Klik je...!!!

Selasa, 31 Mei 2011

Zair Iman Semakin Ceria....

-


Sekarang ni seronok betul kalau main-main dengan Zair... Senang sangat nak buat dia senyum atau ketawa.... Kakak Jihan & Abang Hafiynya dulu-dulu pun murah senyuman jugak, tapi taklah seceria Zair ni... pantang tenung mata atau tegur sikit, ketawalah dia...



Zair bergaya dengan baju baru yang mak longnya belikan masa pergi umrah bulan lepas...



Dalam usia 5 bulan 3 minggu ni, Zair belajar macam-macam aksi & keletah... meniarap dah lulus... selain tu mengesan bunyi & suara orang tersayang, memberi tumpuan pada bunyi atau cahaya & memahirkan kordinasi mata, tangan & objek... Itu yang ikut trek secara ilmiah... yang sampingan pulak, paling ketara main-main lidah & sembur angin kat mulut bagi keluar bunyi & air liur... makin banyak air liur yang keluar makin seronok pulak dia buat... banyaklah DNA dia menjejes-jejes kat baju kami masa dukung dia... & orang tua-tua kata, rambut ibu akan banyak gugur kalau bayinya selalu sangat main air liur atau mengences.... dengar macam tak berapa logik, apa pulak kaitan main air liur dengan rambut gugur...tak tahulah, tapi yang nyata perkara tu memang berlaku...ibunya pun dah makin risau tu..... :)


Tengok tu... lidah dia...




Tak kisahlah... yang penting bagi kami, Zair dapat membesar dengan sihat & mendapat kasih sayang sepenuhnya dari kami sekeluarga, insyaAllah...




Zair memang sentiasa ceria...


Ahad, 29 Mei 2011

Atuk Mak Pergi Umrah...





Lebih kurang jam 2 pagi tadi kami keluar ke KLIA untuk 'hantar' Atuk Mak, Mak Ngah, Amin & Aiman nak ke Mekah untuk mengerjakan Umrah... Rombongan Atuk mak, mak ngah & anak-anaknya serta beberapa yang lain-lain sebelum tu dihantar dengan Bas dari JB...






Semoga selamat sampai ke destinasi, selamat melaksanakan ibadah di sana, serta sentiasa sihat & dirahmati Allah sepanjang masa, insyaAllah....




Tengok Baby Zair ni.... pukul 4 pagi pun masih segar bugar lagi....


Sedih masa nak meninggalkan rombongan Atuk mak.... Atuk mak suruh balik dulu sebab flight mungkin delay sampai pukul 7 pagi...


Himpunan Sejuta Belia Putrajaya...

-




Hari ni hari terakhir untuk Karnival Himpunan Sejuta Belia 2011 Putrajaya... Macam-macam aktiviti disediakan... Bolehlah datang jengok-jengok... Gambar yang dipaparkan ni adalah sekitar hari pertama & semalam yang sempat aku snap... -hanya sebahagian kecil dari beratus-ratus acara/aktiviti yang disediakan...




Sempatlah jengok Funfair sekejap malam tadi... emhhh, budak-budak ni yang nak sangat ke sini...




Antara persembahan dari Army Red Warrior...




Salah satu gerai di MAHA Youth...

Khamis, 26 Mei 2011

Perjumpaan Ibubapa & Cikgu Tadika Yadim... Wah! Jihan Excellence...

-



Hari ni Tadika Yadim ada buat Majlis Perjumpaan Ibubapa dengan cikgu kelas anak masing-masing... Inilah peluang kami nak tahu perangai & prestasi sebenar anak-anak (Nur Jihan & Hafiy) di sekolah...


Awal pagi dalam pukul 8 kami dah tiba untuk majlis perjumpaan ni... Bukan apa, malas nak keluar masuk ofis... Jadi alang-alang dah kena menghantar diorang ke sekolah pagi-pagi ni, kami terus singgah... itupun kena tunggu turn jugak sebab ramai lagi mak ayah yang datang lebih awal....


