Klik je...!!!

Khamis, 17 Disember 2009

Awning Kayu Resak + Polycarbonate...

-
Binaan awning ni terhasil secara tak sengaja, maksud aku takde dalam perancangan asal. Mulanya kami cuma fikirkan untuk mengubahsuai pintu pagar, pagar kayu & kolam ikan je, tapi dipertengahan projek ini sedang berjalan, terfikir pulak nak rombak awning yang baru berusia enam bulan. Sayang jugak, tapi bila dibayangkan hasil awning baru yang tergambar di fikiran & terlukis di atas kertas, ianya jauh lebih praktikal dan menarik dari segi rekabentuk & manfaatnya.. Jadi, tanpa membuang masa aku dapatkan segala bahan-bahan yang diperlukan.
-
ini binaan awning ringkas yang hanya sempat terpasang selama setengah tahun sebelum diupgrade.

ilustrasi gambaran awning mengikut rekabentuk yang terbayang difikiran.-Gambar atas pandangan hadapan, gambar bawah-pandangan sisi.
-
Memandangkan kos untuk mendapatkan kayu bermutu tinggi seperti cengal agak mahal, Aku cuma mampu dapatkan kayu jenis Resak. Itupun dah kira baik dalam kategorinya. Harga untuk Polycarbonate pulak memang dah sedia mahal bagi aku, lebih kurang RM4.50- RM5 sekaki persegi.
Bermula dengan proses potong memotong, mengecat & seterusnya mendirikan binaan. Alhamdulillah, Dalam seminggu aku berjaya siapkan awning ni sepenuhnya dengan sedikit bantuan keringat & kewangan isteri serta sokongan padu anak-anak...
-
Inilah rupa sebenar yang berjaya dihasilkan...

25 ulasan:

  1. salam,
    berapa harga polycarbonate ?

    BalasPadam
  2. salam En. Azid, berapa kos keseluruhan untuk awning ni ye? kalau buatkan untuk saya berapa ye hehehe

    BalasPadam
  3. Anggaran dalam RM1200... pernah jugak tanya-tanya kat luar awning yang agak-agak lebih kurang macam tu, kosnya lebih kurang RM2500-3000. Kalau ikut tukang/pakar, kos keseluruhan biasanya ikut harga barang + upah.. upah dikira sama macam harga barang... Kalau nak jimat memang kena cari barang-barang (bahan mentah) sendiri... Kalau kita serah semuanya kat tukang, diorang akan mark-up sikit harga barang utk naikkan upah.... mungkin nak cover sikit kos pengangkutan lah kot...
    Kalau nak suruh saya buat, payah sikitlah... sebab saya buat untuk rumah sendiri, memang slow & steady je... -curi-curi masa lepas balik kerja.... setakat bagi khidmat nasihat tu oklah.... :)

    BalasPadam
  4. cantik tuan buat ni.. utk pengetahuan tuan, sy teruja sgt dengan apa yg tuan buat kat rumah tuan ni... bnyk bagi idea untuk cantikkan laman rumah. saya dah beli rumah semi d tapi sampai sekarang still takda idea nak buat lanskap n lain lain.. harap tuan dapat bagi idea untuk rumah sy ..

    BalasPadam
  5. emm nak mencelah jugak...shaya (mcm anak en azid, hafiy lak ckp)shaya juga betul2 kagum dgn kemajuan demi kemajuan yang terbina dlm landskap "kecil" en azid..dah hmpir 3thn dok rumah semiD saya tp satu apapn belum terbina.. idea melambak2 bila tgk blog encik ni tpi masa dan modal lah masalah utama...kan bagus kalau smua tu boleh diusahakan sendiri...beruntung ahli keluarga encik...tapi wl apapn...memang betul2 teruja dgn blog ni...i folooo... ;)

    BalasPadam
  6. Terima kasih... saya memang teringin nak cari rumah semiD, tapi rezeki masa beli dulu cuma dapat teres setingkat... tapi, alhamdulillah, saya cuba lakukan apa yang terdaya untuk jadikan teres setingkat yg serba sederhana ni rumah yang paling selesa untuk kami sekeluarga... ikut bahasa hafiy kalau kami bawak dia ke tempat yg kurang menyeronokkannya ("abah, shaya nak balik rumah kita, rumah kita best")... :)

    Kalau rumah semiD tu, macam2 boleh buat sebab ada tanah... kalau tak mampu nak buat sekaligus, bolehlah buat sikit2 dulu mana yang mudah atau penting...

