Klik je...!!!

Rabu, 14 Disember 2011

Naik Taraf Tembok Pagar... Misi 2- Ikat batu

-
Ini misi kedua dalam projek naik taraf tembok & laluan taman... -ikat batu... Kerja mengikat batu ni takdelah susah sangat, tapi tak boleh jugak kata mudah sebab kalau tak dapat sukatan yang betul untuk bancuhan simen, tak melekatlah batu-bata tu....
-
-
Untuk misi mengikat batu ni aku ambil masa lebih kurang sejam setengah... lama jugak tu, sebab sebelum proses tu dibuat kena jugak kita clearkan mana permukaan dinding yang nak ditutup tu, terutamanya pintu & frame besi yang masih terlekat kat bahagian depan tembok... selain tu kena dibuangkan semua tile yang masih melekat kat dinding bahagian dalamnya supaya batu bata boleh diikat & melekat dengan sempurna...
-
-
Dah siap pun, tunggu kering je.. Sehari dua lepas ni boleh lah masuk fasa seterusnya, -misi menampal.....
-

Selasa, 13 Disember 2011

Happy Birthday to Zair Iman...

-
Alhamdulillah.... Umur Zair Iman dah genap setahun hari ni... Banyak perkembangan positif yang ditunjukkan oleh zair sekarang ni... Sejak belajar bertatih tiga minggu lepas, sekarang ni Zair dah laju berjalan... pantang nampak ibu atau abahnya bergerak ke dapur atau ke depan, mesti dia follow dengan laju... takut kena tinggal... hehehe..

Ini koleksi gambar Zair dari Umur sehari hingga ke 4 bulan...

Koleksi gambar zair dari umur 4 hingga 6 bulan

Zair dari umur 6 ke 9 bulan

Ini pulak koleksi gambar Zair dari umur 10 bulan hingga setahun... gambar terbaru yang berselubung dalam hotel kat Cameron Highland 3 hari lepas...
-
IInsyaAllah, semoga zair terus membesar dengan sihat, bijak & menjadi anak yang soleh.... Abah, ibu, kakak Jihan, abang Hafiy, semua saaaaaaayang kat Zair....

Isnin, 12 Disember 2011

Naik Taraf Tembok Pagar... Misi 1 -KASI PECAH!!!

Satu lagi projek DIY hujung tahun aku.....
Ini projek DIY terbaru aku kat laman rumah..
MISI 1-pecahkan konkrit bahagian ruang sampah... Misi ini aku namakan KASI PECAH!!!
TUJUAN 1-Menjimatkan sedikit ruang untuk dijadikan laluan di sebelah wakaf...
TUJUAN 2 -Memudahkan aku menyelenggara saluran paip bawah tanah yang sering bocor & berpotensi untuk bocor lagi di masa akan datang...
MASA -Ikut kelapangan.... Buat masa ni dah dua minggu berlalu...

Misi KASI PECAH!!! bermula....

RASIONAL 1 -Memandangkan laman rumah kami hanya sekangkang kera je, adalah sia-sia jika ruang seluas hampir 9 kaki persegi itu diperuntukkan untuk sampah kerana setiap inci tanah amatlah bernilai... Justeru, bukankah lebih baik ruang tu dijadikan laluan & melapangkan sedikit pandangan di bahagian wakaf...

RASIONAL 2 -Sampah tak perlukan ruang yang terlalu besar/luas... cukuplah dengan menggunakan tong sampah biasa je... Makin besar ruang sampah, makin banyaklah kita membuat sampah...hehehe..

Operasi KASI PECAH!!! yang semakin ke penghujungnya.....

Akhirnya, misi pertama KASI PECAH!!! berjaya dilaksanakan dengan cemerlangnya dalam masa sehari.... tapi itu baru 10% je... Ada beberapa fasa lagi.... masih banyak kerja-kerja susulan menunggu..... Tapi biasalah, kerja sendiri ni, ikut kitalah nak ambil masa berapa lama pun.... ye tak..? hehehe...

Akhirnya... MISI BERJAYA....

Makan Angin...



Alhamdulillah, Sabtu lepas kami sekeluarga makan angin kat Cameron Highland... Dah lama merancang nak bercuti, tapi baru kali ni berkesempatan... Sempena cuti sekolah ni, kami bawaklah anak-anak ke sana... Ingatkan kalau pergi musim cuti sekolah ni, meriahlah sikit suasana kat situ... tapi, lain pulak jadinya, jalan jam teruk... hehehe... Takpelah, yang penting anak-anak seronok.....




