Klik je...!!!

Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Jun 2013

Floria Putrajaya 2013

 
 


 Jika anda peminat seni taman dan bunga-bungaan, Inilah destinasi wajib datang dan mesti tonton, hehehe... bukan tonton wayang ye, tapi datang menyaksikan dan melihat sendiri pelbagai produk seni hiasan taman dan laman yang mengasyikkan.... mengasyikkan?.. emmm, bolehlah...
 


 
Kami tak pernah miss datang ke Floria Putrajaya ni sejak kali pertama diadakan.... walaupun kordinasi dan suasananya hampir sama setiap tahun, tapi kepuasan bila dapat melihat, memerhati dan menikmati keindahan bunga-buangaan, tak kiralah yang dipamer atau untuk dijual, semuanya best.... yang tak pernah berkesempatan datang tu, bolehlah ke sini tahun depan.... ok, inilah sebahagian kenangan yang sempat dirakam untuk floria kali ni....


 




 

Jumaat, 7 Jun 2013

Santai di Tanjung Balau...

 
 
 
Sempena cuti sekolah, kami sekeluarga baliklah ke kampung di Johor... biasalah, cuti sekolah nilah yang paling sesuai bawa anak-anak berjalan atau balik kampung... Kali ni kami sempat bersantai di pantai Tanjung Balau bersama keluarga belah cik puan...
 
 
 
 
Masa untuk berehat dan menjamu selera selepas siap mandi & menukar pakaian.....
 
 
Sempatlah berposing lepas penat mandi manda kat pantainya yang landai tu... Alhamdulillah, cuaca redup, air pun tengah pasang masa kami tengah sibuk mandi kat pantai tu... Tak dapat nak rakam aktiviti di pantai sebab takut handset kena air masin.... hehehe...
 
 
 
Hafiy dan sepupunya, Baqir... ....
 
 
 
 
 

 First time lalu highway Desaru Pasir Gudang.... tergamam jugaklah sekejap tengok struktur jambatan Sungai Johor ni....
 
 
Tak rugi bersantai ke Tanjung Balau ni.... bolehlah pergi lagi bila-bila cuti ke Johor nanti....
 
 
 

Khamis, 31 Januari 2013

Santai di Putrajaya...

 
 
 
Dah lama tak bawak anak-anak bersantai di Putrajaya.. 2 minggu lepas bawaklah diorang semua ke Dataran Putra... tak ke mana pun, saje lepaskan diorang berseronok & bebas bermain kat playground...
 
 
 
Simanja kami bertiga ni memang suka bermain kat playground. & diorang tak kisah walau sesimple mana atau kat mana sekalipun.... yang penting boleh berseronok... kena pulak masa datang tu, kami je yang ada kat situ....
 
 
 
Kenangan Jihan & Hafiy di tempat yang sama tahun 2007.....
 
 
Kali terakhir kami ke sini tahun 2007, masa tu umur Hafiy baru 5 bulan... Jihan pun baru nak masuk 2 tahun.... tak sangka pulak gambar kat atas ni masih elok dalam simpanan.... aku & cik puan pun kira muda jugak le masa tu... muda 6 tahun dari umur sekarang ni... hehehe...
 
 
 
Apa-apa pun, Zair le yang paling seronok........
 


Setiap kali bergambar, Jihan & Hafiy mesti nak tunjuk peace, & setiap kali tu le Zair mengira jarinya untuk buat peace jugak, tapi tak pernah betul... tetap keluar 3 jari.....

Isnin, 10 Disember 2012

Seketika Di Teluk Cempedak...

 


Setelah bermalam di homestay kat Cherating, siangnya kami pun bersiaplah untuk pulang. Tapi sebelum tu kami memang dah plan untuk singgah ke pantai Teluk Cempedak... saje bawak anak-anak & the geng mandi manda kat pantai yang ombaknya boleh tahan 'ganas' jugalah... Ini kali pertama kami ke Teluk Cempedak ni... wah! memang cantik tempat ni...

Kesejukan walaupun tengah panas terik......
 