Tengok Hafiy tu, sempat lagi dia main-main depan ibu & cikgu Nurul...


Mula-mula kami ke kelas Hafiy... seperti dijangka... Banyak juga komen-komen membina untuk anak lelaki kami ni.. maklumlah, budak belum cukup umur... bulan November ni baru nak masuk 5 tahun... Hafiy belajar dengan cikgu Nurul... Cikgu Nurul kata Hafiy masa baru masuk dulu memang nampak slow sikit... Belajar pun tak berapa nak bersemangat... Mungkin sebab dia mula sekolah lewat(tengah Februari)... tapi sekarang ni Cikgu Nurul kata dia ok, aktif & nakal sikit... kadang-kadang tu kena denda jugak... J Hafiy, Hafiy.... main, memang nombor 1...

Jihan tengah siapkan kerja dalam kelas...



Tak lama lepas tu kami ke kelas Nur jihan pulak (Kelas Cikgu Hidayah).... Alhamdulillah, bila kami perkenalkan diri sebagai ibupada NurJihan, Terus cikgu Hidayah kata, "oh! Nur Jihan ni takde apa-apa... Memang excellence lah semuanya"... -kembang semangkuk kami mendengarnya... :) Cikgu kata Nur Jihan nampak matang... selalu habiskan kerja cepat-cepat lepas tu mintak izin kat cikgu untuk tolong ajar kawan-kawan pulak... emhhh, macam tulah perangai dia kat rumah... Hafiy memang selalu jadi mangsanya... Kalau dia dah start nak mengajar Hafiy membaca atau mengaji, memang terketarlah Hafiy tu ikut cakap dia... kalah kami mak bapaknya, -memang tak jalan... nampaknya dalam usia sekecil ni pun Jihan dah tunjukkan ketokohannya untuk mengajar... insyaAllah, besar nanti boleh jadi cikgu atau pensyarah :) eloklah tu...



Sempatlah snap beberapa gambar suasana dalam kelas.... seronok tengok budak-budak belajar. Teringat masa zaman tadika dulu-dulu....



MAHA di Karnival Belia Putrajaya 2011

-

MAHA Youth 2011~ 27 - 29 Mei 2011 10 pagi - 10 malam Presint 2, Putrajaya



Masih lagi promosi percuma untuk Karnival Himpunan Sejuta Belia 2011 Putrajaya... Kali aku nak promote tentang MAHA Youth yang diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia yang bermula esok hingga 29 Mei ini... oh! lupa.. sebelum ada yang tertanya-tanya apa itu MAHA, kalau tak silap MAHA tu singkatan bagi Malaysia Agrikultur, Holtikultur & Agro Pelancongan.. Beberapa hari lepas ada jugak aku terdengar kat radio tentang MAHA Youth ni, diorang kata MAHA Youth ni ala-ala macam MAHA yang dibuat kat Serdang, cuma yang kali ni kecil sikit, kira macam Mini MAHA... Jadi sesiapa yang berminat dengan apa juga perkara/bidang yang berkaitan dengan pertanian seperti pokok-pokok, laman, teknologi, penyelidikan, industri atau apa saja yang berkaitan, bolehlah datang.... lokasi, berhampiran Jabatan Pendaftaran Negara...


Sedikit info tentang MAHA Youth....


Bertemakan “ Explorasi Belia Inspirasi kepada Pertanian Malaysia ”, diharapkan agar ianya dapat memberi informasi & secara tidak langsung dapat memupuk & menarik minat belia-belia untuk menceburi bidang pertanian.


Apa yang dipamerkan /dijual....


