Klik je...!!!

Selasa, 12 Julai 2011

Terasa Kekok...


Alhamdulillah.... Setelah 3 minggu menyepi, berjaya jugak aku mengupdate diary online aku ni... 2 minggu lamanya aku umpama orang kelainan upaya (OKU), apabila nikmat penglihatan ditarik sementara olehNya... Dari sakit mata biasa kepada jangkitan yang agak serius, & seterusnya kepada 'kecederaan' hingga kornea kedua-dua mata kiri & kanan terpaksa 'dikikis' untuk 'dilicinkan' semula... Ikutkan kronologinya, seminggu aku diserang sakit mata, hari kelima ingatkan dah boleh baik, tapi bila ke klinik doktor kata nampak serius & perlu dirujuk ke pakar mata di hospital Putrajaya.... & selama 2 dua minggu seterusnya aku terpaksa berulang alik setiap hari kecuali hujung minggu untuk rawatan pakar.... Gitulah lebih kurang kisahnya...


Bayangkan, dengan tahap penglihatan yang paling minimum, kabur, pedih, silau & berair hingga mata terpaksa dibuka dengan jari & tangan, aku terpaksa memandu berulang-alik ke hospital bertemankan Hafiy yang sama-sama mendapat rawatan... walaupun diberi mc hampir 3 minggu, ianya langsung tak menyeronokkan sebab mata memang tak mampu nak menonton tv atau membaca surat khabar... segalanya kabur... Dugaan sungguh.... Penyakit-penyakit sekarang tak macam dulu... dulu kalau sakit mata, paling lama doktor bagi 5 hari mc, tapi sekarang ni tak tentu... samalah jugak macam chikenpox, dulu orang kata kalau dah kena sekali takkan kena lagi, tapi sekarang ni, yang dah kena pun boleh kena buat kali kedua....


Apa-apapun, alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Allah kerana mengembalikan semula kudrat & pancaindera penglihatan aku yang terganggu selama tiga minggu... terima kasih kepada hospital Putrajaya terutama buat beberapa doktor pakar yang melaksanakan tanggungjawab dengan baik merawat mata aku & Hafiy selama beberapa hari... insyaAllah, akan kujaga anugerah mata ini sebaik mungkin.... begitu juga dengan hati...


Siapa kata seronok dapat mc lama-lama.... dah 2 hari aku kembali bertugas, banyak betul kerja tertangguh..... Tapi yang paling terasa, tiba-tiba macam kekok je nak kembali berblog......


1 ulasan:

  1. anak saya pon sakit mata jugak skrg. da masuk hari ke-4. tp nampak x la merah dan bengkak sgt. mungkin dia byk nangis kot sbb sakit so air mata tu cuci mata dia.. haha.. kat taska tmpt anak saya tu ramai yg sakit mata... risau jugak takut larat teruk sampai effection segala tu... nauzubillah...

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...