Ini gambar dalam perjalanan ke sana.... Seronok betul anak-anak..... Sebelah tu, gambar depan hotel...



Bergambar kenangan di puncak Cameron Highland...



Keletah Jihan, Hafiy & Zair dalam bilik hotel....



Masa untuk makan Jagung... hehehe.. selera betul tengok Zair tu....




Jom kita bershoping....!!!




InsyaAlah, ada rezeki boleh kami bercuti lagi..... Kalau bukan Cameron Highland pun, mungkin kat tempat lain... Malaysia ni kan banyak tempat-tempat percutian menarik... ye tak...?


Bukan main seronok abang Hafiy & Kakak Jihan ni kalau berjalan......

Jumaat, 25 November 2011

Penghuni Baru...



Semalam laman kami dapat penghuni baru... Setelah 4 hari berkampung di Sg Buloh atas urusan kerjanya, hari terakhir masa balik, Cik puan belikan aku satu pokok dari salah satu nursery kat situ... & aku pasti, ianya sebagai tanda kasih sayangnya kat aku... hehehe, perasan...



Aku tak pasti nama sebenar pokok ni, tapi yang pasti mesti dia sepupu sepapat Jungle Bush jugak, dari keluarga Anthurium... pernah juga aku terbaca nama spesis ni, kalau tak silap Anthurium Wol atau nama komersilnya kat Indonesia Gelombang Cinta... Itu pasallah aku kata Cik puan belikan aku pokok ni sebagai tanda kasih sayangnya kat aku.... :) Tapi kalau tengok rupa, mungkin juga dari spesis Anthurium Keris..... mungkinlah... Tak kisahlah Keris atau Gelombang Cinta, yang penting aku suka........... Terima kasih daun keladi ye....

-

Mekar Sejambak...




Beberapa penghuni laman tengah berkembang mekar sekarang ni... Bukan sejambak, tapi berjambak-jambak... Seronok tiap kali balik kerja, nampak berwarna sikit laman kita... Ada beberapa spesis yang tengah kemaruk bunga tapi dua tiga spesis ni je yang sempat snap petang tadi......







-

Isnin, 21 November 2011

Nak Tolong Jugak...


Rutin aku setiap petang, macam biasalah.... membelek, membelai & memandikan semua buah hati kat laman... Takde pilih kasih, semua aku layan sama rata... Tak kiralah Mawar ke, Melati, Kemboja, Kockiana, Jeliti, Loropetalum, Bourgenvilla, Yucca malah jungle bush sekalipun..... Selain menyiram, biasanya aku bersihkan & buang mana-mana daun-daun tua atau yang dah kering... Untuk sebahagian pokok, selain dari disiram & dibersihkan, ada jugak yang perlu ditrim supaya bentuknya kekal menarik & kemas....


Trim atau memangkas/mencantas pucuk-pucuk pokok ni, tujuannya adalah untuk mengekal atau mencantikkan lagi bentuk bonsai atau bebola yang cuba kita hasilkan pada rupa sesuatu pokok tu... -kira macam gunting rambut jugaklah tu... Pokok yang biasa jadi mangsa kat sini termasuklah Jeliti & Loropetalum Chinense.... biasanya dua atau tiga minggu sekali aku akan buat aktiviti ni... habis malas pun, mungkin sebulan sekali, kira ok lah tu... Kalau dah start buat, biasanya aku peruntukan lebih sejam sebab nak pastikan semua pucuk dicantas, daun-daun rosak dibuang, buang jugak segala jenis serangan atau apa juga tanda-tanda yang boleh merosakkan daun & pokok termasuklah belalang atau ulat...



Yang seronok masa buat aktiviti ni, anak-anak pun nak join sekali... mula-mula dulu takdelah aku bagi diorang buat, takut salah trim... gondol pulak pokok aku nanti... Tapi bila diorang dah besar sikit & suka pulak bermain dengan gunting sekarang ni, aku pun tak kisah dah.... Yang penting diorang happy & secara tak langsung dapat menanam minat atau mengasah bakat berkebun... hehehe.... Disebabkan Jihan lebih faham apa yang perlu dibuat & apa tujuannya, so aku bagi Jihan pokok yang besar, & Hafiy pulak aku bagi pokok yang kecik sikit sebab dia tolong trim dengan gunting kertas dia tu je... kira tolong main-main je tu.....



