Klik je...!!!

Isnin, 4 Januari 2010

Projek Naik Taraf Tembok Batu



Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt. Dengan keizinanNya, jantung masih berdegup normal, fikiran masih waras & tubuh badan pun masih sihat & segar dalam menuju cabaran kehidupan tahun baru 1431 H & tahun 2010 M. Nampaknya perjalanan hidup aku & keluarga sepanjang tahun lepas tidaklah berlalu tanpa sebarang perubahan & manfaat. Begitu juga dengan penutupnya. Selain dapat bercuti hujung tahun, sempat jugak aku siapkan beberapa projek kecil untuk mengupgred struktur-struktur binaan yang memang dah sedia ada di laman rumah. Kiranya macam satu proses tambah nilai supaya nampak lebih berseri sikit.

-


Projek kali ni bukanlah satu projek besar, umpama menambah bawang goreng , mentimun & sos cili diatas mi goreng mamak. Orang kata, nampaklah lebih menyelerakan.


-

Ini lah perubahan yang berlaku terhadap pintu pagar hadapan rumah aku dalam masa dua tahun.

Projek pertama yang aku buat ialah melekatkan kepingan batu-batu hiasan dinding kepada tiang/tembok pintu pagar & pintu taman. Projek ni memang dah lama dirancang cuma tak berkesempatan. Lagipun takde skill & belum cukup ilmu untuk dilaksanakan sendiri. Masih dalam peringkat belajar, tapi aku cuba beranikan diri sebab kalau tak cuba kita takkan tahu kemampuan serta hasil kerja kita.


Sejak dulu lagi memang aku selalu survey batu-batu hiasan dinding ni, tapi tak terniat pun nak membeli. Cuma bila difikirkan cuti panjang yang aku ambil tidak diisi dengan apa-apa projek, aku rasa macam rugi & masa terbuang begitu sahaja. Mulanya aku rancang untuk membesarkan kolam ikan hiasan yang aku nampak semakin hari semakin kecil untuk menempatkan ikan-ikan koi yang semakin meningkat dewasa. Survey punya survey, tak juga jumpa tangki kolam dengan saiz yang aku cari.-lebih dalam dan lebar supaya dapatlah ikan-ikan tu bergerak lebih bebas & senang hati. Hujung-hujung, benda lain yang aku jumpa.

-


Taknak pencarian & perjalanan aku menjadi sia-sia, aku fikirkan untuk sesuatu yang membolehkan aku melakukan apa jua kerja untuk menambah keserian landskap di rumah. akhirnya aku terjumpa satu kedai batu-batu hiasan dinding yang membuat promosi. maklumlah, hujung tahun-Year End Sale ;)

-

Inilah jenis batu hiasan dinding yang menjadi pilihan aku


Antara peralatan untuk proses memotong dan memasang batu hiasan dinding


Masa nak membeli batu ni pun ada juga masalahnya. Susah nak memilih, sebab semua cantik. Hampir tiga-empat puluh jenis yang dipamer. Bila tengok sample, semuanya menarik... aku biasalah, cari yang aku rasa cantik tapi murah... bila dah berkenan & aku rasa sesuai untuk landskap rumah aku, aku belilah dalam 25 kaki persegi dalam pelbagai saiz.. sekali dengan simen gam.


Proses memasang pun satu masalah bagi aku sebab takde pengalaman. Belajar pun dari pengamatan serta buku-buku landskap.

-




Mula-mula tu leceh jugak sebab aku kena ketuk-ketuk sikit dinding yang hendak ditampal batu hiasan ni sebab kena pastikan permukaan dinding & tembok kasar barulah boleh melekat. Untuk 5 kaki persegi pertama, aku ambil masa lebih kurang sejam lebih. Bila macam dah faham sikit cara memasangnya, aku dapat siapkan keseluruhan dua tiang dalam masa 3 jam, untuk lebih kurang 17 kaki persegi. Boleh tahan... cuma tak berapa kemas sebab ukuran batu-batu tak berapa sama saiznya. Ukurannya berbeza 1 - 2 milimeter, jadi ada yang rapat, ada yang renggang sedikit. Kerja-kerja aku ni jadi mudah sikit sebab aku memang dah ada semua peralatan yang diperlukan selain bantuan cuaca redup dari pagi hingga ke tengahari sebelum hujan di waktu petang...

-




Hari kedua, aku siapkan pulak untuk tembok pintu pagar. Siap lebih kurang 4 jam sebab banyak kerja-kerja memotong perlu dilakukan. paginya ada gotong-royong Persatuan penduduk, jadi aku mula lewat sikit hari tu. Mujurlah cuaca pun redup... Nampaknya kerja-kerja menampal batu dinding ni aku cuma perlukan 2hari untuk memasangnya. Tak sesukar yang aku jangka & aku rasa semua orang boleh buat kalau cukup peralatan & bahan-bahannya. Percayalah...

-



Masuk hari ketiga, aku dah tak tau nak buat apa sebab kerja-kerja menampal dah siap. jadi disebabkan impian untuk membesarkan kolam tak dapat direalisasikan, aku pun memikirkan untuk mencantikkan kawasan sekitar kolam tu, termasuklah dek yang menempatkan kolam kecil tu. Hasil pengalaman yang dikutip selama 2 hari untuk kerja-kerja menampal batu hiasan, tak aku persiakan begitu saja. Aku dapatkan serpihan-serpihan mozek dari lebihan semasa mengubahsuai taman tahun lepas untuk aku lekatkan di sekitar dek. Alhamdulillah, berjaya aku siapkan dalam masa 3 jam... hasilnya bolehlah dibanggakan untuk orang tak berpengalaman macam aku...



6 ulasan:

  1. tuan, cantik pagar ni.. memang idaman sy nak buat pagar macam ni...idea yg sgt menarik

    BalasPadam
  2. Terima kasih... Idaman saya pulak nak dapatkan rumah semi D.. luas sikit tanahnya... tak tau boleh atau tidak jadi kenyataan..

    Kalau takde idea, bolehlah buat sikit2 mana yang mampu... sebenarnya lagi simple, lagi menarik lagi-lagi kalau rumah kita memang dah sedia cantik....

    BalasPadam
  3. Tuan, jgn lupa jadi follower kat blog saya http://www.adhapalmer.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Tuan Tq, kongsi pengalaman, insyallah saya mau cuba

    BalasPadam
  5. As salam tuan.. blh tak nak tahu dimana blh dapatkan batu2 mcm ni..

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...