Klik je...!!!

Rabu, 28 April 2010

Jatuh Cinta Lagi...


Setelah lima hari isteri aku berkursus, kami mengambil cuti pada hari selasa... Isteri aku teringin sangat makan tauhu bakar di satu tempat di Shah Alam... Maklumlah, 'awal-awal tempoh berisi ni', kalau boleh, segala keinginan & seleranya akan aku penuhi... sempatlah jugak belanja barang dapur & keperluan... Selesai berbelanja, aku membawa isteri & anak-anak ke Jalan Sungai Buloh... Apa lagi urusan kami di sana selain meninjau nursery yang ada... Aku tak fikir lama untuk menentukan target kami petang tu... Setelah jatuh cinta dengan Melati Air Bangkok yang semakin sihat di laman, memang ada terdetik niat untuk pasang satu lagi... & mungkin dua... Ada dua tiga tempat yang kami tahu, ada menjual pokok tu, jadi senang untuk kami tentukan nursery mana untuk berhenti..
-
Perhentian pertama... 2.30 petang. Aku turun sorang je sebab anak-anak baru nak tertidur.. keletihan agaknya. Ada jual, tapi bukan spesis yang aku nak.. masuk balik kereta terus pandu ke depan...
-

Perhentian kedua... 2.45 petang... Aku turun sorang. Anak-anak dah terjaga tapi taknak turun sebab cuaca panas... ada jual tapi masih bukan spesis yang aku nak jugak... Harga pun boleh tahan RM30... Kalau harga tu untuk harga spesis Bangkok, mungkin aku dah 'sambar'... Tak lama lepas tu isteri aku turun, berminat dengan bunga kertas yang dipamer kat depan katanya... tak dapat Melati Air, bunga Kertas yang aku beli... masuk kereta terus lagi ke depan...
-


Perhentian ketiga... 3.00 petang... Aku turun bersama isteri... Wow...!!! banyak giler pokok ni. Yang veteran, dewasa, belia & remaja (kategori peringkat usia & saiz yang aku kelaskan sendiri) semua ada... harga bermula dari RM20... tapi jangan terkejut, pokok yang aku letakkan dalam kategori veteran kat situ harganya RM250... memang cantik, cukup matang untuk dijadikan hiasan rumah yang ada laman luas atau banglo-banglo mewah... untuk aku, yang saiz 'remaja' tu pun dah cukup... aku memang nak bela & besarkan sendiri... Saiznya memang berbeza dengan kali pertama & kedua aku tengok dulu, kecil & macam tak berapa sihat... mungkin baru disemai... Ada yang 'dewasa' sikit harganya RM180... kurang sikit daripada tu RM100... pehhhhh!!!... tak sanggup...
-

Semuanya nampak sihat dan subur. Banyak, sampai susahlah nak pilih. Ada yang berdaun cantik tapi belum berbunga. Yang berbunga, daunnya kurang cantik.. Ada juga yang berbunga & daunnya pun cantik tapi tak segemuk yang lain... lama jugaklah memilih sampai isteri aku terpaksa masuk campur & bagi pendapatnya... sampai satu tahap, dia pun tak tau nak pilih... walaupun aku dah ada spesis ni kat rumah, hati aku tetap berkata-kata untuk menambah lagi koleksi ni. Akhirnya aku terpikat dengan dua pokok ni.... Kalau hati dah terpaut, lidah kelu untuk berkata.... bajet sudah tersedia dalam poket... & harga pun masih boleh dirunding, apalagi.. aku belilah kedua-duanya..... Selain dari pokok, tempat ni banyak juga menjual koleksi pasu-pasu & tempayan yang menarik...
-


Inilah dua pokok yang berjaya menambat perhatian aku... tak sempat lagi nak tukarkan pasu... banyak pasu lama kat belakang rumah tu, mungkin sehari dua ni aku biarkan dulu dalam pasu semaian asal sementara nak dapatkan tanah bukit & biarkan pokok-pokok ni menyesuaikan diri dengan persekitaran baru...

5 ulasan:

  1. Di sini(Alor Setar) rasanya tak pernah jumpa lagi pokok melati air bangkok tu. Brp harga sepasu pokok yang dibeli tu? Tanah yang macamana yang sesuai untuk pokok ini? NAk baja macamana?

    BalasPadam
  2. Mungkin pokok ni tak berapa mendapat permintaan di sana. Harga sepasu yang dibeli ni RM20, Beli 2 dapatlah diskaun sikit... Boleh tahanlah, sebab beberapa bulan lepas pokok saiz yang sama(mungkin besar sikit) diorang jual RM50++. Pernah jumpa sekali di batu Pahat hampir 3 tahun lepas harganya RM25. Tapi masa tu belum timbul minat nak jaga pokok ni..

    Tanah yang paling sesuai ialah tanah warna kuning (ada orang panggil tanah merah), tapi bukan tanah liat. Ada makcik dari satu nursery kat dengkil serta beberapa lagi pekerja nursery dari seberang & Nepal di Sg. Buloh gelar 'tanah bukit'.. Tanah jenis ini dikatakan sangat sesuai sebab bersih & masih belum tercemar. Tanah bakar atau tanah hitam mungkin memang yang bagus untuk tanaman tetapi, bukan untuk spesis Melati Air Bangkok ini. Penggunaannya hanya akan menyebabkan akar menjadi busuk, pokok akan kekuningan & seterusnya mati..

    Penggunaan baja pula memang perlu tetapi bergantung juga kepada keperluan. Biasanya pokok2 akuatik (pokok air) menggunakan baja jenis kapsul sebesar lebih kurang bola pingpong tetapi leper. Ada juga dalam bentuk & saiz sebesar pil panadol soluble bewarna kelabu. Untuk permulaan, bagi anak pokok cuma digalakkan guna baja 15:15:15 dalam jumlah yang minimum...

    BalasPadam
  3. salam sis...i really need yr help..i'm dping melati air for my sugarcraft flower...evrything has to be botanically correct..dah puas i cari pokok ni kat mnursery kat melaka..but tak da...I nak tahu bahagian bawah bunga tu...sepal atau kelopak bawah ada berapa bahagian ya..3 atau 5..i tq u in advance for yr help...

    BalasPadam
  4. Salam... oh, bunga melati air ni ada 3 kelopak je... pokok ni memang susah sikit nak cari, tak semua tempat ada jual...

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...