-

Musim Bunga Lagi... ::Bauhinia Kockiana::




Ini salah satu koleksi laman kami yang tengah tunggu masa nak berbunga -Bauhinia Kockiana... insyaalllah, dalam seminggu dua ni banyaklah bunga yang berkembang & memancarkan warna orennya tu... Kalau tengok putik-putik bunga kat setiap hujung pucuk tu, memang banyak jugaklah bunganya berbanding sebelum ni...


Ahad, 20 November 2011

Layang-Layang....


Semalam kami bersantai kat Dataran Morib lagi... Tujuan asal, makan angin & makan sotong bakar... tapi misi bertukar jadi acara bermain layang-layang... Takpelah, apa salahnya mengisi masa terluang dengan famili petang Sabtu macam tu... lagipun inilah masanya untuk kita & anak-anak release tension lepas penat bekerja/sekolah...


- Inilah sotong bakar yang berjaya menawan selera kami...


Sebenarnya pagi sebelum tu kami ke KL, ada hal sikit... Ambil barang-barang adik yang dah habis praktikal & nak balik ke JB... Lepas isi semua barang dalam kereta, kami hantar adik ke TBS-BTS... Dah selesai urusan kat TBS aku terus ajak cik puan & anak-anak makan sotong bakar di Morib..


-


Tapi bila sampai sana, Hafiy pulak sibuk nak beli layang-layang yang banyak tergantung kat satu gerai tu... emmm, oklah... terpaksalah beli dua untuk kakaknya sekali.... Dah beli tu, kenalah kita join sekali untuk terbangkan kedua-dua lelayang tu....



Gandingan mantap ibu & anak-anak...



Last-last, bukan Hafiy & Jihan je yang main layang-layang tu, tapi ibu & abahnya pun terbabit sama dengan acara yang takde dalam program asal tu... hehehe... kami pun tunjukkanlah skill yang ada sebab layang-layang ni memang permainan wajib untuk budak kampung dulu-dulu, betul tak...?



Apa yang penting... KERJASAMA....

-

Jumaat, 18 November 2011

Sebelas Bulan Tau...!

"Kita dah sebelas bulan tau...!!"
-
Diam tak diam, Zair Iman dah sebelas bulan... terasa pantas masa yang berlalu... padahal masa tetap 24 jam sehari, 7 hari seminggu... Zair dah mula bertatih... teringat masa bersantai kat Morib bulan lepas, kali pertama kami nampak zair berdiri, itupun atas stroller, nasib baik perasan... Seminggu dua ni zair makin semangat bertatih, mula menyusun langkah & belajar seimbangkan badan... dapatlah lima enam langkah...
-
-
Gigi pun dah 4 batang... dah pandai mengecek makanan... dah pandai merengek bila perasan kena tinggal... dah pandai men'tata'... dah pandai bergurau dengan abang & kakak... & yang pelik sikit, Zair makin ligat menggerakkan badan mengikut rentak lagu, walaupun lagu yang dinyanyikan tak best langsung.... hehehe...
-
"Ada catu agi, kita cuka kacau abah kita masa bawak kete.... tengoklah gambar kat bawah tu... hehehe.."
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
"Jangan tiru aksi ini, lakonan hanya boleh dilakukan oleh pelakon lagak ngeri profesional & berpengalaman sahaja..... ingat ye!!! Pastikan juga gear sudah free & hand brake sudah diangkat... hehehe..."
-

Khamis, 17 November 2011

Musim Bunga Tiba Lagi...



Tau tak bunga apa tu...? haaaah betullah, bunga pokok mangga... Pokok mangga spesis ni memang pelik sikit, taknak pulak dia berbunga & berbuah saing dengan pokok-pokok mangga jenis lain... Kalau ikutkan, pokok mangga jiran-jiran setaman kat sini semuanya dah habis musim sejak raya puasa hari tu... jeles jugak bila tengok pokok mangga orang lain berbuah lebat, kita punya pulak lebat dengan daun je.. tapi yang bagusnya, masa rehatnya tulah peluang untuk aku bagi baja secukupnya, sebab bila dah berbunga tak boleh nak bubuh baja lagi dah.... Ini musim ketiga pokok ni berbunga...


Bunga mangga pun nak snap.. jakun betullah.... hehehe...


Sebenarnya sejak sebulan lepas pokok ni dah berbunga, tapi diamkan je takut tak menjadi... kena pulak cuaca sebulan dua ni tak menentu sangat... tapi alhamdulillah, ada jugaklah yang melekat & makin banyak bunga baru yang keluar.... Insyaallah, kalau hasilnya lebih bolehlah sedekah lagi kat jiran-jiran.... maklumlah pokok baru belajar, takdelah lebat mana...





