Klik je...!!!

Memaparkan catatan dengan label Jom Deko-Deko. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jom Deko-Deko. Papar semua catatan

Khamis, 19 Januari 2012

Jom Deko-Deko...::Pintu Peti Surat::


Ini projek akhir tahun lepas yang dah lama dirancang tapi asyik tertangguh je... Projek ni memang simple, tapi leceh jugaklah nak siapkan.... ambil masa seminggu dua sebab cuma guna masa terluang belah malam je.. Kalau dihimpunkan masa yang aku peruntukkan, kurang daripada 24 jam je sebenarnya...
-
-
Bahan-bahan mentahnya biasalah, kayu 1 X 2, gam kayu, skru, kertas pasir cat, cermin & engsel kecil... peralatan pun yang biasa-biasa je... kos tak boleh nak agak sebab semua bahan memang dah sedia ada...
-
-
Mula-mula tu biasalah, tarik-tariklah stok kayu yang masih tersimpan kat belakang rumah tu... lepas potong mengikut ukuran, aku lekatkan dengan gam kayu & skru untuk pastikan setiap cantuman tu betul-betul kuat.... Rumit sikitlah setiap sudut penjuru untuk cantuman tu kena betul-betul tepat... lepas tu nak kena pahat sikit belah sisi untuk ruang cermin... cermin tu aku dapat dari pintu peti surat alumunium yang asal...
-
-
Lepas siap semua cantuman, & gam pun dah cukup kering, barulah boleh gosok untuk melicinkan permukaan kayu tu....
-
-
Proses seterusnya biasalah, mengecat.... Hahhh, cat ni paling kurang kena buat 2 layer untuk pastikan cat tu betul-betul rata, melekat & warnanya lebih gelap sikit... Lepas betul-betul kering, barulah boleh dipasangkan kat tempatnya... ok, siaplah... oh ya, jangan lupa tombol pintu tu, pilihlah yang comel-comel sikit, sesuaikan dengan saiz pintu tu... simple je ye tak...? Tak kisahlah, asalkan peti suat tu bertutup & tak ditempiasi hujan atau debu-debu, ok lah tu....
-

Khamis, 29 September 2011

::Leca:: Pelengkap Tanaman Berpasu




Lama dah rasanya tak bercerita pasal aktiviti kat laman. Maklumlah, sejak dua tiga bulan ni masa seakan berlalu begitu pantas. Mungkin semua ni kesan dari kesibukan hakiki tugas rasmi yang sedikit sebanyak memberi implikasi terhadap emosi & rohani yang terasa begitu penat & keletihan sehingga menghadkan kemampuan & keinginan untuk menulis atau mengupdate blog... Takpe, blog ni pun aku anggap sekadar diari masa lapang je, jadi takdelah wajib untuk diupdate setiap hari kalau memang dah takde kelapangan... yang penting tugas di pejabat & tanggungjawab sebagai suami & ayah di rumah dapat dilaksanakan sebaiknya.... Kerja didahulukan, Keluarga diutamakan.... hehehe..








Ok, kali ni aku nak bercerita tentang satu bahan pelengkap dekorasi tanaman yang biasa tapi agak jarang kita nampak, terutamanya pada pasu pokok-pokok hiasan di pejabat atau pusat membeli belah. Bahan yang aku maksudkan ialah Leca... leca ni adalah singkatan dari Lightweight Expanded Clay Aggregate... Sebenarnya aku sendiri baru je kenal dengan bahan ni awal tahun hari tu... Itu pun sebab aku kena berurusan dengan kontraktor yang membekalkan pokok-pokok kat pejabat... Orang kata tak kenal maka tak cinta, bila dah tahu fungsi & peranan leca ni barulah aku terfikir nak cari untuk pokok-pokok kat laman rumah tu...




Demi memenuhi misi mencari Leca, jambatan usang pun sanggup kami seberangi... -Suasana meniti jambatan di salah satu nursery kat Sungai Buloh...



