Klik je...!!!

Khamis, 29 September 2011

::Leca:: Pelengkap Tanaman Berpasu




Lama dah rasanya tak bercerita pasal aktiviti kat laman. Maklumlah, sejak dua tiga bulan ni masa seakan berlalu begitu pantas. Mungkin semua ni kesan dari kesibukan hakiki tugas rasmi yang sedikit sebanyak memberi implikasi terhadap emosi & rohani yang terasa begitu penat & keletihan sehingga menghadkan kemampuan & keinginan untuk menulis atau mengupdate blog... Takpe, blog ni pun aku anggap sekadar diari masa lapang je, jadi takdelah wajib untuk diupdate setiap hari kalau memang dah takde kelapangan... yang penting tugas di pejabat & tanggungjawab sebagai suami & ayah di rumah dapat dilaksanakan sebaiknya.... Kerja didahulukan, Keluarga diutamakan.... hehehe..








Ok, kali ni aku nak bercerita tentang satu bahan pelengkap dekorasi tanaman yang biasa tapi agak jarang kita nampak, terutamanya pada pasu pokok-pokok hiasan di pejabat atau pusat membeli belah. Bahan yang aku maksudkan ialah Leca... leca ni adalah singkatan dari Lightweight Expanded Clay Aggregate... Sebenarnya aku sendiri baru je kenal dengan bahan ni awal tahun hari tu... Itu pun sebab aku kena berurusan dengan kontraktor yang membekalkan pokok-pokok kat pejabat... Orang kata tak kenal maka tak cinta, bila dah tahu fungsi & peranan leca ni barulah aku terfikir nak cari untuk pokok-pokok kat laman rumah tu...




Demi memenuhi misi mencari Leca, jambatan usang pun sanggup kami seberangi... -Suasana meniti jambatan di salah satu nursery kat Sungai Buloh...



Aku ada tuliskan sedikit maklumat tentang leca kat bawah ni... Mungkin tak berapa tepat atau tak cukup lengkap, tapi memadailah untuk difahami apa itu leca, bahan, pembuatan, fungsi & kelebihannya... Tapi secara ringkas, leca yang berbentuk seperti kekacang ini befungsi sebagai pelengkap kemasan tanaman berpasu yang mampu mengekalkan kelembapan & 'pernafasan', serta melindungi akar pokok dengan lebih baik, selain menutup permukaan tanah yang mungkin tidak berapa cantik untuk dilihat... Sebenarnya, hampir setengah hari kami habiskan di Sungai Buloh (berhampiran hospital) sebelum misi mencari & membeli leca ini berjaya dilakukan. Leca ni jarang digunakan untuk tanaman hiasan di rumah, mungkin sebab kita tak berapa nampak kegunaan & kebaikannya. Harga pun boleh tahan RM5 sekilo.... Tapi awas jika ada anak kecil!!! takutlah disangkanya kacang.... Mungkin leca ni hanya sesuai untuk tanaman berpasu di luar rumah...




Leca ni mungkin lebih sesuai untuk tanaman indoor yang jarang disiram atau kawasan laman berbumbung yang tidak terlalu terdedah dengan matahari...





Sedikit maklumat tentang LECA...




LECA adalah jenis tanah liat khas yang telah dibentuk seperti pelet kekacang dan dibakar dalam oven berputar pada suhu yang sangat tinggi. Dengan pembakaran itu, sebatian organik di dalamnya memaksa pelet untuk berkembang dan berongga manakala permukaan luar menjadi cair & akhirnya mengeras. Pelet seramik yang terhasil adalah ringan, berliang dan mempunyai kadar rintangan yang tinggi serta mampu mengekalkan kelembapan melalui air yang tersimpan di dalamnya.



LECA adalah produk semulajadi yang tidak mengandungi bahan berbahaya. Ianya lengai dengan
nilai pH neutral, tahan fros dan bahan kimia, tidak akan rosak di dalam air, tidak terurai, tidak mudah terbakar.





Antara kelebihannya untuk tanaman ialah...


Menggalakkan pertumbuhan sihat... Lebh 90% daripada Oksigen yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan di’hirup’ oleh bahagian akar. Apabila akar mengalami ‘kesukaran bernafas', akibat siraman berlebihan atau kepadatan tanah yang keterlaluan, kesuburan & pertumbuhannya boleh terbantut. Dengan penggunan leca yang menyimpan beribu-ribu laluan terbuka untuk pertukaran gas dan saliran air. persekitaran akar akan menjadi lebih sihat & dapat mengekalkan kesuburan & pertumbuhan baru.


Membantu mencegah pereputan akar... Meningkatkan tahap oksigen dan kelembapan yang lebih baik.


Mengurangkan keperluan air... dengan lapisan leca setebal 1-2 inci, kerugian akibat penyejatan dapat dikurangkan dan berkesan memulihara air serta menjarakkan masa siraman.

Menghalang alga dan kulat... Leca juga berperanan untuk mengelak cahaya matahari terus menyuluh ke bahagian pangkal pokok atau permukaan tanah. Dengan itu, ia secara tak langsung menghalang alga bermasalah daripada tumbuh di permukaannya. Lapisan leca 'kering' ini juga mencegah kulat daripada 'menjajah' permukaan tanah dengan memusnahkan larva.

Kestabilan fizikal bagi tanaman... Dapat bertindak sebagai bahan pemberat tambahan ntuk pokok/tanaman didalam bekas kecil.


Menambah keserian pada tanaman...Tanaman akan kelihatan lebih kemas dan bersih secara semulajadi kerana kewujudan leca yang menjadi penutup permukaan tanah & pangkal pokok, sedikit sebanyak dapat menutup keserabutan akar atau kecacatan yang ada dibahagian tersebut.


4 ulasan:

  1. Askm....hehehe..tetiap hari jengah inspirasi alam walau tak update....ngeeeee..betoi tu...utamakan yang patut didahulukan...

    huwaaa....nak kena pi cari jugak ni...cantik lorrr....mesti PILIH!!!!!Hehhehe...

    Oh ya...nak tanya saudara Azid....naper pokok bunga kertas saya macam tak cantik jew..daun pun sikit..bunga pun keluar sikit jer...padahal dah letak baja bunga...jeles tengok rumah orang berbunga lebat..

    BalasPadam
  2. TQ kerana menjengah...
    Oh, pasal bunga kertas... saya pun bukanlah pakar. Tapi setahu saya, bunga kertas ni satu tanaman hiasan yang agak lasak so, tak perlu 'dimanjakan' sangat... Yang penting cukup cahaya, air & baja.. Cahaya yang diperlukan adalah 100% direct dari matahari.. mesti panas sepenuhnya.. air pulak tak perlu terlalu kerap disiram sebab pokok bunga ni tidak memerlukan air yang banyak spt pokok2 lain... baja bunga pun cukuplah sebulan sekali atau paling kerap pun tiga mggu sekali... perlu rajin dicantas untuk mendapatkan tunas baru yang lebih sihat... insyaallah pokok akan menjadi subur & sihat....

    -Kalau tak menjadi jugak, kena rujuk pada yang pakar....

    BalasPadam
  3. Salam, Boleh bagi tau kedai atau syarikat tempatan yang menjual LECA clay ni? Susah betul nak mencarinya. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum..
    saya bminat dgn penanaman leca.nak tanya..bagaimana dgn sukatan air utk penyiraman tanaman dlm leca ni ya??

    terima kasih

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...