Kategori Produk



  • Pertanian (Produk segar dari ladang )

  • Dalaman Pertanian ( Agrokimia & Baja )

  • Produk berasaskan buah – buahan dan sayuran

  • Produk tumbuh – tumbuhan

  • Daging dan produk tenusu

  • Bijirin dan gandum

  • Perikanan dan produk berasaskan hasil laut

  • Bunga – bungaan dan landskap

  • Produk perhutanan

  • Produk berasaskan Palm

  • Ramuan dan herba

  • Kraftangan

Kategori Servis



  • Pembangunan Franchise

  • Perkhidmatan kewangan

  • Logistik Pemasaran , Perdagangan dan Pengedaran

  • Promosi Perdagangan

  • Perkhidmatan pemasaran komunikasi

  • Pensijilan dan akreditasi

  • Pelancongan Perladangan

  • Harta Intelek (paten, trademark dan sbg)

Kategori Penyelidikan & Teknologi



  • Mekanisma & Automasi

  • Pengurusan persekitaran & pertanian

  • Teknologi Nano

  • Molekular & Bioteknologi

  • Kementerian , Jabatan, Agensi Kerajaan

  • Kerajaan Negeri

  • Syarikat Berkaitan Kerajaan

  • Usahawan Industri Kecil sederhana

  • Syarikat swasta

  • Agensi Pengiklanan

  • Institusi Pendidikan

  • Institusi Penyelidikan

Ok, selamat berkunjung....

Rabu, 25 Mei 2011

Himpunan Sejuta Belia 2011 Putrajaya...

- Saje nak buat promosi percuma untuk karnival Himpunan Sejuta Belia Negara Putrajaya 2011... Sesiapa yang berkelapangan & berminat, bolehlah datang... Karnival bermula dari 27 - 29 Mei 2011... Minggu ni, sebahagian jalan dah ditutup bagi memberi laluan untuk persiapan karnival Belia yang julung kalinya dibuat secara besaran-besaran...

Macam-macam aktiviti & pameran disediakan... Kira rugi jugalah kalau tak datang, tapi sebelum berkunjung ke sini, pastikan kita dah selidik dulu peta laluan masuk, kawasan parkir, laluan trem & lokasi aktiviti/pameran yang nak kita tuju tu... kalau tidak memang sebahagian masa nak ke karnival ni nanti habis untuk perjalanan je... biasalah, kalau ada apa-apa karnival besar kat Putrajaya ni, jalan memang akan sesak & kalut sikit sebab kebanyakan pengunjung luar tak berapa biasa dengan jalan ke Persiaran Perdana sepanjang presint 2, 3 & 4 ni....




Laluan sepanjang Persiaran Perdana dari masjid sampai ke PICC hampir dipenuhi dengan khemah aktiviti, pameran & jaulan... emmmh, nampak macam ada funfair je kat hujung tu... bolehlah bawak anak-anak.... :)



Untuk memudah sedikit, aku sediakanlah beberapa link yang mungkin dapat membantu... ok...-Laman web utamanya: http://www.haribelianegara.org.my/

Selasa, 24 Mei 2011

Nur Jihan Dah 6 Tahun.....

Alhamdulillah, 6.30 petang tadi genaplah umur Nur Jihan 6 tahun kalau ikut tahun masihi... kebetulan pulak kena hari yang sama(Selasa)... Seperti tahun-tahun lepas, kami sambut kecil-kecilan, orang kata ala kadar je... Nur Jihan ni sejak masuk tadika Yadim, dah pandai tengok kelendar... Maklumlah, agaknya cikgu kat sekolah tu tulis tarikh kat papan hitam hari-hari... tu yang dia ingat kalau kita tanya hari ni berapa haribulan... :)