Aku ada tuliskan sedikit maklumat tentang leca kat bawah ni... Mungkin tak berapa tepat atau tak cukup lengkap, tapi memadailah untuk difahami apa itu leca, bahan, pembuatan, fungsi & kelebihannya... Tapi secara ringkas, leca yang berbentuk seperti kekacang ini befungsi sebagai pelengkap kemasan tanaman berpasu yang mampu mengekalkan kelembapan & 'pernafasan', serta melindungi akar pokok dengan lebih baik, selain menutup permukaan tanah yang mungkin tidak berapa cantik untuk dilihat... Sebenarnya, hampir setengah hari kami habiskan di Sungai Buloh (berhampiran hospital) sebelum misi mencari & membeli leca ini berjaya dilakukan. Leca ni jarang digunakan untuk tanaman hiasan di rumah, mungkin sebab kita tak berapa nampak kegunaan & kebaikannya. Harga pun boleh tahan RM5 sekilo.... Tapi awas jika ada anak kecil!!! takutlah disangkanya kacang.... Mungkin leca ni hanya sesuai untuk tanaman berpasu di luar rumah...




Leca ni mungkin lebih sesuai untuk tanaman indoor yang jarang disiram atau kawasan laman berbumbung yang tidak terlalu terdedah dengan matahari...





Sedikit maklumat tentang LECA...




LECA adalah jenis tanah liat khas yang telah dibentuk seperti pelet kekacang dan dibakar dalam oven berputar pada suhu yang sangat tinggi. Dengan pembakaran itu, sebatian organik di dalamnya memaksa pelet untuk berkembang dan berongga manakala permukaan luar menjadi cair & akhirnya mengeras. Pelet seramik yang terhasil adalah ringan, berliang dan mempunyai kadar rintangan yang tinggi serta mampu mengekalkan kelembapan melalui air yang tersimpan di dalamnya.



LECA adalah produk semulajadi yang tidak mengandungi bahan berbahaya. Ianya lengai dengan
nilai pH neutral, tahan fros dan bahan kimia, tidak akan rosak di dalam air, tidak terurai, tidak mudah terbakar.





Antara kelebihannya untuk tanaman ialah...


Menggalakkan pertumbuhan sihat... Lebh 90% daripada Oksigen yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan di’hirup’ oleh bahagian akar. Apabila akar mengalami ‘kesukaran bernafas', akibat siraman berlebihan atau kepadatan tanah yang keterlaluan, kesuburan & pertumbuhannya boleh terbantut. Dengan penggunan leca yang menyimpan beribu-ribu laluan terbuka untuk pertukaran gas dan saliran air. persekitaran akar akan menjadi lebih sihat & dapat mengekalkan kesuburan & pertumbuhan baru.


Membantu mencegah pereputan akar... Meningkatkan tahap oksigen dan kelembapan yang lebih baik.


Mengurangkan keperluan air... dengan lapisan leca setebal 1-2 inci, kerugian akibat penyejatan dapat dikurangkan dan berkesan memulihara air serta menjarakkan masa siraman.

Menghalang alga dan kulat... Leca juga berperanan untuk mengelak cahaya matahari terus menyuluh ke bahagian pangkal pokok atau permukaan tanah. Dengan itu, ia secara tak langsung menghalang alga bermasalah daripada tumbuh di permukaannya. Lapisan leca 'kering' ini juga mencegah kulat daripada 'menjajah' permukaan tanah dengan memusnahkan larva.

Kestabilan fizikal bagi tanaman... Dapat bertindak sebagai bahan pemberat tambahan ntuk pokok/tanaman didalam bekas kecil.


Menambah keserian pada tanaman...Tanaman akan kelihatan lebih kemas dan bersih secara semulajadi kerana kewujudan leca yang menjadi penutup permukaan tanah & pangkal pokok, sedikit sebanyak dapat menutup keserabutan akar atau kecacatan yang ada dibahagian tersebut.


Jumaat, 24 Jun 2011

Jom Deko.... Dinding Ruang Tamu...



Kali ni aku nak mendeko dinding ruang tamu yang aku rasakan masih ada ruang untuk diberi nafas baru.. Deko kali ni melibatkan sedikit kerja-kerja DIY... Sebelum ni dinding ruang tamu aku hiaskan dengan 3 lukisan alam semulajadi berbingkai hitam yang kami beli di Ikea kira-kira 5 tahun lepas.... Tahun lepas pulak aku gantikan dengan 3 lukisan abstrak yang aku beli kat Laras Anjung, Nilai... Tapi macam tak berapa sesuai sebab nampak lukisan -lukisan tu terlalu besar untuk ruang tamu kami yang agak kecil...