  Seronok betul tengok budak-budak tu main air....

 
Pantai Teluk Cempedak ni memang cantik... tapi kena awasi anak-anak kalau nak lepaskan diorang main air atau mandi... ombak boleh tahan tinggi... budak-budak memang seronok dengan ombak yang nampak sedikit 'ganas' & tak berhenti memukul pantai macam tu... yang penting anak-anak seronok....
 
 
Lepas puas main air, makan kat McD.....
 
 
 Tengah pilih-pilih gambar tetiba terperasan memek muka Hafiy yang bermacam ragam ni... hehehe..
 
 
 -

Selasa, 27 November 2012

Santai di PD...




Ni kejadian beberapa minggu lepas.. Saje bawa famili makan angin di PD.. Biasanya kami berkelah kat pantai Bagai Lalang je, tapi disebabkan hujung minggu tu ada tugas di Senawang & bermalam di Seremban, so singgahlah sekejap kat pantai Port Dickson ni... Dapatlah anak-anak melepaskan kerinduan bermain pasir & bercanda di pasiran pantai.. 


hehehe... tengoklah betapa seronoknya diorang menimbulkan diri dengan pelampung masing-masing......


 Jomlah mandi....


 Sempat pulak Jihan ni kutip kepah....


Zair paling puas mandi sebab masuk air paras lutut kita pun dah kira dalam buat dia...hehehe... maklumlah, cemetot je....




Ahad, 18 November 2012

Cameron Highland 2.0 ::Day 3::




Hari ketiga percutian di Cameron Highland 2.0 ni kali ni kami sempat melawat kebun teh & mandi manda di Air Terjun Lata Iskandar... memang seronok... tapi seronok untuk bergambar je, bukan sebagai pekerja kebun teh.... mencabar jugak nak menjelajah kebun teh tu rupanya.....

Air terjun Lata Iskandar memang best, airnya memang dah tentu jernih & sejuk.... seronok anak-anak dapat main air & mandi manda......

Hari Ketiga.....


 Sempatlah menjamu selera selepas penat memetik daun teh.... hehehe...



 Sessi mengeringkan badan selepas kesejukan bermain air di Lata Iskandar...


Keseronokan sebelum perjalanan pulang.....



Cameron Highland 2.0 ::Day 2::




Hari kedua percutian di Cameron Highland.... Sempatlah kami melawat ladang strawberi, Kea Farm, taman bunga & Pasar malam Brinchang sekali lagi.....

Hari kedua....



 
 Seronok betul nampak Zair tu kan..... aksi di ladang strawberi....



Berjaya jugak akhirnya memetik buah strawberi sebelum bershoping sakan di Kea Farm...


Aksi menarik sebelum keluar beriadah di taman bunga....







Cameron Highland 2.0 ::Day 1::




Sempena cuti umum & cuti sekolah yang baru bermula, aku tak lepaskan peluang bawa famili bercuti. Buat kali keduanya kami sekeluarga bercuti ke Cameron Highland....

 Tak tahu kenapa Cameron Highland masih menjadi pilihan, mungkin sebab percutian pertama hujung tahun lepas banyak kekurangannya dari segi perancangan. Masa tu booking hotel pun kami buat last minute... Tapi kali ni, kami rancang lebih awal... dua tiga bulan sebelum ni... so, puas hatilah....

Kali ni kami dok Cameron 3 hari 2 malam, so sempatlah ke ladang strawberi, kebun teh, Lata Iskandar, pasar malam Brinchang, Kea Farm... emmm, macam-macamlah aktiviti kami....

Sempatlah aku rakamkan beberapa gambar untuk kenangan bercuti kali ni....

Hari pertama...

Tengok tu Zair Iman, seronok betul bila kami ajak keluar....


 Masing-masing tunggu depan pintu, tak sabar nak keluar ambil angin malam Cameron....


 Jalan-jalan kat pasar malam Brinchang... sempatlah beli sourvenir....


Hafiy & Jihan, masing-masing bergaya dengan sweater barunya......


Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...