bukanlah status no.1 tu yang kami kejarkan pada Nur Jihan, tapi kemampuannya mengekal atau memperbaiki lagi keputusan ujiannya sebelum ini.... Dengan markah yang kami rasa cukup tinggi ni, nampaknya Nur Jihan kenalah bekerja keras untuk peperiksaan akan datang serta untuk tahun-tahun berikutnya.... insyaAllah Nur Jihan boleh!!!


 Alhamdulillah, Nur Jihan dapat keputusan yang cukup cemerlang buat kami....

Komen Ustazah... -Nur Jihan ni bagus je dalam kelas... Suka mengajar kawan-kawan.... cuma minggu akhir sebelum cuti hari tu je kuat main... hehehe...


 Tahniah, semoga lebih berjaya di masa akan datang!!!

-

Jumaat, 25 Mei 2012

Kek Untuk Jihan...


Tahun ni kami tempahkan hadiah kek yang special buat Nur Jihan... Kek yang 'menyatukan' gambarnya bersama princess.... saje je, sebab itu yang dia minat.... hehehe...


Tempah cake besar, dapat extra cup cake sekali.....  rezeki Jihan untuk beri kat kawan-kawan sekolah...

 
Semenjak umurnya mencecah 5 tahun, jihan tak pernah lupa untuk bagi 'hint' kat kami pasal ketibaan hari jadinya... "Abah, sekarang bulan berapa...?" lepas kita jawab bulan Mac, nanti dia sambunglah "Oh, Mac, April, Mei.. hah nanti bulan Mei hari jadi kakak kan...?"...  Tiga hari lepas, masa balik dari sekolah, ada juga dia cerita pasal hari jadi kawan dia kat sekolah, "Ibu, hari ni harijadi kawan kakak, dekat je dengan hari jadi kakak.." -saje le tu, nak ingat kita harijadi dia....


 
Ok lah, Selamat hari jadi ye Nur Jihan... Semoga Jihan sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan yang baik, akal yang cerdas & pintar serta menjadi anak yang solehah.... insyaAllah... Amin
-

Khamis, 24 Mei 2012

Happy Birthday Nur Jihan...


Alhamdulillah... Hari ni 24 Mei 2012, genaplah 7 tahun umur Nur Jihan... Sepanjang 7 tahun ni, kami rasa Nur Jihan sedikit sebanyak telah belajar & menyelami erti kehidupan/tanggungjawab.. sebagai anak, sebagai kakak, sebagai pelajar sekolah, sebagai anak murid, sebagai kawan, sebagai cucu dsb... Lahir sebagai anak sulung agak besar cabarannya.. tapi alangkah beruntungnya menjadi anak sulung zaman sekarang ni. Macam-macam disediakan, macam-macam dibelikan... yelah.... anak pertama, semuanya serba baru....

Sepanjang membesarkan Nur Jihan serta adik-adiknya, kami sebolehnya tak mahu terlepas pandang apa jua perkembangan & perubahannya... kerana detik-detik manis itu hanya berlaku sekali & takkan berulang... Dari detik pertama kelahirannya, kami rakamkan setiap kenangan membesarkannya....


InsyaAllah, sedaya yang termampu, kami akan lakukan yang terbaik buat Nur Jihan.... Didik & bimbing agar menjadi anak yang solehah... insan berjaya & berguna di masa depan... menjadi inspirasi buat adik-adiknya..... menjadi kebanggaan kami sekeluarga...

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...