Dekorasi kali ni aku gunakan kayu berukir (kerawang) yang aku beli di Nilai 3... Dah lama dah kami berminat dengan kayu-kayu berukir yang dijual kat Kedai-kedai Kraftangan Sarawak tu... tapi tak ada idea macamana nak menghiasnya kat dinding atau rumah... Jadi hari tu, bila nampak sekeping kayu berukir siap berbingkai yang dijual, aku dapat idea macamana nak jadikan dekorasi tu lebih menjimatkan & lebih nampak kreatif dari segi persembahan pada dinding... So, tak perlulah aku beli kayu berukir siap bingkai yang harganya mencecah RM250++.... tapi, aku beli dua keping kayu berukir lain yang juga berbentuk kerawang tanpa bingkai yang harganya jauh lebih murah... saiznya pulak jauh lebih panjang...




Dengan sedikit kreativiti & inovasi... hehehe... aku cuba fikirkan penampilan dekorasi dinding yang lebih ringkas, menarik & nampak kelainan... tak kisahlah kalau ianya hanya menarik di mata aku sahaja, tapi sekurang-kurangnya aku puashati sebab ia melibatkan sedikit projek DIY yang dah lama aku tinggalkan...




Aku cuba buatkan bingkai buat kepingan kayu kerawang ni... Bahannya mudah je, aku cari dua batang kayu 2 X 1 inci sepanjang 8 kaki kat hardware berhampiran... kos untuk kayu lebih kurang Rm10 sahaja... potongkan mengikut ukuran yang tepat.... cantumkan dengan beberapa skru & kemudian catkan dengan warna perabot laman rumah kami yang masih ada dalam simpanan... bila cat dah kering, gantungkan terus kat dinding mengikut kedudukan seperti bingkai gambar sebenar...




Bila dah digantung, kombinasi kesemuanya kelihatan seperti satu bahan dekorasi dinding yang memang wujud dalam satu set, padahal tiga-tiga elemen ni tidak bercantum antara satu sama lain.... mudahkan.... nampak dinding lebih kemas dengan sentuhan elemen kemelayuan....







Untuk sesiapa yang berminat, kayu berukir ni aku beli kat kedai Sarawak di Nilai 3 hujung minggu lepas... Kalau tak silap, Ada 4 kedai barang kraftangan Sarawak kat Nilai 3 tu, kenalah survey2 dulu harga sebelum membeli... harga dijual adalah berdasarkan saiz... jadi pilihlah mengikut budget, kesesuaian & citarasa...











*Mata masih tak mengizinkan untuk aku menatap skrin lap top ni terlalu lama... 15 -20 minit pun dah rasa pedih.. rasanya 3 atau 4 hari lagi atau mungkin seminggu lagi baru boleh pulih sepenuhnya.... paling kesian kat anak bujang aku Hafiy, walaupun dah seminggu, matanya masih tak sembuh, hari ni langsung tak dapat nak bukak mata.... semoga kami cepat sembuh, insyaAllah...

Rabu, 8 Jun 2011

Jom Deko-Deko... Dwarf Umbrella Tree

-


Hujung minggu lepas, kami duduk berehat & bersantai di rumah je. Bukanlah maknanya duduk berehat je, tapi duk rumah buat apa yang patut -mengemas, berkebun dsb... maklumlah setelah beberapa minggu sibuk siang malam... petang ahad tu sempatkan mendeko sikit beberapa anak pokok dwarf umbrella tree yang aku beli kat nursey Xue Bang dua bulan lepas... Bolehlah buat hiasan kat atas meja rumah atau ofis...


Deko kali ni aku buat simple je... bahan-bahan pun takdelah susah sangat nak cari... Apa yang aku perlukan aku cuma tanah, sedikit baja organik, pasu kecil & yang penting untuk finishing adalah lumut hijau... lumut ni biasa kita nampak menumpang kat batang-batang pokok atau tanah yang lembab terutama di sekitar pokok sawit... -kebetulan beberapa hari sebelum tu kami ke klinik kesihatan untuk checkup Zair... masa menunggu tu teringat yang klinik tu dikelilingi dengan kebun sawit, jadi bila jenguk-jenguk tu, alhamdulilah... memang melambak kat situ...