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. as salam tuan, saya baru saje terjumpa blog tuan ni...sungguh teruja pertama kali membacanya, banyak maklumat landskap, DIY yg saya dapat.Ada satu pertanyaan dari saya, bolehkah tuan beritahu software apa yg tuan pakai untuk design pagar rumah tuan itu ? saya berminat nk ubahsuai pagar rumah saya dgn bantuan software itu.. terima kasih

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. As salam, saya baru google imej landscape dan terjumpa blog ini, saya dan isteri sungguh teruja dan berhasrat nak berkunjung ke rumah tuan. Untuk makluman, saya dan isteri baru berpindah ke rumah baru, harapan besar nak melihat keindahan rumah saudara nk di jadikan inspirasi...ape pun roger2 saya di talian 017-3937008 (rafeei)@ rafienjue.blogspot.com

    BalasPadam
  11. assalam tuan rumah.... sy ni jalan2 kt google then terjupe blog ni... sy plan nk buat pergola jgk tp utk gantung pokok.. :) bole sy tau saiz kayu utk tiang tu? sy plan nk buat dlm 7"x4" aje sbb tanah tepi xdela lebar sgt.. kayu resak tu jenis tahan cuaca x? pergola sy tu xde awning & keja mmotong kayu myb sy upah kedai kayu.. hrp sudi membalasnya...

    BalasPadam
  12. Salam pn Zalina... Kalau setakat pergola yang simple utk gantung pokok, 2"X3" je dah cukup... Kalau ada jual saiz 3"X3" pun ok, sangat sesuai.... Kayu resak memang tahan cuaca... Nak tahan lebih lama kena selalu disapu cat...

    BalasPadam
  13. Salam,
    Nak tanya.. polycarbonate ni kedai yg macmamna ada jual ye?

    BalasPadam
  14. Salam Harleyd,
    Biasanya polycarbonate ni ada jual kat kedai-kedai yang buat awning atau papan iklan... kalau kat area Kajang memang banyak, tempat lain tak pasti pulak lah...

    BalasPadam
  15. terima kasih ye... insyaAllah, sepjg cuti sekolah ni misi buat pergola...siap usha2 lg tgk pasu tempayan yg en.azid upload...almaklumla, skrg ni MAHA 2012 lom abes..sy nk gi borong pokok2 utk laman sy...seronok tgk laman yg ijau, kwsn br kena sabar sket nk tggu pokok2 mbesar.. erm, satu lg kan,en azid ada meracun x pokok2 yg ditanam esp yg berdaun ijau?sy cukup lemah la kalo ada serangan ulat @kutu, abes pokok dikerjakan...

    BalasPadam
  16. salam tuan, saya sedang plan nak rumah rumah semi-d yg sy duduk ni... banyak info tuan...boleh la sy buat rujukan...

    BalasPadam
  17. kayu resak tu tuan beli dimana? berapa harga 1 kaki? saya bercadang nak buat pergola 10 x 20 kaki. blh tuan anggarkan berapa kos bahan? kalu sy gantikan kayu dgn besi? pada pandangan tuan adakah lebih murah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kayu resak boleh tanya di mana-mana hardware yang ada stok kayu yang banyak.. Harga berbeza mengikut saiz binaan & ukuran kayu...
      Amat jarang pergola dibina berasaskan besi... tapi tak salah mencuba... cuma feel kita pada kayu dan besi ni memang tak sama, kalau besi tu mungkin kurang sikit unsur-unsur semulajadinya... harga mungkin lebih kurang...

      Padam
  18. Asalamualaikum..saya rasa akan ada sedikit masalah selenggaran awning jenis polycarbonate ini..pertama ialah ketahanannya..kemungkinan akan retak dlm tempoh 4-5 tahun..maksudnya akan berlalu kebocoran..kedua mungkin ada masalah sedikit kekotoran atas bumbung akan dapat dilihat daripada bawah..kena cuci..tapi kalau dah lebih 3 tahun akan jadi satu stubborn stain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesimpulannya

      -kena cuci... betul, boleh dilakukan dua atau tiga tahun sekali... kalau malas jugak pilihkan yang warnanya boleh mengaburi kekotoran tersebut... pilihan di tangan anda...

      -Dari segi ketahanan, jangan risau & kalut... material ini tidak akan reput atau retak dalam 4-5 tahun... maknanya tiada kebocoran akan berlaku...

      Padam
  19. salam tuan umah, sy suke lh tgok awning tuan umh..klu x kberatan leh x share size kayu yg tuan umh gune utk wt awning cntik tu..tuan umh gune paku ke skru..last nk tahu harga kayu resak yang tuan umh gune.. hope dpt beri tunjuk ajar..tQ

    BalasPadam
  20. salam tuan rumah..sye nak tanye berapa ye harga kayu resak yg berukuran 6x6 inci dan setinggi 7-8 kaki..agak2 mahal x??

    BalasPadam
  21. Cantik.. Boleh x dptkan quot awning saiz 22x10 kaki

    BalasPadam
  22. Bro..nk tanya, harga 1 kaki untuk sesikat kayu dan atap genting berapa? dan berapa kos untuk 18 X 4.

    BalasPadam
  23. SALAM..DIMANA ALAMAT PREMIS KEDAI TUAN UTK SAYA DAPATKAN RUNDINGAN

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...