& semenjak dia pandai tengok kelendar tu lah, hari-hari dia tanya ibunya "ibu, bila nak twenty four ni...?" -speaking!, tak pernah dia kata dua puluh empat... awal-awal dulu kami akan tanya balik "kenapa dengan twenty four..?" dia jawab "kan twenty four tu hari jadi kakak".... kami pun tersenyum & bagitau dia yang harijadinya 24 May, bukan tiap-tiap kali 24 haribulan... Awal-awal dulu ada juga dia tanya, "bila kita nak beli goodies?, kakak nak bagi-bagi kawan kakak kat sekolah..".... Agaknya dah biasa sangat kami belikan goodies untuk kawan-kawan masa kat taska dulu, itu yang dia sangka benda tu macam satu kewajipan kalau nak tiba tarikh harijadinya... :) Terpaksalah kita pujuk & bagitahu yang goodies macam dulu-dulu tu cuma sesuai untuk budak-budak kecik kat taska, bukan kanak-kanak sekolah, barulah dia faham....






Balik kerja petang tadi sempatlah kami singgah kedai untuk beli kek kecil buat sambutan ringkas lepas solat maghrib tadi... Jihan pun nampaklah happy sikit... maklumlah dah berbulan-bulan dia tanya bila nak sampai twenty four May..... Tapi yang paling happy tentulah Hafiy, tak kira hari jadi siapa pun, tetap ada hadiah yang sama untuk dia... tak aci betullll.... :)



Tahun ni kami hadiahkan Nur Jihan storybook pillow... (bantal buku cerita) -sambil-sambil peluk bantal nak tidur tu, bolehlah baca buku cerita... :)... Kalau Jihan dapat hadiah tu, maknanya si Hafiy pun dapatlah hadiah yang sama... Nur Jihan dapat Dora, Hafiy pulak spiderman....



Alhamdulillah, Nur Jihan nampak semakin matang dalam usianya... insyaAllah, sebagai satu amanah, kami akan sedaya upaya mengasuh & mendidiknya menjadi anak yang berjaya dunia & akhirat...




Buat Nur Jihan.... Sempena ulangtahun kelahiran yang ke 6 ni, Abah & Ibu doakan semoga Nur Jihan membesar dengan sihat & cerdas, bijak, pintar, rajin, serta menjadi anak yang solehah... & semoga sentiasa dirahmati Allah.... insyaALLAH....


5 Masalah Utama Berpindah Ke Rumah Baru

-



Apa yang aku senaraikan kat bawah ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri serta kawan-kawan, sebelum, semasa & setelah berpindah masuk ke rumah baru... Kalau ikutkan ada lagi perkara atau masalah lain yang mungkin lebih besar atau remeh, tapi aku cuma senaraikan 5 perkara atau masalah yang biasa terjadi... Sekurang-kurangnya, kawan-kawan di luar sana akan sedia maklum & selain sebagai persediaan mental & fizikal bahawa masalah yang mungkin atau bakal timbul ini hanyalah perkara yang biasa terjadi... jadi, tak perlukan kelam kabut atau merasakan hanya kita sahaja yang menghadapi masalah seperti ini di rumah baru.... oklah, 5 masalah utama yang berjaya tersenarai adalah seperti di bawah...


SEBELUM MASUK.....
1. Wiring... untuk pemasangan lampu, kipas dsb...

2. Grill... penting ni, untuk keselamatan kecuali rumah kita disediakan security guard & alarm....
3. Piping... terutama yang melibatkan sinki atau kabinet dapur...

4. Renovation & cuci rumah.... yang ni biasalah. Ikut selera & kemampuan tuan rumah kalau ada mana-mana struktur rumah yang nak diubahsuai atau ditambah... contohnya kabinet dapur, kornis, plaster siling, garaj, cuci lantai, polish lantai atau sebagainya...


5. Mengecat... Elok dilakukan sebelum berpindah... nampak mudah, tapi penat jugak & kena ada bajet khas kalau nak mengupah tukang cat...



SEMASA MASUK....