Mula-mula masukkan sedikit tanah ke dalam pasu kecil yang dah disediakan... aku keluarkan anak pokok yang aku semai tu & masukkan terus ke dalam pasu, tutup sikit bahagian tanah asal dengan tanah baru.....





Tinggalkan sedikit ruang untuk lumut hijau.... kalau ikutkan pasu kecil warna coklat kemerahan yang aku guna ni memang tak berapa sesuai sebab terlalu tinggi, nampak tak berapa sesuai kalau nak buat stail bonsai... tapi untuk penjimatan sementara ni, bolehlah digunakan dari membazir... lepas dimasukkan lumut tu, bolehlah dicucukkan sedikit beberapa lubang kecil untuk diselitkan baja... baja pun tak perlu banyak sebab tanahnya pun sedikit & pokok masih muda & kecil... selesai semua tu, siramkan sedikit air untuk melembabkab lumut & tanah...





Seeloknya guna pasu bonsai kecil macam ni, sebab bila bubuh lumut tu sampai terkeluar dari aras ketinggian pasu, nampak ia lebih menyerlah... tapi macam aku kata tadi untuk penjimatan sementara belum ada pasu yang sesuai, bolehlah diguna... & hasilnya seperti di bawah..... Bolehlah buat hiasan untuk meja kat ofis atau rumah...




Siap pun.... Amat mudah untuk menjaganya kerana pokok tak perlu siraman yang kerap jika diletakkan di dalam rumah atau pejabat kerana kelembapan yang ada mampu membekal air sehingga tiga ke lima hari... -Tidak sesuai untuk pendedah penuh di bawah cahaya matahari... ok, itu sahaja deko-deko untuk kali ni, selamat mencuba....


-Idea menggunakan lumut hijau ni sebagai finishing aku belajar dari sorang tauke nursery dalam satu pameran lanskap kat Bangi.... Sebelum tu aku tak berapa pasti boleh ke lumut ni di gunakan, tapi bila dah nampak pakar bonsai sendiri buat depan mata, aku pun beranilah praktikkan... insyaAllah, harap-harap tak memudaratkan...


Jumaat, 22 April 2011

Jom Deko-Deko... Ribbon Plant...






Curi masa sikit sebelum gi solat jumaat... sempat lagi ni.... Hari ni aku nak buat deko sikit untuk hias meja sisi kat ofis aku ni... Simple je.. sape-sape pun boleh buat, tapi sajelah nak tunjuk untuk bagitau kat mereka-mereka yang mengganggap kerja-kerja mendeko ni leceh & susah... taklah leceh mana pun.... makcik cleaner pun selalu buat untuk bilik-bilik air kat pejabat tu... ye tak...?



Deko hari ni, aku nak buat hiasan pokok air untuk meja sisi kat ofis... ok.... bahan-bahan yang diperlukan pun simple je... dua keratan pokok ribbon plant... oh ya, spesis ni ada banyak jenis, mana-mana jenis pun boleh... kemudian sediakan satu balang kaca -tinggi lebih kurang 6 - 8 inci... -bergantung pada ketinggian keratan pokok tu... & satu lagi, beberapa ketul batu kecil... tak kisah batu sungai atau batu hiasan taman, warna pun ikut citarasa... last sekali, mestilah ada air...


Ok, cara penyediaannya, masukkan air lebih kurang separuh dari ketinggian balang kaca tadi... -kalau dapat biar semua akar tu terendam... Kemudian masukkan keratan pokok, susun ikut selera, tak kisahlah nak bagi center atau menyendeng... lepas tu masukkan semua ketulan batu perlahan-lahan, supaya balang tak pecah air tak terpercik... hahh! siaplah...



- Pokok ribbon plant(Dracaena Sanderiana) yang aku guna ni dah tumbuh akar sebab aku dah rendam kat botol mineral lebih kurang 3 minggu... nampak unik sikit bila ada akar tu... & terjamin jugaklah yang pokok ni boleh hidup... ok, selamat mencuba...



Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...