Klik je...!!!

Jumaat, 16 Julai 2010

Floria 2010...

Sebagai peminat setia Flora & Fauna dan pencinta alam sejati, Pagi-pagi lagi kami berempat dah sampai ke Presint 2 Putrajaya... Sempatlah tengok PM masa perasmian tu... Tahun ni kami tak sempat nak menjelajah ke setiap gerai & pameran flora yang ada. Maklumlah, kudrat orang berbadan dua ni, jalan sikit dah letih, jadi terpaksa berhenti-berhenti... Apa pun, sempat jugak aku tinjau beberapa gerai yang menjual pokok... dapatlah beli 3 bungkus baja -baja bunga, baja daun & baja daun+bunga....
-

Insyaallah, ada masa lagi nanti bolehlah aku singgah lama sikit ke sana.... tapi kali ni terpaksalah pergi sorang-sorang je.. apa nak buat... Walaupun aku tak biasa berjalan sorang-sorang, tapi teman sejati memang tak larat benar nak berdiri atau berjalan lama-lama... kesian pulak... Terpaksalah tunggu kat rumah dengan anak-anak..
-

Melukis Abstrak Bersama Hafiy...


Kalau Nur Jihan lebih gemar melukis & mewarna menggunakan water color & acrilic, hafiy pulak suka lukis abstrak tak kiralah dengan apa-apa media pun... Kali ni Hafiy cuba tunjukkan bakatnya melukis abstrak masa balik kampung minggu lepas....
-



Tengoklah... masih konsep & tajuk yang sama... Abstrak.. Hanya dia yang memahami..


Jom Mewarna Bersama Jihan...


Satu hobi pelik anak-anak kami ni... Kedua-duanya suka melukis... ini bukan calang-calang melukis. Biasanya budak-budak memang suka menconteng, menulis & mewarna. Tapi cuma guna pensil warna atau krayon je... Jihan ni pulak bila melukis, lebih suka guna poster color, water color & jenis-jenis warna seangkatan dengannya... bayangkan sampai merayu-rayu mintak dibelikan water color. Selain melukis dengan water color, Jihan pun minat mewarna lukisan canvas dengan acrilic... pun terpaksa kami belikan sebab dia nak sangat... Bila dah beli tu tak sabar-sabar pulak nak buat lukisan.. "Abah, nanti boleh tak kita buat colouring..?", kalau abahnya penat atau buat tak layan, ditanya pulak pada ibunya...

Bila dah merayu-rayu, malamnya aku pun guide lah Jihan ni buat coloring tu...
Inilah projek terbaru Jihan...
-

Ade lah sikit bakat terpendam tu. Maknanya perlu diasah... Bukan aku nak galakkan atau jadikan dia pelukis, atau pereka, atau mungkin juga arkitek bila besar nanti. Tapi, memandangkan hobi melukis ni aku rasa jauh lebih baik dari hobi bermain video game atau main basikal di taman permainan tanpa pengawasan, maka, adalah lebih baik untuk aku melayan minatnya itu... betul tak...
Tak dapat jadi arkitek, jadi doktor pun ok lah... :)

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...