Klik je...!!!

Memaparkan catatan dengan label Geng Kebun dan laman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Geng Kebun dan laman. Papar semua catatan

Rabu, 8 Jun 2011

Lawatan Terbaru Geng Kebun....

-


Baru-baru ni kami sempat buat satu lagi kunjungan ke salah sebuah rumah sahabat yang baru je mendaftarkan keahliannya sebagai 'Geng Kebun' bulan lepas... mudah je nak join geng kami ni, tak perlu borang B, J atau Y... tiada yuran keahlian, yuran tahunan, beli barangan tertentu dsb... yang penting mempunyai minat yang mendalam kepada alam semulajadi serta seni berkebun & menghias laman... & lebih afdhal lagi kalau duduk rumah sendiri... hehehe.. lawak je ye, jangan ada orang kat luar sana yang nak mendaftar pulak... Geng Kebun kami ni satu kelab yang tertubuh secara automatik di pejabat akibat 'virus sindrom gila berkebun & gila menghias laman' yang berjaya aku sebarkan secara senyap & terancang dengan bantuan beberapa rakan... Memang tak berdaftar...heheheh..



Antara koleksi pokok hiasan yang terdapat di laman rumahnya



Ok, berbalik pada lawatan terbaru Geng kebun baru-baru ni... kami berkunjung ke rumah salah seorang rakan sepejabat yang juga ahli kelab... Lokasinya masih di sekitar Lembah Klang... hanya beberapa ratus meter dari rumah penyanyi no. 1 negara....


Bertuah badan sebab dapat tanah & ruang Yang luas untuk laman


Nak kata dah lama berkecimpung dalam bidang seni menghias laman ni, tidak jugak, tapi lawatan pertama kami ke sini telah membuktikan yang sahabat kami ni memang betul-betul minat berkebun... Bayangkan dalam masa 2 tahun, lamannya dah pun subur menghijau dengan pokok-pokok hiasan.. & yang paling mengagumkan, hampir semuanya dilakukan dengan tangan sendiri...




Koleksi kesayangan tuan rumah...


Selain kekaguman pada kehijauan di laman, rekabentuk & hiasan dalamannya juga amat menarik dengan konsep tersendiri... Semuanya idea & rekabentuk atas kreativiti & mengikut citarasa tuan rumah... Disebabkan ruang dalam rumah ni aku rasa agak privasi sikit, so aku tak dapat nak letakkan banyak imej untuk ini, cukuplah satu imej yang terselit tu...


Jumaat, 6 Mei 2011

Masih Cerita Lawatan Geng Kebun & Laman...


Ini lawatan tiga minggu lepas ke rumah salah sorang member yang duduk kat Bangi... -salah seorang pengasan 'geng' kami :) ... lupa nak masukkan dalam blog hari tu, tapi pernah jugak aku tunjukkan gambar & cerita pasal pokok 'ong' dia yang dah berbunga...





Rumah ni baru diduduki lebih kurang 6 bulan... nampaknya tuan rumah ni ada citarasa tersendiri... menarik jugak interiornya... simple & kemas...






Tergoda betul bila nampak tempayan-tempayan ni kat beberapa sudut rumahnya... kalau tak silap, ada tiga biji dengan saiz yang lebih kurang sama ... cuba jugak ngecek-ngecek, tapi...... heheheh, kecewa... ye lah, sape yang nak bagi free-free je barang antik macam tu ye tak...? takpe, balik kampung minggu depan, bolehlah aku cari.... :)


Rabu, 4 Mei 2011

Lawatan Geng Kebun & Laman...






Hehehe... ni bukan cerita pasal geng kongsi gelap ye, tapi pasal geng kebun... Geng kebun??? kelakar betullah.. carilah nama yang komersil sikit... Sebenarnya, kedatangan aku ke ofis ni kira-kira 4 tahun lepas sedikit sebanyak bolehlah dikatakan berjaya membawa 'pengaruh rakan sebaya' yang agak berfaedah jugaklah... Pengaruh apa?? pengaruh berkebun & menghias laman rumah... kebetulan kawan-kawan ramai yang dah beli rumah baru, jadi semangatlah sikit diorang nak menghias rumah...







Tengahari tadi sempatlah kami ke sebuah lagi rumah yang terpilih untuk kali ni... saje datang melawat untuk menjengok & memberi pandangan atau cadangan tentang susunatur pokok-pokok & hiasan laman... Kawan sorang ni, sebenarnya bos aku kat ofis... rumah ni pun baru setahun dibeli... itu yang semangat betul tu...




Hasil daripada lawatan, kami buat kesimpulan, bos aku ni memang kreatif, rajin & ada kesungguhan... hehehe.. cuma ada lah sikit-sikit yang perlu di tambah atau diubahsuai... seperti penambahan pergola atau sedikit perabot laman yang ringkas... mungkin sebab belum ditetapkan satu konsep atau tema yang jelas untuk lamannya ni...








Memang nampak kesungguhannya, belakang rumah pun penuh dengan pokok-pokok...







Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...