Ni gambar tiga minggu lepas, sekarang buah ni dah besar sikit...




-

Seindah Namamu ::Nur Jihan Faihanah::

"Bercita-cita menjadi seorang pendidik, aktif & sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pelajaran serta sering menunjukkan ketokohannya sebagai ketua. Sentiasa menyiapkan kerja atau latihan yang diberi dengan cepat bagi mengambil peluang untuk mengajar kawan-kawannya pula..." itu antara skrip yang dibaca oleh MC..... ceritanya, selepas ini....
-
Antara persembahan yang disertai Nur jihan... 1.Nyanyian Negaraku, 2.Bacaan Asmaul Husna, 3.Hafazan, 4.Penerima Sijil Tamat Tadika YADIM
-
Alhamdulillah, semalam selesailah satu majlis yang bolehlah kami anggap gilang-gemilanglah buat puteri kami Nur Jihan & kawan-kawan tadikanya... -Majlis Konvokesyen Tadika YADIM tahun 2011... Maaflah kalau bunyinya macam riak sikit, takde maksud macam tu pun, sekadar nak meluah & tunjukkan betapa kami bangga dengan pencapaian puteri kami Nur Jihan..
-
1.Jihan dalam Persembahan Coral speaking, 2.Jihan jadi narrator dalam Story Telling, 3.Nyanyian 1Malaysia dengan kawan-kawan sekelas, 4.Kenangan Pelajar 6 tahun dengan ibubapa.
-
Majlis dimulakan dengan doa, Nyanyian Negaraku, ucapan aluan, ucapan perasmian & seterusnya simbolik penyampaian sijil tamat prasekolah Tadika YADIM... Seterusnya ada lah beberapa persembahan dari pelajar-pelajar.... Disebabkan majlis ni untuk meraikan pelajar-pelajar tadika 6 tahun, so hampir semua persembahan adalah dari diorang.. yang 4 & 5 tahun ada jugak dua tiga persembahan... Jihan dapat join hampir semua acara, Hafiy pulak dapatlah keluar sekali untuk nasyid...
-
Kenangan Hafiy & Tadika YADIM bersama Kakak kesayangannya... 1.Hafiy tumpang bangga dengan kejayaan kakaknya, 2.hafiy dalam satu persembahan Nasyid, 3.Hafiy menerima sijil tamat Tadika 5 tahun...
-
Selesai semua acara persembahan, ada satu acara penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang untuk pelajar 4, 5 & 6 tahun..... sebelum diumumkan penerimanya, MC bacalah latarbelakang peribadinya(seperti skrip di atas)... masa dengar MC baca untuk yang kategori 6 tahun tu, kami macam dah boleh agak siapa penerimanya.. Alhamdulillah, termakbul doa kami selama ini, Nur Jihan Faihanah dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang kelas 6 Aisyah...
-
Hadiah Anugerah Pelajar Cemerlang Nur Jihan...
-
InsyaAllah, semoga Nur Jihan terus membesar & cemerlang sebagai anak yang solehah, sihat, bijak, pintar, rajin, berkeyakinan tinggi & berjaya dalam hidup di dunia & akhirat.... teruskanlah mengharumkan namamu & menjadi kebanggaan keluarga, seindah namamu ::NUR JIHAN FAIHANAH -CAHAYA KEBANGGAAN MENGHARUM....::
-
Jihan menangis.. -atas komitmen tinggi yang ditunjukkan untuk hari konvokesyennya, Nur Jihan tiba-tiba sakit kepala & deman sikit... nasib baik sakit lepas naik pentas ambil hadiah cemerlang.... mungkin sebab lapar....

Isnin, 7 November 2011

Mari Kita Pergi Zoo...

-


Sambung cerita hujung minggu lepas.... sempena kunjungan beberapa ahli keluarga dari kampung kami pergilah ke Zoo Negara, saje jalan-jalan... Kan ramai budak-budak, jadi mungkin diorang seronok bila dapat tengok penghuni-penghuni zoo yang sentiasa 'ceria' kat situ....







Kami pergi tak lama, sampai dalam tengahari... tak semua tempat kami jelajah, lebih kurang dua jam je dok meronda kat situ, itu pun naik tram... kesian kat salah sorang adik yang tengah mengandung.... takpe, yang penting anak-anak semua seronok....


Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...