1. Masalah logistik...
- Pengangkutan untuk berpindah... nak senang, sewa lori je....


2. Railing & pemasangan langsir... boleh buat sendiri...






3. Mengemas atau susunatur barang-barang rumah.... Biasa terjadi, berkotak-kotak barang akan dibawa dari rumah lama, tapi mungkin hanya separuh sahaja barang yang akan digunakan semula... Selebihnya tu, mungkin takkan dibukak atau terusik selama beberapa tahun... percayalah... Jadi, pastikan hanya barang yang diperlukan sahaja dibawa masuk ke rumah baru....

-Baru tersedar betapa pentingnya bilik setor... Selalunya awal-awal berpindah, hampir semua bilik iras-iras macam bilik setor....




4. Masalah tekanan air paip... Selalunya baru sedar bila kali pertama nak guna mesin basuh.... air terlalu perlahan.... sebabnya kebanyakan rumah sekarang menggunakan sistem tangki diatas bumbung, bukan air direct... jadi tekanan air tu agak perlahan... air direct pulak biasanya hanya disambungkan kepada sinki dapur je... masa nilah baru terfikir nak buat bypass atau sebagainya...

5. Nampak macam ada beberapa lagi renovation untuk pagar, laman atau sebagainya.... Takpe, tunggulah bila ada rezeki lebih nanti...

Kan senang kalau pandai ikat batu bata sendiri...




SELEPAS MASUK....



1.Baru perasan ada kesan kebocoran pada bumbung... Kebocoran akan menyebabkab tompokan kuning atau kekotoran pada siling...


2. Masalah Tangki air.....


-Pelampung tangki air patah atau rosak... kebanyakan alat pelampung di tangki air rumah baru menggunakan jenama yang tak berapa nak branded... tapi bukanlah cap ayam...


-Tangki bocor.... masalah berat ni... tiba-tiba je bil air melambung....



Inilah komponen tangki air yang sering bermasalah...


3. Masalah paip & tandas...


-Paip bawah tanah bocor.... masalah ni lagi berat.... tapi lebih berat kalau kebocoran tu tak dapat dikesan seperti kebocoran bawah tanah yang terletak di bawah lantai rumah atau dinding....


-Flush tandas rosak.... biasa tu... confirm kena settlekan sendiri....


-Sinki tersumbat... elakkan membuang sisa makanan atau lebihan minyak ke lubang sinki...
-Kebocoran dari bilik air tingkat 2...


Biasa terjadi flush handle patah atau rosak...


4.Cat & Rekahan dinding...


-Rekahan atau keretakan halus pada dinding yang mula kelihatan...


-Cat dinding yang bersebelahan dengan bilik air seakan mengelupas atau terkopek.... biasa.


5. Mahkluk perosak...


-Lipas, tikus, cicak dsb..... sila jaga kebersihan..


-Anai-anai.... lebih bahaya sebab bersarang bawah tanah...


Nampak mudah, tapi perlu berhati-hati & kena pastikan penyambungan yang betul...


Sebahagian masalah yang tersenarai di atas memang perlu diserahkan kepada pakar untuk diselesaikan... yang penting ada modal... Namun, sebahagiannya pula perlu diuruskan sendiri oleh tuan rumah... masa ni lah baru kita terfikir betapa pentingnya ilmu Kemahiran Hidup serta Seni Perusahaan J... Sebab kebanyakan perkara asas dalam D.I.Y memang pernah diajar masa sekolah dulu.... itulah pentingnya D.I.Y education J....


ok, cukup untuk kali ni...sekadar makluman untuk mereka-mereka yang akan, baru atau telah berpindah masuk ke rumah baru..... Jangan risau atau kalut apabila anda menghadapi sebahagian masalah yang disenaraikan... itu semua perkara yang biasa dihadapi oleh pemilik-pemilik rumah & boleh diselesaikan.... Biasanya untuk tahun-tahun awal duduk rumah baru, kita akan sering mengunjungi hardware hingga tauke hardware tu pun boleh cam muka kita.... J


Isnin, 23 Mei 2011

Sukan Tahunan Tadika Yadim 2011...

-

Nur Jihan mengetuai acara perbarisan....


