Klik je...!!!

Ahad, 18 November 2012

Cameron Highland 2.0 ::Day 1::




Sempena cuti umum & cuti sekolah yang baru bermula, aku tak lepaskan peluang bawa famili bercuti. Buat kali keduanya kami sekeluarga bercuti ke Cameron Highland....

 Tak tahu kenapa Cameron Highland masih menjadi pilihan, mungkin sebab percutian pertama hujung tahun lepas banyak kekurangannya dari segi perancangan. Masa tu booking hotel pun kami buat last minute... Tapi kali ni, kami rancang lebih awal... dua tiga bulan sebelum ni... so, puas hatilah....

Kali ni kami dok Cameron 3 hari 2 malam, so sempatlah ke ladang strawberi, kebun teh, Lata Iskandar, pasar malam Brinchang, Kea Farm... emmm, macam-macamlah aktiviti kami....

Sempatlah aku rakamkan beberapa gambar untuk kenangan bercuti kali ni....

Hari pertama...

Tengok tu Zair Iman, seronok betul bila kami ajak keluar....


 Masing-masing tunggu depan pintu, tak sabar nak keluar ambil angin malam Cameron....


 Jalan-jalan kat pasar malam Brinchang... sempatlah beli sourvenir....


Hafiy & Jihan, masing-masing bergaya dengan sweater barunya......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...