Alhamdulillah, selesai sudah acara Sukan Tahunan Tadika Yadim 2011.... Sebenarnya sejak hampir dua bulan lepas, anak-anak memang dah standby untuk majlis sukan ni... tiap-tiap pagi selasa & rabu diorang bersama kawan-kawan kat Tadika Yadim tu akan berpakaian sukan semasa ke sekolah.... Semalam sempatlah kami belikan kasut baru khas buat Jihan untuk acara sukan ni... -beli kat JB tu.... :)


Tiga kapten setiap pasukan dari rumah merah, biru & kuning yang juga mengetuai kontinjen perbarisan untuk acara perasmian... :)


Hafiy & pasukan rumah kuning bersedia untuk acara perbarisan... -rumah kuning juara untuk perbarisan hari ni... :)

Antara Jihan & Hafiy, Jihanlah yang nampak lebih teruja & bersedia... Tapi, setiap petang balik sekolah dalam seminggu dua ni, dia macam tak confident dengan kemampuannya bersama pasukan rumah biru untuk menang... pagi tadi masa dalam kereta pun ada jugak dia kata "rumah kuning dengan merah lagi kuat, kakak rasa mesti rumah biru tak boleh nak menang..." Dengar dia mengeluh macam tu, kami terus bagi semangat & sokongan moral kat dia, aku balas "kan Jihan dah berlatih tiap-tiap hari selasa dengan rabu, hari ni Jihan buatlah betul-betul... Kalau tidak nanti Hafiy sorang je bawak balik hadiah..." Hafiy pulak, macam biasa je (dia rumah kuning)... takde perasaan... Biasalah budak bawah umur lagi, baru 4 tahun setengah, suruh main dia main, suruh belajar pun dia main jugak... :) yang penting seronok....



Jihan & ahli kumpulanya besredia untuk beraksi dalam acara pas buah kelapa.. :)


Hafiy sedang beraksi bagi acara tali & straw...


Apa-apapun alhamdulillah... Penampilan Jihan dalam acara sukan kali ni nampak sedikit menonjol... selain sebagai kapten rumah biru, Jihan juga diberi 'mandat' mengetuai kontinjen sukan Tadika Yadim 2011.. -bawak sepanduk je :) & yang paling tak sangka, pasukan rumah biru yang diketuainya banyak memenangi acara yang dipertandingkan sehingga muncul juara keseluruhan... happy betul Jihan.... :)

Jihan, selepas menerima pingat kemenangannya....



Seronok betul Hafiy dapat dua hadiah, sebab masuk dua acara....





"Yeeeaah! menang lagi..." Walaupun hanya membawa balik satu pingat, Jihan tetap seronok sebab pasukan biru kerap menang setiap acara yang dipertandingkan... -Melonjak setiap kali rumah biru diumumkan sebagai pemenang... :)




"Akulah Juara"... Jihan menjulang piala pusingan untuk pasukannya...





Jihan bersama ahli pasukannya yang berjaya menggondol hadiah keseluruhan & piala pusingan...




Seronok dengan pingat masing-masing...

Keseluruhannya, acara sukan ni nampak berjaya & meriah... budak-budak pun nampak seronok tak kiralah samada menang atau kalah sebab diorang tak kisah semua tu... yang penting dapat bermain dengan kawan-kawan & dapat hadiah....



Heiiii! Baby Zair pun dapat satu pingat...? tak aci ni....


Keputusannya, kami berjaya bawa balik 4 hadiah, dua dari Hafiy sebab dapat masuk dua acara 4 & 5 tahun (naib johan & ketiga), 1 dari Jihan untuk acara pas buah kelapa(johan), & satu dari bapak diorang hehehehe.. aku lah tu... acara untuk bapa -masukkan benang dalam jarum... nasib baik mata tak rabun, kalau tidak bukan benang yang masuk jarum, tapi jarum tu yang tercucuk kat jari... :)


Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...